Free counter and web stats

Saturday, September 25, 2010

Typical Malaysian: "Actually...aaa..."

Perasan atau tak, kadang-kadang memang ada sesuatu perkara yang kita buat tu menggambarkan yang kita ni sangat Malaysian. Bak kata omputeh, typical Malaysian.

Dapat tak terpikir apakah perkara-perkara itu?
Buat masa ni tak banyak yang aku dapat ingat, tapi yang paling femes Malaysian ni suka breakfast makan nasik lemak ngan teh tarik.
Begitu juga roti canai, sungguh sinonim ngan Malaysian.
Betul kan?

Dan yang paling betul jugak, bila nak cakap omputeh selalu guna Actually...actually...berapa puluh kali ntah. Kalo yang advance sikit, suka cakap Basically...itu la perkataan pertama yang keluar bila nak mula spiking. Err basically...

Lagi satu aku perasan, ramai yang suka guna perkataan already..sikit sikit already. I eat already atau 'i makan dy', 'i know d'. Sampai dah jadi bahasa pasar si already ni. Oh pasar oredi.

Dulu mase attend kelas 'Softskill', trainer pon penah suruh tolong jangan guna Actually, Basically, banned terus. Katanya, kurang professional. Sebab dah terlalu biasa orang guna. So kita kene guna perkataan yang lain baru ade kellasss. Normally? Ermm..tak best jugak.
So, sungguh susah payah la bagi sesape yang selalu guna itu untuk mengontrolnye.

Teringat kat hitz.fm pon ada pasal "Actually" ni. Gendang gendut pecah perut gelak setiap kali dengar. *Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut* Ahh sengsaranya kalo pecah perut!! (Oh ni cuma imaginasi ntahapehape sekejap.)

Sejak tu, aku mesti rasa nak tergelak bila dengar orang cakap Actually. Lebih-lebih lagi bila tengah dalam meeting, training, presentation ataupon dalam seminar.
Hee~ tipikalnye kamo!

Thursday, September 16, 2010

Hari bahagia

Salam 1 Malaysia!

Sungguh seronok kalo hari-hari dapat berehat-rehat sambil berbaring-baring menonton tv macam hari ni. Sib baik takde orang dtg raya (ish tak baik). Hehe.
Tapi esok kene keje balik. Adehh...bila la agaknya dapat kawen ngan anak raja, supaya takyah penat-penat nak pegi keje. Err...ade sesape bole tolong rekemen?

Raya tahun ni tak banyak bezanya ngan taun-taun lepas. Tak banyak ke?
Erm sebenarnye...ada banyak yang kurang. Tapi cuba tak terlalu fikirkan dan cuba untuk buat macam biasa. Lupakan dan gembirakan hati. Hari raya mestilah bersuka ria! Kan?
Cuma berharap, tahun depan dapat beraya lagi dengan lebih baik dan lebih bermakna. Juga lebih bahagia.
Amin...

Cane ngan korangnye raya wahai blogger?
Aku tiap-tiap tahun, raya pertama mesti kat Melaka. Gi melawat kubur arwah atuk nenek, pastu pegi la melawat uma makcik pakcik sedara.
Pastu tak raya kedua, raya ketiga plak pegi balik KL. Gi melawat kubur arwah ayah, pastu gi umah sedara mara sepupu sepapat jalan-jalan naik kete sampailah ke Klang. Takkan la jalan kaki plak kan.
Kalo masa kekecik, sangat seronok sebab dapat kumpul baaaaanyak duit raya.

Sedehnye..tak rasa macam balik kampung sangat. Sebab aku takde kampung yang bebetul kampung. Tak macam dalam tv tu ade uma papan yang ade banyak pelita kat luar uma, lampu kelap kelip warna warni, ngan bebudak main bunga api kat luar, sekali ngan bapak budak main mercun buloh.
Mesti meriah kan. Nak sangat rasa suasana raya macam tu.

Nampaknye kene carik anak raja yang tinggal kat kampung la kot. Ngee.

Friday, September 10, 2010

1 Syawal

Kepada semua blogger, muslimin muslimat seluruh dunia.


Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan memberi 1001 rahmat kepada kita semua.
Amin...

Thursday, September 9, 2010

Sahur terakhir

Sepanjang Ramadhan ni, seingat aku baru je 2 kali pegi bazaar.
Itupon saja temankan kawan.

Malas la nak berhimpit-himpit beli makanan. Lagipon aku ni jenis yang tak berapa reti nak membeli. Kadang-kadang da jalan smpai ke hujung, tapi still tak bole decide nak beli ape. Tengok kuih-muih lagi la tak berapa bernafsu.

Akak aku slalu cakap aku ni nak makan pon cerewet. Apa yang mak masak tu, makan jela. Kawan-kawan pon ade yang cakap camtu. Memang betol la kot.
Yang sebenarnye, aku ni bukan cerewet. Tapi aku cuma makan bende yang aku suka je. Haha~

Aku rasa bab makan ni, aku simple je. Aku suka makan ayam. Hari-hari makan ayam pon takpe. Arini ayam goreng, esok ayam sambal, lusa ayam sup, tulat ayam masak lemak cili padi...hurmm sedapnye. Tapi kalo masak kurma ke kari ke, aku kureng sket.

Time-time bulan posa ni, kalo sahur tu kena la ade makanan yang bole 'turn me on'. Dan pastinya, adalah sambal. Kalo takde, sure mood nak makan pon lari. Ini yang jadi kes sahur sambil pejam mata.

Pejam celik pejam celik, arini dah last sahur. Sekejap je kan. Dan sekaligus bermakna, esok raya!!! Hooray? Ntah la, cam tak rasa nak raya. Huhuu~

Papepon, harap korang sume bergembira di hari raya ni bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yg sebelumnya.
Pada yang drive balik kampung tu, ingatlah 'Hati-hati di jalan raya'.

Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 2, 2010

Cara bukak baju

Bila balik rumah, selalunya perkara pertama yang kita buat adalah tanggalkan pakaian.
Perasan atau tidak, kita masing-masing ade habit tersendiri, yang secara tak langsung menggambarkan personaliti kita. Camane pulak tabiat korang?
Jom tengok samada betul ke tidak tilikan ni..

1. Main campak-campak je.
Selalunya orang lelaki la yang perangai camni. Tapi perempuan pon ade jugak kan..
Bila bukak baju tu, bukannya reti nak campak dalam bakul ke baldi ke, tapi lebih suka biarkan bersepah kat atas katil, lantai, atas meja, atas kusi takpon atas peti ais. Cuba campak terus atas atap kan senang.

Personaliti: Dorang ni dikatakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Suka keluar melepak dan berhibur dengan kawan-kawan. Dan bila bab bagi pendapat, selalunya dorang ni bebas je nak cakap apa dan tak pedulik pon apa tanggapan org lain.

2. Teliti, kemas dan tersusun.
Kalo yang jenis kemas pulak, dorang akan letak pakaian yang dah dibukak tu ditempat sepatutnya. Siap lipat simpan dalam almari terus kot. Ngee.

Personaliti: Orang yang sukakan ketenteraman dan seorang yg agak serius. Tak suka nak carik pasal dengan orang lain dan hanya biasa lakukan rutin yang sama tiap hari. Bunyik cam agak boring, tapi aku rasa dorang ni cool.

3. Tanggalkan aksesori dulu.
Sebelum bukak seluar baju, dorang ni akan tanggalkan dulu aksesori contohnya jam, gelang, cincin, rantai, subang ataupon gigi palsu emas.

Personaliti: Jenis yang mudah mesra dan berhati-hati. Juga agak sensitif, cepat terasa sampai muncung pandang sedepa, sebab tu kadang-kadang orang takut nak bergurau dengan dia ni. Tapi kalo bab bercinta, dorang ni romantika d'amor tauu. Wah..i loikee. Tapi jangan terlebih jiwang karat plak eh.

4. Buat cepat-cepat.
Bila balik rumah, terus je tanggalkan semua pakaian. Eh, tukar pakaian lain la maksudnya.

Personaliti: Dari segi sikap, agak kalut sikit. Tapi sebenarnya dorang ni sangat caring, amek berat pasal orang lain espeseli pasal orang yang dia sayang , juga keluarga. Dorang ni pulak suka sibuk-sibukkan diri dengan berbagai aktiviti dan kerja. Kalo tak, dorang akan rasa boring je hidup ni.

5. Slow and steady.
Mula-mula bukak seluar, pastu gi dapur minum air. Pastu plak gi on laptop. Pastu plak baring2 atas katil jap. Pastu baru la bukak baju.

Personaliti: Orang yang nampak macam suka melengah-lengah ni sebenarnya seorang yang berkeyakinan tinggi dan bijak. Eceh. Dorang jugak selalu pikir dalam-dalam seblom buat apape keputusan. Selain tu, dorang ni selalu spend time dengan diri sendri. Duduk dalam bilik sorang-sorang, kalo jalan pon tak kesah sorang-sorang.

6. Berubah-ubah
Semalam bukak baju gopoh-gopoh sampai bersepah, arini pulak pandai letak dalam baldi. Esok pulak tak bukak baju smpai tak mandi terus tido ngan baju yang sama.

Personaliti: Kalo yang tak tetap habitnye ni, dorang dikatakan seorang yang selalu curiga dan selalu rasa ingin tau tentang sesuatu perkara. Apatah lagi kalo perkara yang pelik-pelik sikit. Sebab tu agaknya dorang ni suka buat banyak aktiviti yang mencabar dan sanggup tanggung risiko. Dari segi penampilan pulak, dorang ni boleh la tergolong dalam kategori pandai bergaya.

cleoputri: Semua yang diatas. Ehee~
Related Posts with Thumbnails