Free counter and web stats

Friday, July 30, 2010

Drama sebabak: quiteck, kweetex, kuwitek? Jangan mencarut suda...

Di satu hari, di sebuah kaunter bayaran, aku menjadi saksi bagi satu drama sebabak yang dilakonkan oleh 2 orang perempuan.

Perempuan 1
- Yang jaga kaunter tu korang panggil ape? Customer Service la kot.
- Seorang perempuan muslim yang memakai tudung.

Perempuan 2
- Pelanggan yang datang nak bayar bil.
- Juga wanita muslim, tapi tiada tudung.

Apabila tiba giliran Perempuan 2, dia pon terus duduk di kerusi dan menyerahkan bil-bil yang nak dibayar.
Maka, bermulalah satu perbualan.

Perempuan 2: Eh dik, ko pakai quitek eh? (Sambil menjeling-jeling ke arah kuku Perempuan 1)
*quitek = nail colour.

Perempuan 1: err...a'ah. nape eh?
*kaler kwitek dia merah jambu cair je pon.

Perempuan 2: kau tu pakai tudung, orang lain tengok tak elok la.

Perempuan 1: hmmm...yela.
*malas nak layan la kot.

Tirai pon dilabuhkan. Sekejap je babak 1 da tamat.

Soalannya:
1. Apakah disebabkan Perempuan 1 itu memakai tudung, maka dia tak boleh pakai nail colour? (Sila andaikan bahawa masa tu bulan dia tengah mengambang).

2. Apakah sekiranya seseorang perempuan Muslim itu tidak memakai tudung, maka dia tidak akan dipandang serong jika melakukan perkara-perkara yang dianggap salah?

3. Adakah Perempuan 2 itu merasa dirinya berhak menegur kerana dia sedang duduk di atas kerusi pelanggan? Yelakan, 'customer is always right'

4. Antara pakai nail-colour dan tak pakai tudung, mane satu yang berdosa sebenarnye?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Ngehh :D

p/s: quitek, kweetex, kuwitek. oh camane nak eja pekataan ini? dan apakah asal usulnya?

Thursday, July 29, 2010

Tolong jangan buat lawak dengan RESUME

Minggu ni dah ada beberapa orang yang datang hantar resume. Mungkin dorang tau ada jawatan kosong dari ura-ura yang aku buat kat internet, dari iklan yang ditampal di kedai mamak atau pon dari mulut makcik Joyah kat kampong.

Dari mana pon tak kesah la. Yang penting, bos dah bagi green light untuk aku ‘last day’ esok. Sebabnya dah ade orang baru masuk. Yeahoo!

Hari ini je, ada 2 orang yang aku interview. Kalau di ikutkan hati, aku rasa memang tak sesuai untuk dilepaskan ke 2nd interview, tapi memandangkan susah nak carik staff sekarang aku rasa biarlah bos je yang buat keputusan nanti.

Bila tengok kat resume yang banyak-banyak tu, aku rasa diorang ni tak tau dan mungkin tak pernah terfikir pon betapa pentingnya resume itu.

Do you know that resume is the first impression for the employer to judge you?

I’m not talking about your qualification, your job experiences, your professional skills, but how your resume looks like.

Tak kesahlah kalo korang nak apply jawatan sebagai kerani cabuk sekalipon, pastikan resume korang tu memberi satu tanggapan yang baik.

Camana?

Kat sini ada beberapa tips simple yang aku nak share, yang mungkin berguna untuk korang bila nak buat resume nanti.

1. Gambar.

Mesti letak gambar, dan pastikan gambar tu adalah gambar passport. Bukannya gambar masa korang tengah posing kat tepi pantai sambil tangan buat ‘peace’ ataupon gambar tangkap sendiri masa dalam kereta.

Kalau nak bajet tanak bagi gambar ori, korang boleh scan je. Tapi mesti yang ade kaler punya ok. Ni zaman bukan itam puteh lagi.

2. Bahasa.

Adalah digalakkan korang gunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa lain. Bahasa jawa jangan sesekali. Bukannya tidak bersemangat ‘cintai bahasa kita’, tapi bahasa Inggeris semestinya lebih membuka banyak peluang dan skop. Tambah-tambah lagi kalo korang nak apply kat Internet. Contohnya macam jobstreet, jobsDB atau mudah.my sekalipon. Kebanyakannya MNC company.

3. Maklumat diri.

Maklumat yang penting seperti nama, alamat, nombor ic, tarikh lahir, gender, marital status, no henpon, email, semua ni haruslah ditaruk. Dan susun pon kena betul. Takkan la alamat dulu pastu nama last plak ye tak.


Alamat – pastikan bagi alamat yang terbaru. Dan yang dekat dengan tempat nak mintak keje tu. Jangan plak nak mintak keje kat Johor, tapi tulis alamat tempat tinggal kat Kedah. Memang la buat orang musykil. (serius aku penah jumpa).

Email – bagi email yang proper sikit ok. Takyah la bagi email korang yang macam babygurl88@yeeha.com atau abg_sangap@hokmel.com ataupon gadismanis@wauwee.com

Tolong la create satu email yang formal yang memang tujuan untuk mintak kerja ye. Lebih baik guna nama betul. Contohnye: sitiroziana.zain@yibba.com

4. Susunan. Ikut je standard biasa.

a. Contact details

b. Personal Particular

c. Educational Background / Qualification

d. Employment History / Job Experiences

e. Professional Skills

f. Achievement

g. Language Spoken and Written

h. References

5. Untuk c dan d.
Mestilah disusun ikut yang paling baru kat atas (chronological order).

6. Professional Skills

Sila bagitau skill-skill yang ada kaitan dengan jawatan saja ye. Kalau skill bole main game 30 jam tanpa henti ataupon bole makan 50 bijik burger dalam masa 5 minit tu takyah la nak letak.


7. Achievement

Ini hanyalah tambahan. Kalau memang ade perkara yang membanggakan nak bagitau, haruslah letak. Kalau pernah ‘menang moto’ atau pernah dapat 100,000 menang nombor ekor, cerita tu simpan jela kat bawah bantal.

8. Languange Spoken and Written

Selalunya orang suka letak markah antara 1 hingga 10. Jangan konon terer letak English spoken sampai 10, tapi bila orang suh speaking, dia pegi skipping plak.


Aku kalo suh letak markah untuk bahasa Melayu sekalipon, aku pilih 8 jek. Huhu. Kalo A Samad Said tu bole la letak 10.

9. Reference.

Tau kan maksud reference ni? Dah tu apesal letak nama mak korang? Ngee.

Bagi la nama lecturer yang kamceng masa study dulu ataupon bekas bos kesayangan (bos kecik pon takpe), ataupon jiran sebelah rumah yang kerja menejer tu.

Asalkan bukan ahli keluarga ataupon sedara mara dah la.

10. Sebenarnya yang ni PALING PENTING.

Jangan ada typo. Jangan ada satu perkataan pon yang salah eja tau. No grammar and No spelling error. Dan kalo tak tau makna sesuatu perkataan tu, baik jangan guna langsung. Biar guna ayat yang ‘simple but understandable’.

Pernah sekali aku jumpa- Marital Status: Marriagable

What? Dah la tuan punya resume tu seorang pempuan yang dah kawin.

Haha. Lawak-lawak.

Ok, tips da abes. Harap-harap dengan sedikit info ini boleh membuatkan majikan merasa ‘sejuk je mata’ bila tengok resume korang tu nanti.

Selamat Maju Jaya :)


All pictures taken from Google.com

Wednesday, July 28, 2010

Tutorial: How to Change Blog Template

Attention: This tutorial is specially posted for Beginner.
*******

Feeling bored of your own blog layout? Envy of looking to other people's blog which looks more colourful, beautiful and attractive?
Now, you can have your blog to change the look as you desired, without knowing any about HTML code.

Just follow these simple quick guide to transform your blog design.

1. Browse on Internet to find your favourite layout design.
For instance, just type 'free blog template for blogspot' in Google.com, and you'll see there are a lot of websites offering this product.



Recommended webpages:
2. Keep on searching and when you've found the suitable template, just click the link/button 'Download' on that particular template. This 'Download' link will lead you to save XML file.
(But it's not necessarily shows 'Download', so you need to look for the correct link.)

After that, just save the file on your computer.



 3. Login to blogger.com --> Dashboard --> Design --> Edit HTML --> Browse the XML file --> Upload


Please ensure it is XML file, not ZIP or others.
Example:


And you're advised to save your current Template code to other file such as Notepad, before Uploading the XML file.

4. Choose 'Keep Widgets' --> Save.
(You may delete the widget later if you don't want it)

5. Open your blog and you'll see the changes right away!

To re-arrange the Widgets, you can do so by going to Design --> Page Element.


To re-edit the fonts, click at Template Designer --> Advanced



After editing, just click Apply To Blog button.

That's all. Happy Designing. Cheers~

Tuesday, July 27, 2010

Tutorial: 'Reply to Comment' link

What is 'Reply to Comment' link?

This is an option that will help you to reply to an individual comment with just one click. Easier and faster. However, this option needs to be added manually which requires a piece of code.

Example:
You could rename the link as 'Reply', 'Reply to Comments', 'Balas' or to any words you prefered.

So, here's the step-by-step:

1- Login to blogger.com --> Dashboard --> Design







2- Click 'Edit Html' and Tick the 'Expand Widget templates' box



3- Look for this code:
<data:commentPostedByMsg/>
(Press Cltr+F to search it)

4- Paste the below codes just after <data:commentPostedByMsg/>

<span class='comment-reply'><a expr:href='"https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR-BLOG-ID&postID=" + data:post.id + "&isPopup=true&postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23" + data:comment.anchorName + "%22%3E" + data:comment.author + "%3C%2F%61%3E#form"' onclick='javascript:window.open(this.href, "bloggerPopup", "toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450"); return false;'>[Reply to comment]</a></span>


5- You need to replace the word YOUR-BLOG-ID with your real blog id which can be found at your URL Address bar.
The word Reply to comment  also can be changed, up to your own preference.

 6- After that, just click SAVE TEMPLATE button. Then go to Settings --> Comment


7. Please take note, this code will not work for 'Full Page' and 'Pop-up Window' type of comment form.
So you need to ensure that you've chosed 'Embedded below post' type instead.

8. Click SAVE SETTINGS and it's now done!

Try going back to your blog, and you'll see the 'Reply to Comment' link appears next to the visitor's name.

Hooray! Clap! Clap! Clap!

Weehoo~ link 'Reply to Comment' dah ada!

Yeaa!! Akhirnya berjaya gak aku meletakkan link 'Reply to Comment' kat setiap komen yang korang tinggalkan.
Penat jugak bertungkus lumus selama beberapa jam melakukan aktiviti 'trial and error' itu.

Beberapa jam, lama kan? Bende yang sepatutnya amek masa tak sampai 5 menet tu aku dapat selesaikan dalam separuh hari. Duhh~

Mulanya, aku memang dah jumpa cara-cara nak membuat kuih link itu semasa men'google. Dah follow step-by-step, tapi pelik naper still tak kuar jugak. Rupanya, ada satu perkara yang aku kena pastikan supaya link tu keluar.

Jadi untuk berkongsi dengan blogger-blogger baru, nanti aku akan buat tutorial ye.
Blogger-blogger lama semua dah pakar. Kita je yang ketinggalan. Huhu.

Monday, July 26, 2010

Contest: Ada apa dengan nama

Tetibe je aku rasa nak organise event.
Eh tak. Bukan event, cuma rasa nak buat satu contest kecil-kecilan.

Idea ini datang hasil daripada aktiviti blogwalking (aku lebih suka panggil window-blogging sebenarnya).
Perkara pertama yang aku selalunya fikir bila jumpa sesuatu blog adalah - 'kenapa blog ini diberi nama sedemikian?' (skemanya ayat).

Ok. Asalkan korang faham.

Jadi, cara menyertai contest peraduan ini senang aje.
Pertama, anda cuma perlu menulis entry yang menceritakan kisah disebalik nama blog anda. Kenapa diberi nama sebegitu? Apa asal usulnya? Apa maknanya?
Karang jela camana sekali pon asalkan menarik bila dibaca. Dan yang paling penting, kisah disebalik tabir itu bukannya rekaan semata-mata.

Nama blog disini bermaksud - address link blog korang. Bukannya 'Blog Title' ataupon 'Blog Description' tau.

Lepas tu, setiap peraduan mestila ada syarat-syaratnya kan. Ala senang je. Syarat-syaratnya berbunyi:

1. Letak link http://cleoputri.blogspot.com/ dalam entry tu. Tujuan untuk mempromot, of koz :D
(Okla tu cuma letak link je, tak payah nak banner-banner bagai.)

2. War-warkan pada kawan-kawan. Dan mesti letak minimum 3 orang nama kawan tu. Kiranya tag la ni.

3. Kalau suka blog ni, jadilah follower. Kalau tak suka, takpe. Anda masih layak untuk join. Huhuu~

4. Lepas dah post entry tu, jangan lupa bagitau saya tuan punya contest ini dengan meninggalkan komen di sini.

5. Pilih satu entry dalam blog cleoputri ini yang anda suka.

Ok syarat habis.

Tarikh tutup peraduan adalah pada 08.08.2010, jam 8.00 malam.
Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dan setiap pemenang berpeluang memilih hadiah yang akan disponsor oleh Cinta Kraf (aku punya gak tu. ehee~).

Keputusan peraduan akan diumumkan selewat-lewatnya seminggu dari tarikh tutup.
Sekian, itu saja. Selamat mengarang :)

Sunday, July 25, 2010

Rakus dan Rasuk

• Penjara Pudu hanya menjadi mangsa kerana ia terletak di kawasan yang strategik untuk dikomersilkan. Dan kita juga mempunyai banyak lagi bangunan bersejarah yang terletak di dalam lingkungan kota metropolitan Kuala Lumpur. Stesen Keretapi Lama, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen semuanya berpotensi mengalami nasib yang sama.

• Walau kita yang melihat Penjara Pudu dari luar sahaja pon dah terasa kehilangan bangunan itu, apatah lagi orang-orang yang pernah berkhidmat dan juga orang-orang yang pernah menghuni didalamnya.

• Sekarang ni dah ada page ‘Alumni Penjara Pudu’ kat Facebook. Haa jangan tak tau bekas penghuni Penjara Pudu pon ada facebook tau. (Tapi aku rasa page ni untuk tujuan melawak je).

• Aku bukannya seorang Melayu yang berfikiran kolot, tapi kalau ditanya pada bangsa lain pon mereka percaya ada unsur-unsur misteri nusantara pada bangunan Penjara Pudu ni. Jadi, orang-orang yang tinggal di hotel, di condo, berjalan-jalan waktu malam di dalam terowong bawah tanah yang akan dibina itu nanti, adalah antara orang-orang yang sangat berani.

• Nantikan saja kalau ada cerita-cerita menarik yang akan berlaku apabila projek pembinaan sudah dimulakan.


p/s: Aku baru je nak telefon Ghost Adventures team untuk buat rakaman kat Penjara Pudu. Hehe.

Disebalik Penjara Pudu

Walau beribu bantahan diterima, akhirnya Penjara Pudu akan tetap hilang dari peta Kuala Lumpur.

Bekas tapak penjara pudu akan dijadikan tapak komersial yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre. Projek yang dijangka siap dalam masa 10-15 tahun itu menelan kos lebih dari RM5 bilion. Fuyoo.

Makanya, nanti akan berdiri teguh kompleks-kompleks perniagaan, menara pejabat 100 tingkat, condominium mewah, hotel yang banyak bintang, shopping complex dan dengar-dengarnya akan ada jugak lorong bawah tanah. Tapi tak pasti untuk kenderaan ataupun pejalan kaki.

Jadi, nak taknak kita semua terpaksa terima kenyataan yang Penjara Pudu takkan dapat diselamatkan lagi. Siapalah kita pipit yang hina nak melawan jerung besar kan?

Persoalannya, kenapa ramai yang tak setuju penjara pudu ni dirobohkan?

Bagi sebuah bangunan yang sudahpun melebihi usia 115 tahun, semestinya banyak mencipta kenangan dan mencoret sejarah. Ia siap dibina oleh penjajah British pada tahun 1895 dan juga digunakan oleh penjajah Jepun pada perang dunia kedua untuk menyeksa dan mengurung tentera bersekutu.


Ia pernah dihuni oleh beberapa penjenayah terkenal dan juga mencatat sejarah menyimpan ramai tahanan politik. Penjara Pudu ditutup pada tahun 1996 dan dibuka semula pada Mei 2007 kepada orang ramai dan pelancong asing untuk dilawat. Namun, ia hanya beroperasi sehingga tahun 2005. Menurut rekod, pada tahun 2007 itu sahaja telah menarik 400,000 orang pelawat.

Mural pemandangan yang dilukis disepanjang tembok Penjara Pudu ini mengambil masa selama 2 tahun oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Panjang mural ini adalah 384 meter, tinggi 4.5 meter dan merupakan mural yang terpanjang di dunia.


Bukankah ini sudah cukup untuk dijadikan tapak warisan?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, "Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika”.

Jadi, perlu apakah lagi kita ‘menyalak ke bukit?’. Yang nyata, kita tak mungkin dapat melawan kekuatan arus pembangunan. Tapi diharapkan, sekurang-kurangnya Pintu Gerbang Penjara Pudu dapat disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.

Artikel ini hanyalah pendapat peribadi dari saya seorang blogger yang tiada nama.

Camane nak letak 'Reply to Comment' link ni??

OK, i really need help.

Dah puas google, dah puas cuba semua code yg aku jumpa, dah sampai naik lenguh tangan, tapi masih tak berjaya jugak.
Mulanya aku nak mintak tolong kawan-kawan kat Geng Blogger je, tapi tak tau kenapa bila dah post kat forum, topik ni still not appear. Dekat 10 kali cuba, tak bole jugak. Aku dah tensen tahap gaban nih!

Jadi boleh tak anda semua wahai blogger yang budiman, tolong bagitau tuan hamba camane nak letak link 'Reply to Comment' ni kat setiap komen yg visitor tinggalkan?

Aku tau ramai blogger yg dah ada option ni kat blog diorang, so pleasee la share ye.
Thank you so much!
:)

JANGAN LUPA MINTAK RESIT TAU!

Harga gula naik, ramai orang merungut.
Bila harga tol naik, lagi la ramai yang rasa nak mengamuk.

Apa yang kita boleh buat untuk elakkan harga tol naik?
Mungkin, guna public transport. Naik bas atau tren. Tapi, semua orang nak cepat sebab tu lebih suka drive sendiri. Kalo ada motor, senang la takyah cerita.

Apa sebenarnya yang membuatkan harga tol naik?

Apakah harga yang pengguna tol bayar setiap hari tak mampu untuk menanggung kos-kos penyelenggaraan? Kalau ikut perkiraan aku (yang mengikut sistem hantam sajalah), sepatutnye pihak syarikat Tol sudahpun mampu dapat pulangan modal pembinaan tak lebih dari 3 tahun.

Tapi disebabkan majoriti syarikat tol mengalami kerugian, harga tol perlu dinaikkan dan pengguna pula yang terpaksa menanggung beban. Malah, kerajaan Malaysia juga terpaksa membantu dengan memberi lebih subsidi kepada syarikat-syarikat tol ini.

Melalui email yang aku terima baru-baru ni, agak mengejutkan bila ada segelintir ‘toll-gate girl’, eh lelaki pon ada, yang cuba mencari rezeki lebih dengan cara ‘mencuri’ duit pengguna. Dan aktiviti mereka-mereka ini bukan saja membuatkan syarikat tol kerugian, malah memberi impak kepada kita sebagai pengguna.

Apa yang mereka-mereka ini buat?

Ok, kadar tol adalah berbeza mengikut kelas kenderaan, bukan kelas pemandu (eh apa kellasss).

Kelas 0 - Motor


Kelas 1 – Kereta


Kelas 2 – Van


Kelas 3 – Lori


Kelas 4 – Teksi


Kelas 5 - Bas


Kelas 0, memang free. (Mat rempit: Weehoo!)
Kelas 4, adalah yang paling murah. Dan selalunya separuh harga dari kereta.
Kelas 3, yang paling mahal iaitu dua kali ganda dari kereta.

Dengan kadar harga kelas kenderaan inilah yang digunakan oleh sesetengah tol operator untuk menipu.


Bagaimana?

Contohnya: Bila kita bawak kereta, dah tentu kadar tol kita akan ikut Kelas 1. Dan katakanlah, harga tol tu adalah RM 2.20. Tapi kalau tol operator tu tak jujur, dia akan tekan Kelas 4, yang mana Kelas 4 harganya ialah RM1.10.

RM2.20 - RM1.10 = RM1.10. Jadi, beza duit itu akan masuk poket dia.

Kalau sehari buat 100 kali, dah dapat RM110.00
Kalau sebulan, dah berapa ye? Lebih RM2000.

Itu belum kira kalo yang pemandu lori pulak yang kena. Wahh pakcik kayo!

Dan bayangkan, kalo setiap yang jaga tol buat perkara yang sama. Dalam sehari, toll company ni bole rugi beribu ringgit.
(Ooo, ini rupanya kerja korang ye!)

Jadi untuk mengelakkan perkara ni berlaku, ‘JANGAN LUPA MINTAK RESIT’

Harapnya dengan cara berwaspada camni, kita bole membantu toll company untuk tidak mengalami kerugian dan seterusnya harga tol pon takkan naik lagi. Mana tau nanti harga tol pon bole turun.

p/s: Kan ke best kalo time nak raya, semua tol pon cuti raya. Takde la ‘jam’.

Saturday, July 24, 2010

Hidup tanpa Internet?

Sungguh seronok rasanya bila dah boleh online di rumah.

Boleh lebih aktif buat blog, main game, juga facebooking. Hehe.

Sekarang rekod mencatatkan masa berada depan PC sudah lebih 8 jam. Patutlah pinggang dah mula sakit. Memang dah di agak, kalau mula layan main internet, mesti makan pon tak lalu. Masa tidur pon pasti terganggu. Mana taknya, tidur dah tentu pkol 2-3 pagi. *Perangai sama je macam dulu. Bila ntah nak berubah.*
Macamana hidup kalo takde internet? Ala boleh je kot. Ada orang yang tak pernah tau pon apa itu internet.

Tapi aku...tak bole la. Sebabnya,

• Dengan facebook, aku bole still keep in touch dengan kawan-kawan. Internet tak sama dengan handphone. Kita takkan selalu nak SMS atau telefon. Tapi kat facebook, kita bole tau keadaan dan cerita kawan-kawan melalui status dorang. Dan kat situ la kita bole tegur sapa, walau setakat ala kadar je. Dan walaupon dah tak jumpa lebih 5 tahun, kita tetap rasa dekat.


• Kalau online YM plak, kita bole conference ramai-ramai dengan kawan. Kat situ la tempat bole bergurau senda, bergosip dan bercerita. Tak payah bazir duit nak telefon ataupun nak lepak kedai kopi.


• Idea untuk aku mengarang akan keluar lebih banyak bila aku menaip, berbeza dari menulis atas kertas.


• Bila dah online, senang untuk aku carik maklumat dan sumber-sumber untuk apa saja yang aku nak. Gambar, video, seks teks semuanya ada. Tak payah la nak pegi kedai buku atau library.


• Paling awal tau bila ada gosip terbaru. Selalu dapat masa panas-panas. Ehee.


• Dan yang pasti, aku takkan rasa macam duduk bawah tempurung.

Internet sama macam gula. Kalau tak ada, rasa tawar dan hambar . Tapi kalau dah terlebih, boleh dapat kencing manis.

Pesanan: Kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Kalau memasak tu, tak payah letak gula pon.

Wednesday, July 21, 2010

Senyum bila tengok jam ni

Kalo korang perasan, bila ada gambar jam kat dalam buku, suratkhabar, kat internet, kat tv atau kat memane je, selalunya jarum jam tu akan menunjukkan ke pukul 10:10 minit. Jarum pendek ke angka 10 dan jarum panjang ke angka 2. Tau tak kenapa?

Sebab jika dilihat bebetul, jarum jam tersebut akan nampak seperti sebuah senyuman. Betul kan?


Tapi di zaman berteknologi tinggi sekarang ni, banyak benda dah diubah menjadi digital. Penggunaan jarum sudah berkurangan. Tengok je meter kat kereta, pon dah jadi digital, kan? 

So apa pulak nombor yang selalu dipaparkan bila ada gambar jam digital ni?
Dari beberapa gambar yang aku jumpa, memang ada banyak nombor. 12:21 ada, 08:30 ada, 12:34 takde la pulak.

Tapi yang menariknya, aku jumpa 10:08. Bukan sekali, bukan 2 kali, tapi lebih 2 kali tau. Haha.
Aku suka 10:08 sebab...tu tarikh birthday aku woi!! Hepi hepi~
Hint: Tak lama lagi je tuh. :)


p/s: Tak tau kenapa selalu terjadi di dalam kereta, dengan spontan mata akan terpandang ke arah jam bila waktu bertukar ke angka 10:08. Seolah-olah jam itu sengaja memanggil-manggil untuk memandang dirinya.

Eee masamnyaa!!

Itu yang aku rasa bila first time telan yogurt.
Eh bukannya first time. Seblom ni memang penah makan, tapi itu dulu-dulu. Lama dah.

Sejak cuba menjadi pengamal diet yang seimbang dan berkhasiat (poyo), mesti la tak ketinggalan untuk aku meletakkan yogurt dalam menu. Makan seminggu sekali pon kira cukup. Yang penting, selalu minum susu. Dan yang paling penting juga, banyakkan minum air suam.


Mari kita amek tau sedikit sebanyak tentang yogurt dan khasiatnya.

Istilah yogurt berasal dari bahasa Turki yang bermaksud susu masam.

Kononnya di zaman dulu kala, orang-orang Turki membawa susu yang disimpan di dalam kantung unta ketika mengembara. Setelah lama berjalan, susu yang tersimpan itu berubah dan menggumpal menjadi padat. Walaupun rasanya masam, tetapi sungguh menyegarkan. (macam pernah kulihat iklan sebegini).

Yogurt yang nampak seperti ais krim ni elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh badan.

Pada mulanya, Yogurt hanya digemari di negara Barat dan Eropah, tapi kini ia tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Kalau rasa nak beli, pergi je ke shopping complex mesti jumpa. Macam-macam warna dan perisa ada.

Beberapa khasiat Yogurt:


1. Yogurt mampu mencegah kanser kerana ia dapat menghasilkan zat-zat gizi yang diperlukan oleh hati.

2. Yogurt lebih banyak menghasilkan kalsium berbanding susu. Juga diyakini baik untuk memanjangkan umur.

3. Di dalam yogurt, terdapat bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus Thermophilus dan Lactobacillus Bulgaricus (asal dari Bulgaria ni) yang membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ini baik untuk membantu proses pencernaan di dalam tubuh. (sangat elok pada sesape yang ada masalah nak pegi toilet)


4. Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi dibanding susu segar. Kandungan lemaknya juga lebih rendah. Memang sangat sesuai kepada mereka-mereka yang ingin menjalankan diet.


5. Meminum yogurt secara teratur dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.


Nyum Nyum sedapnyaa~

Terdapat juga beberapa khasiat yogurt untuk kecantikan, antaranya:
  • Yogurt sesuai dijadikan masker untuk mengurangkan kedut-kedut di muka. Ia dapat membersihkan kulit dengan baik dan mampu menghilangkan kesan-kesan jerawat. Tapi pilihlah yogurt yang kurang kandungan gulanya.
  • Untuk kulit kepala yang gatal, lumurkan yogurt diatas kepala dan biarkan berbalut selama 15 minit.
  • Juga dapat mencantikkan kuku dan tangan. Hanya campurkan sedikit yogurt dengan perahan lemon, simpan untuk beberapa jam dan kemudian sapukan pada kuku dan tangan. Hasilnya, kuku lebih bersinar dan tangan lebih halus.
Cubalah sendiri!

Tuesday, July 20, 2010

Mandarin Lesson 2 : yik er san

Children, this time we'll learn how to say numbers in Mandarin.
I browse on Internet and found below chart which comes with chinese character.
So you not only can speak, but read and write too!

1 一 yī (eek)

2 二 èr ('a' as in a book)

3 三 sān (sun)

4 四 sì (silk)

5 五 wǔ (woo)

6 六 liù (lee-you)

7 七 qī (chee)

8 八 bā (pa)

9 九 jiǔ (gee-you)

10 十 shí (sher)

0 零 / 〇 líng


11 十一 shíyī 10+1


12 十二 shí'èr 10+2

13 十三 shísān 10+3

19 十九 shíjiǔ 10+9

20 二十 èrshí 2x10

21 二十一 èrshíyī 2x10+1

22 二十二 èrshí'èr 2x10+2

30 三十 sānshí 3x10

40 四十 sìshí 4x10

90 九十 jiǔshí 9x10

99 九十九 jiǔshíjiǔ 9x10+9


That's for today. Soon, we'll continue from 100 to 10,000
Happy learning! ;)

Note:
Easy and straightforward



The Chinese counting system is fairly easy and straightforward. There are not as many number words as in English (where the numbers zero up to twenty require twenty-one different words, plus more words for the tens, e.g. 'forty').

Monday, July 19, 2010

Happy Birthday Mak!!

Hari Sabtu lepas, birthday mak tersayang.
Walaupon takde sambutan luarbiasa, tapi aku rasa  mak dah cukup gembira sebab aku ada bersama dia. Huhuu~
Dan selagi aku bersama dia, aku akan berusaha untuk sentiasa membuat dia bahagia.
Insya-Allah...

Saturday, July 17, 2010

Cenderahati dari Korea

Burung terbang menggapai suria
Hasrat melangkau ke alam dewata
Istimewa ukiran buatan Korea
Menarik dan unik, cantik di mata


Senja berlabuh damai di hati
Indah direnung seindah budi
Akan ku simpan di dalam peti
Sebagai tanda kenangan abadi


Budak-budak main guli
Main guli sampai petang
Harap-harap dapat la lagi
Seronok hati sengih memanjang


Berborak sakan ayam dan itik
Gosip tentang anak cik Minah
Pelakon Korea handsome dan cantik
Kalo layan drama, makan pon tak lena


Pegi ke kedai dengan si nyonya
Tengah berjalan terjumpa raksasa
Korea femes dengan bandar Seoulnya
Entah bila la dapat gi sana


Dok melepak sambil minum air bandung selasih,
Sekian terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

Lihatlah Melaka ku indah

Minggu lepas buat pertama kalinya aku dibawak melepak kat pantai baru. Pantai tambak yang menghubungkan Klebang dan Bandar Hilir. Berada betul-betul di belakang Eye on Malaysia yang kena tutup tu. Rupanya dah ada port baru untuk bersantai di tepi laut.

Kawasannya  masih bersih dan cantik, ditaburi pasir-pasir pantai, ditanam pokok-pokok rhu dan tepi pantai di hiasi batu-batu besar sebagai penambak. (ngok ngek aku tak tangkap gambar pon)

Ramai jugak yang datang melayan perasaan tengok laut sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ceh!)
Dan bila semakin matahari terbenam, semakin ramai yang datang. Yang datang bukan sahaja untuk duduk beristirehat, tapi ramai juga yang datang untuk bermain layang-layang.

Sebelum balik, sempat aku tangkap gambar orang bermain layang-layang yang beraneka rupa dan warna.

Lihat jauh nun di sana...nampak Eye on Malaysia. (nyanyi sila ikut tempo ye)

 Besarnyeee ikan merahhh!
 
BIG love is in the air~

It's a plane, it's a superman, nooo it's batman!

Taken by Camera Phone 2.0 Megapixel. So gambarnye nak bajet ape la kan...huhuhuu~

Menjadi orang separuh Melaka, aku tumpang bangga dengan pembangunan yang sungguh pesat.
Selain terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah, kini terdapat juga banyak shopping complex baru, banyak tempat-tempat pelancongan dan rekreasi seperti cruise di Sungai Melaka dan Menara Tamingsari.
Tu belum sebut lagi tempat-tempat makan yang sedap. Jadi, kalo rasa-rasa nak bercuti, marilah melawat Melaka.

p/s: Ish dah lama tak makan blackpepper crab kat Portugese Settlement...*meleleh air liur*

Wednesday, July 14, 2010

Mandarin Lesson 1 - Greetings

Children, today I wanna give you a lesson about Mandarin Language. But here, I will only teach you how to speak, not to write ok.

Our first lesson is Greetings. As this is a main key to start a conversation.

Ok, let's begin!

Good Morning - Chao An / Chao Shang Hao
Good Afternoon - Wu An / Xia Wu Hao
Good Evening / Good Night - Wan An / Wan Shang Hao

Hello - Ni Hao (knee how)
How are you - Ni Hao Ma
I'm fine - Wo Hao / Wo Hen Hao
Good bye - Zai jian (jai jian)
Thank you - Xie xie (Share share)
You are welcome - Bukeqi (pu ke chi)

Wo - I, Me
Ni - You
Hao - Good, Well
Zai - Again
Jian - See
Hen - Very

I think, that's all for today. We'll continue again some other time.
Remember, practice makes perfect.
Thank you.

Tuesday, July 13, 2010

Mari Download dan Muat Turun Lagu atau Song mp3

Download dan Muat Turun tu tak sama ke?
Lagu dan Song pon sama makna jugak kan?

Itu la, kadang-kadang ramai yang tak perasan. Bila cakap bahasa melayu, nak jugak campur ngan english. Konon-konon cambesh. Padahal terang lagi bersuluh maknanya sama je. Kalo nak cakap bahasa campur pon, jangan la main belasah cam rojak je. Sakit telinga dowh. Cuba pilih perkataan tu betul-betul sikit.
Cewahh, cam bagus je buat kutukan. Haha.

Tapi nak jugak bagi contoh ayat-ayat salah yang selalu kita guna:
* Cuba ko try baju ni ok ke tak.
* Saya rasa lebih yakin, lebih konfiden sejak menggunakan Slim Shady.

Dah, cukup la tu.

Aku sebenarnya dah lari topik.
Niat awal cuma nak bagitau yang aku ada widget baru. Ada link-link untuk dengar dan download lagu.
Ada lagu English, ada lagu Melayu. Lagu hindustan takde. So korang bole la klik kat situ kalo nak download ye.
Dan kalo nak buat lagu permintaan, korang bagitau je. Kalo aku rajin, aku tolong carikkan. Disebut sekali lagi, kalo rajin. Hehe.
Cuma kat sini tak bole nak tujukan lagu dan sampaikan salam je.

Ok, sekian.

Ape ni?

Rasa macam ada banyak sangat cerita nak tulis, tapi semuanya hanya terbengkalai.

Hari ini.

Nak cerita pasal Sotong Paul, semua orang dah tau. Lagipun tak releven lagi, yela World Cup kan da abes. Si Paul pon da dihantar berehat. Lepas ni kurang gelama la dia ye.
Tapi ada satu perkara yang aku musykil pasal Paul ni. Setiap kali buat pilihan, aku tengok dia mesti pilih bendera yang sebelah kanan. *???*

Kalo nak cerita pasal kes kena kejar anjing pagi tadi, tak berapa sensasi pulak. Lain la kalau tangan atau kaki dah hilang sebelah.

Bila time-time mengadap pc camni, time tu la idea selalu tak mari. Bila tengah guling-guling nak tido, macam-macam bende pulak keluar dalam otak mintak ditaip.

Sebelum lebih banyak merapu, lebih baik fullstop.

Friday, July 9, 2010

Aku Tetap Aku

Pernahkah kau terfikir
Mengapa aku dijadikan aku
Bukan kau atau dia

Pernahkah kau berharap
Untuk berhenti menjadi aku
Dan menjadi seperti dia

Berhentilah berharap
Kerana sesungguhnya kau tiada pilihan

Thursday, July 8, 2010

Octopus Paul: Kagum atau Kesian?

Sejak Brazil kalah, memang takde mood nak layan World Cup lagi. Hilang dah serinya.
Di tambah pulak dengan keputusan malam tadi, sekali lagi sungguh memeranjatkan.
Ingatkan, Germany boleh menang sebabnya team yang lain agak 'underdog'.
*Minat gak Jerman masa zaman Oliver Kahn dulu*

Tapi sungguh tak disangka, cempedak dah jadi nangka, ramalan Paul si sotong itu, sungguh benar belaka.
Masa mula-mula tengok si Paul menujum Germany akan mengalahkan Argentina, aku sungguh skeptikal. Yelakan, apeke jadahnya nak percayakan sotong? Lagi pon, berdasarkan performance dan statistik, Argentina memang lebih baik.
Tapi nampaknya si Octopus Paul bukan sebarang sotong. 
Eh jangan!! Tetap jangan percayakan sotong tu. Kalau percaya, kufarat kurafat namanya.
Semua tilikan itu hanya kebetulan semata.
*Ntah kat mana si pawang sotong ni menuntut yek?*

Bagi mengubat tahap ketensenan dan kekeciwaan yang melampau itu, ramai penyokong-penyokong yang poyo fanatik German berpakat nak masukkan sotong dalam menu makan tengahari dan juga untuk menu-menu seterusnya.

Sotong goreng tepong memang sedap. Tapi lagi suka sotong masak sambal. Nyum nyum~

Paul on the ball.

'Paul' on the bowl.

Picture taken from here.

Wednesday, July 7, 2010

Light up my life!!!

I used to say –
'Life is wonderful'.
'Life is beautiful'.

Whenever I have problem and feel down, I always say "Light up your life!"
That is also the sentence I frequently used to comfort my friends when they have the same ‘down’ syndrome.

But now...
I don’t see the world as how I used to.
Life is no longer as beautiful as before. The word ‘wonderful’ has also disappeared in my dictionary.

I’m not only an unhappy person, but even worse I changed to be such a hot temper type.
I’m not sure whether it’s a consequence of my work or the unfinished resentment that still going on inside myself.
I know I should change my nature of jobs. As I’m no longer interested to communicate directly with people, it’s better do something else so I don’t easily get annoyed.

Still figuring what, how, and when…

*Trying to see the world through the eyes of a child.*
Related Posts with Thumbnails