Free counter and web stats

Monday, February 21, 2011

"Saya hidup susah, saya nak bantu keluarga"

Ni minggu kedua Mentor start ke udara.
Since my other family members want to watch it, so I ‘have to’ watch it too. Yeah but actually, I was more interested on watching videos in Youtube.

Cuma kalo ade part-part yang lawak je aku akan lari kedepan tv balik.

Time audition camni la pon yang ada banyak bende-bende klakar berlaku. Banyak insiden tak puas ati sebab rasa diri bagus, yang tahap perasantan tak hengat dunia padahal suara itik serati 1000 kali ganda lagi sedap dari dia.

Kadang-kadang kesian btol tengok spesies orang camni.

Ok, tak baik mengutuk.

Back to the point yang aku nak cakap sebenarnye.

Dalam 10 orang yg datang odisen, ada 8 orang kot yang akan datang dengan berkata:

“Tolong la bang, saya dari keluarga susah, saya ingin mengubah hidup kami”.

“Saya masuk ni demi untuk membuktikan kepada orang kampung yang selalu mengutuk saya, yang saya boleh berjaya.”

“Saya datang dari jauh, sanggup jual motor semata-mata untuk beli tiket bas datang sini.”


Or some sort like that.
Yang paling ramai bagi alasan nombor satu tu la.
Pastu bila kene reject, marah marah pastu nanges nanges nangessss!!

Ok, sekali dua tengok memang la kesian…masuk kali ketiga dan yang seterusnya, naik muak dah ni.

Apesal dorang ni sume ingat, dengan cara menjadi artis tu bole mengubah nasib keluarga ke??

Dengan menjadi artis, akan kaya cepat dan lebih berjaya ke??

Apsal tak kau carik keje elok-elok, keje baik-baik, dapat gaji bole jugak kasi duit bantu keluarga kan???

Apsal dulu kau tak belajar pandai-pandai, supaya dapat keje yang bagus-bagus pastu jadi orang yg berjaya???

Memang bunyik agak kejam, tapi please laa jangan selalu bagi alasan macam ni semata-mata nak capai hasrat menjadi glemer.
Lagipon, tak semestinye ko boleh ubah nasib keluarga dengan hanya menjadi artis OK!!!


Sunday, February 13, 2011

Aku dan Motor.

Setelah berkurun, barula skang nak sambung citer pasal Aku Perempuan dan Motor.

Skang ni bila bawak motor gi keje, aku da tak takut-takut lagi. Kalo dulu bodo-bodo je ikut kiri rapat-rapat, bawak slow tak lebih 80km/j, nak potong kete siput sedut kat depan pon takkan mungkin.
Tapi skang, purata kelajuan 95km/j, da tak main la dok tepi-tepi je, potong belah kanan pon da terer dah. Kalo mak rempit ajak racing pon da berani join kot. Hehe. Jangan memain!

Bila kat jalanraya., yang bawak kete memang pandang lekeh pandang kecik je kat motor, yang bawak lori ntah hape lah lagi. Baru la aku paham perasaan orang yg naik motor bila da jadik motorist ni. Huhu.

Sebenarnye kenderaan motor ni kan, memang sangat dekat ngan diri aku. Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, arwah atuk slalu bawak pusing taman tiap-tiap petang naik motor. Aktiviti wajibul ghunnah kot. Kalo gi jenjalan pon, motor atuk tu la yg jadi mesin penggeraknya. Arwah nenek dok belakang, aku plak dok depan dalam bakul. Dapat aku bayangkan camane la rupanya.

Ada satu kejadian yang masih lagi meninggalkan kesan sampai arini, ialah di suatu petang yang hening tu, lepas mandi aku penah cuba-cuba panjat motor konon-konon nak bawak. Tapi tak sangka pulak, ekzos panas yang terkena peha. Meraung kuat-kuat la sakannya. Sampai skang ada lagi tinggal sikit parut lecur kat peha ni. Isk isk.

Masa sekolah rendah pulak, Angah ngan Along akan sama-sama bergilir hantar aku gi skolah. Seronok rasa bila terkenangkan zaman tu. Masing-masing pakai moto yg ade tank besar kat dpn tu, bangga siot dapat naik moto besar. Hehe.
Ini la motor Angah.

Ada jugak satu kejadian berlaku disuatu petang yang hening. Masa tu ronda-ronda pusing kampung, Angah bagi can kat aku pegang handle. Aku pon terus je tak lepas peluang, sambil berangan konon-konon sendiri yg bawak moto. Pastu ntah camana tak pasal-pasal aku gi press minyak plak. Terus je motor terpecut tapi sib baik tak terbabas. Namun malangnya kejadian itu telah mengakibatkan seekor anak ayam mati dilanggar. Innalillah...ayam sapaa la tu.

Kiranya, motor ni bukanlah asing dalam hidup aku. Dari kecik wat da naik motor, so skang ni bila diri sendiri plak yg da bawak motor, takde rasa janggal lagi.
Apakata untuk kurangkan masalah kesesakan jalanraya yang semakin meruncing, kita pakat naik motor ramai-ramai nak?

ps: Next, nak pakai motor besar cam CBR plak. Ngee~

Amacam, cara tak?
Related Posts with Thumbnails