Shopee
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, May 3, 2019

Itinerary JOGJA 4d3n


There are many beautiful places in Jogja. Actually, 3 nights stay is not enough.
We did our best to go to as many as we can, but still there are a few places we missed such as – Taman Sari, The Palace, Prambanan Temple, Indrayanti Beach, Wediombo beach and many more.

So here’s my itinerary for your reference, hopefully it will help you in some ways.

Day 1
- Lunch @Pondok Bakaran
- Rumah Hobbit
- Pinus Forest
- Puncak Becici
- Pinus Pengger
- Dinner @Sate Klatak

Day 2
- Jurang Tembelan
- Pindul Cave Tubing
- Timang Beach
- Lunch Lobster @Pak Sis
- Bukit Bintang Sunset view

Day 3
- Merapi Jeep Tour 
- Borobudur Temple
- Wisata Kalibiru
- Kopi Joss @Malioboro Street

Day 4
- Bakpia shopping
- Drop to Airport

Also to share ‘partly’ of the money I spent over there. The other part is untraceable. Hehe (malas nak cari sebenanya :P)
Anyway, most of the entrance fee can be found online, but it might vary from time to time.

BUDGET
- Jasa Foto @Jurang Tembelan 25,000
- Lobster @Pak Sis 220,000
- Cave Tubing 160,000
- Gondola @Timang Beach 200,000 *option Gondola 200k or Hanging Bridge 100k
- Body Massage 80,000
- Wisata Kalibiru *photoshoot 10k-35k per spot

We flew with AirAsia, when we purchased our tix, the price was about RM450. Tapi kalau nasib baik beli time promo, bole dapat 300++. Basically, exclude shopping and extra makan-makan, you can set your budget below 1500, includes return flight ticket.

Well Jojga, thank you for the wonderful experience. You’ve been amazing!
I will be going back there to go to other places. J




Thursday, September 2, 2010

Cara bukak baju

Bila balik rumah, selalunya perkara pertama yang kita buat adalah tanggalkan pakaian.
Perasan atau tidak, kita masing-masing ade habit tersendiri, yang secara tak langsung menggambarkan personaliti kita. Camane pulak tabiat korang?
Jom tengok samada betul ke tidak tilikan ni..

1. Main campak-campak je.
Selalunya orang lelaki la yang perangai camni. Tapi perempuan pon ade jugak kan..
Bila bukak baju tu, bukannya reti nak campak dalam bakul ke baldi ke, tapi lebih suka biarkan bersepah kat atas katil, lantai, atas meja, atas kusi takpon atas peti ais. Cuba campak terus atas atap kan senang.

Personaliti: Dorang ni dikatakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Suka keluar melepak dan berhibur dengan kawan-kawan. Dan bila bab bagi pendapat, selalunya dorang ni bebas je nak cakap apa dan tak pedulik pon apa tanggapan org lain.

2. Teliti, kemas dan tersusun.
Kalo yang jenis kemas pulak, dorang akan letak pakaian yang dah dibukak tu ditempat sepatutnya. Siap lipat simpan dalam almari terus kot. Ngee.

Personaliti: Orang yang sukakan ketenteraman dan seorang yg agak serius. Tak suka nak carik pasal dengan orang lain dan hanya biasa lakukan rutin yang sama tiap hari. Bunyik cam agak boring, tapi aku rasa dorang ni cool.

3. Tanggalkan aksesori dulu.
Sebelum bukak seluar baju, dorang ni akan tanggalkan dulu aksesori contohnya jam, gelang, cincin, rantai, subang ataupon gigi palsu emas.

Personaliti: Jenis yang mudah mesra dan berhati-hati. Juga agak sensitif, cepat terasa sampai muncung pandang sedepa, sebab tu kadang-kadang orang takut nak bergurau dengan dia ni. Tapi kalo bab bercinta, dorang ni romantika d'amor tauu. Wah..i loikee. Tapi jangan terlebih jiwang karat plak eh.

4. Buat cepat-cepat.
Bila balik rumah, terus je tanggalkan semua pakaian. Eh, tukar pakaian lain la maksudnya.

Personaliti: Dari segi sikap, agak kalut sikit. Tapi sebenarnya dorang ni sangat caring, amek berat pasal orang lain espeseli pasal orang yang dia sayang , juga keluarga. Dorang ni pulak suka sibuk-sibukkan diri dengan berbagai aktiviti dan kerja. Kalo tak, dorang akan rasa boring je hidup ni.

5. Slow and steady.
Mula-mula bukak seluar, pastu gi dapur minum air. Pastu plak gi on laptop. Pastu plak baring2 atas katil jap. Pastu baru la bukak baju.

Personaliti: Orang yang nampak macam suka melengah-lengah ni sebenarnya seorang yang berkeyakinan tinggi dan bijak. Eceh. Dorang jugak selalu pikir dalam-dalam seblom buat apape keputusan. Selain tu, dorang ni selalu spend time dengan diri sendri. Duduk dalam bilik sorang-sorang, kalo jalan pon tak kesah sorang-sorang.

6. Berubah-ubah
Semalam bukak baju gopoh-gopoh sampai bersepah, arini pulak pandai letak dalam baldi. Esok pulak tak bukak baju smpai tak mandi terus tido ngan baju yang sama.

Personaliti: Kalo yang tak tetap habitnye ni, dorang dikatakan seorang yang selalu curiga dan selalu rasa ingin tau tentang sesuatu perkara. Apatah lagi kalo perkara yang pelik-pelik sikit. Sebab tu agaknya dorang ni suka buat banyak aktiviti yang mencabar dan sanggup tanggung risiko. Dari segi penampilan pulak, dorang ni boleh la tergolong dalam kategori pandai bergaya.

cleoputri: Semua yang diatas. Ehee~

Sunday, August 8, 2010

Bersauna boleh jadi hitam?

Weehoo~
Hari ni banyak buat aktiviti membakar kalori.

Mula-mula gi sauna.
Pehh, memang panas gila. Tapi tak plak sepanas masa mula-mula cuba aritu. Aritu, tak sampai 5 menet pon da tak tahan. Muka rasa cam nak terbakar je, da tutup ngan towel pon tak bole tahan gak. Tapi arini, dapat la stay sampai 15 minit. (ceh, ingatkan smpai stengah jam.) Hehe.

Pastu, pegi steam pulak.
Takde la panas sangat, tapi rasa tak bole bernafas bila sekeliling da penuh ngan asap. Memang kene tutup muka ngan towel gak. Kalo tak, memang rasa lemas cam nak pengsan.
Akhirnya, dapat la bertahan dalam stengah jam. Hee~

Pastu, ingatkan nak pegi gym, tapi tak jadi. Terus pegi swimming.
Nasib baik cuaca tak panas, redup-redup je gitu. So memang sangat syok bila swim. Tambah-tambah lagi bila tak ramai orang. Ade 3 orang je kot. Rasa swimming pool itu macam ana yang punya.
Setelah lebih kurang stengah jam, aktiviti berenang pon tamat. Sebab, titik-titik ujan da mula turun. Tapi sebab utama, memang tak cukup stamina pon nak brenang lama-lama. Ngee.


Lepas tu, mandi air panas dalam bath tub. Arini lebih lama berbanding biasa. Soo relaxing!
Kadang-kadang pernah terfikir, elok ke tak kalo hari-hari mandi air panas? Kulit tak rosak ke? Kalo mandi sauna tu, kulit tak jadi hitam ke? Sampai skarang blom dapat jawapan. Tapi setakat ni belom pernah lagi la dengar kalau bersauna kulit jadi hitam tu. (Hehe). Selalu dengar pasal kebaikan bersauna, steam dan mandi air panas ni. So rasanya, takde apape effect la kot kan?

Nak tau kebaikan dan khasiat bersauna? Meh cik cleoputri kongsi sket ye ;-)

1. Kulit merasa lebih segar, halus, licin dan menawan. - ni bila da buat slalu la ok.

2. Pembakaran lemak boleh mengurangkan berat badan. - btol btol! akan terasa sedikit gatal-gatal bila lemak itu dibakar. lebih baik, timbang berat sebelum dan selepas bersauna. nanti tengok ada beza tak?

3. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury. - err...maksud yang ni, sauna tu memang bagus la. hehe.

4. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. - kalo badan rasa letih pon, memang elok mandi air panas. tidur anda pasti nyenyak!

5. Meningkatkan sistem kardiovascular - kardiovaskular itu adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain berfungsi dengan berkesan. Tiga bahagian utama sistem kardiovaskular ialah jantung, darah dan pembuluh darah.

6. Menghilangkan tekanan dan perehatan otot - kalau rasa stress, jangan tensen-tensen. pegi mandi sauna.

7. Melancarkan peredaran darah - bagus la tu kan?

8. Meningkatkan sistem immunisasi badan - haa tengok, antibodi pon jadi kuat.

9. Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki - err...yang ni kena bgtau orang lelaki.

10. Meningkatkan tahap metabolisma - ah malas la nak fahamkan, yang penting kita tau yang ni memang bagus sudahh.

Info:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Mari amalkan hidup sihat.
Badan cergas, minda cerdas! (ini bukan iklan susu)

cik cleoputri yang rambut panjang tu tau. :D
*This info was taken from here.

Sunday, July 25, 2010

Rakus dan Rasuk

• Penjara Pudu hanya menjadi mangsa kerana ia terletak di kawasan yang strategik untuk dikomersilkan. Dan kita juga mempunyai banyak lagi bangunan bersejarah yang terletak di dalam lingkungan kota metropolitan Kuala Lumpur. Stesen Keretapi Lama, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen semuanya berpotensi mengalami nasib yang sama.

• Walau kita yang melihat Penjara Pudu dari luar sahaja pon dah terasa kehilangan bangunan itu, apatah lagi orang-orang yang pernah berkhidmat dan juga orang-orang yang pernah menghuni didalamnya.

• Sekarang ni dah ada page ‘Alumni Penjara Pudu’ kat Facebook. Haa jangan tak tau bekas penghuni Penjara Pudu pon ada facebook tau. (Tapi aku rasa page ni untuk tujuan melawak je).

• Aku bukannya seorang Melayu yang berfikiran kolot, tapi kalau ditanya pada bangsa lain pon mereka percaya ada unsur-unsur misteri nusantara pada bangunan Penjara Pudu ni. Jadi, orang-orang yang tinggal di hotel, di condo, berjalan-jalan waktu malam di dalam terowong bawah tanah yang akan dibina itu nanti, adalah antara orang-orang yang sangat berani.

• Nantikan saja kalau ada cerita-cerita menarik yang akan berlaku apabila projek pembinaan sudah dimulakan.


p/s: Aku baru je nak telefon Ghost Adventures team untuk buat rakaman kat Penjara Pudu. Hehe.

Disebalik Penjara Pudu

Walau beribu bantahan diterima, akhirnya Penjara Pudu akan tetap hilang dari peta Kuala Lumpur.

Bekas tapak penjara pudu akan dijadikan tapak komersial yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre. Projek yang dijangka siap dalam masa 10-15 tahun itu menelan kos lebih dari RM5 bilion. Fuyoo.

Makanya, nanti akan berdiri teguh kompleks-kompleks perniagaan, menara pejabat 100 tingkat, condominium mewah, hotel yang banyak bintang, shopping complex dan dengar-dengarnya akan ada jugak lorong bawah tanah. Tapi tak pasti untuk kenderaan ataupun pejalan kaki.

Jadi, nak taknak kita semua terpaksa terima kenyataan yang Penjara Pudu takkan dapat diselamatkan lagi. Siapalah kita pipit yang hina nak melawan jerung besar kan?

Persoalannya, kenapa ramai yang tak setuju penjara pudu ni dirobohkan?

Bagi sebuah bangunan yang sudahpun melebihi usia 115 tahun, semestinya banyak mencipta kenangan dan mencoret sejarah. Ia siap dibina oleh penjajah British pada tahun 1895 dan juga digunakan oleh penjajah Jepun pada perang dunia kedua untuk menyeksa dan mengurung tentera bersekutu.


Ia pernah dihuni oleh beberapa penjenayah terkenal dan juga mencatat sejarah menyimpan ramai tahanan politik. Penjara Pudu ditutup pada tahun 1996 dan dibuka semula pada Mei 2007 kepada orang ramai dan pelancong asing untuk dilawat. Namun, ia hanya beroperasi sehingga tahun 2005. Menurut rekod, pada tahun 2007 itu sahaja telah menarik 400,000 orang pelawat.

Mural pemandangan yang dilukis disepanjang tembok Penjara Pudu ini mengambil masa selama 2 tahun oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Panjang mural ini adalah 384 meter, tinggi 4.5 meter dan merupakan mural yang terpanjang di dunia.


Bukankah ini sudah cukup untuk dijadikan tapak warisan?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, "Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika”.

Jadi, perlu apakah lagi kita ‘menyalak ke bukit?’. Yang nyata, kita tak mungkin dapat melawan kekuatan arus pembangunan. Tapi diharapkan, sekurang-kurangnya Pintu Gerbang Penjara Pudu dapat disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.

Artikel ini hanyalah pendapat peribadi dari saya seorang blogger yang tiada nama.

JANGAN LUPA MINTAK RESIT TAU!

Harga gula naik, ramai orang merungut.
Bila harga tol naik, lagi la ramai yang rasa nak mengamuk.

Apa yang kita boleh buat untuk elakkan harga tol naik?
Mungkin, guna public transport. Naik bas atau tren. Tapi, semua orang nak cepat sebab tu lebih suka drive sendiri. Kalo ada motor, senang la takyah cerita.

Apa sebenarnya yang membuatkan harga tol naik?

Apakah harga yang pengguna tol bayar setiap hari tak mampu untuk menanggung kos-kos penyelenggaraan? Kalau ikut perkiraan aku (yang mengikut sistem hantam sajalah), sepatutnye pihak syarikat Tol sudahpun mampu dapat pulangan modal pembinaan tak lebih dari 3 tahun.

Tapi disebabkan majoriti syarikat tol mengalami kerugian, harga tol perlu dinaikkan dan pengguna pula yang terpaksa menanggung beban. Malah, kerajaan Malaysia juga terpaksa membantu dengan memberi lebih subsidi kepada syarikat-syarikat tol ini.

Melalui email yang aku terima baru-baru ni, agak mengejutkan bila ada segelintir ‘toll-gate girl’, eh lelaki pon ada, yang cuba mencari rezeki lebih dengan cara ‘mencuri’ duit pengguna. Dan aktiviti mereka-mereka ini bukan saja membuatkan syarikat tol kerugian, malah memberi impak kepada kita sebagai pengguna.

Apa yang mereka-mereka ini buat?

Ok, kadar tol adalah berbeza mengikut kelas kenderaan, bukan kelas pemandu (eh apa kellasss).

Kelas 0 - Motor


Kelas 1 – Kereta


Kelas 2 – Van


Kelas 3 – Lori


Kelas 4 – Teksi


Kelas 5 - Bas


Kelas 0, memang free. (Mat rempit: Weehoo!)
Kelas 4, adalah yang paling murah. Dan selalunya separuh harga dari kereta.
Kelas 3, yang paling mahal iaitu dua kali ganda dari kereta.

Dengan kadar harga kelas kenderaan inilah yang digunakan oleh sesetengah tol operator untuk menipu.


Bagaimana?

Contohnya: Bila kita bawak kereta, dah tentu kadar tol kita akan ikut Kelas 1. Dan katakanlah, harga tol tu adalah RM 2.20. Tapi kalau tol operator tu tak jujur, dia akan tekan Kelas 4, yang mana Kelas 4 harganya ialah RM1.10.

RM2.20 - RM1.10 = RM1.10. Jadi, beza duit itu akan masuk poket dia.

Kalau sehari buat 100 kali, dah dapat RM110.00
Kalau sebulan, dah berapa ye? Lebih RM2000.

Itu belum kira kalo yang pemandu lori pulak yang kena. Wahh pakcik kayo!

Dan bayangkan, kalo setiap yang jaga tol buat perkara yang sama. Dalam sehari, toll company ni bole rugi beribu ringgit.
(Ooo, ini rupanya kerja korang ye!)

Jadi untuk mengelakkan perkara ni berlaku, ‘JANGAN LUPA MINTAK RESIT’

Harapnya dengan cara berwaspada camni, kita bole membantu toll company untuk tidak mengalami kerugian dan seterusnya harga tol pon takkan naik lagi. Mana tau nanti harga tol pon bole turun.

p/s: Kan ke best kalo time nak raya, semua tol pon cuti raya. Takde la ‘jam’.

Wednesday, July 21, 2010

Senyum bila tengok jam ni

Kalo korang perasan, bila ada gambar jam kat dalam buku, suratkhabar, kat internet, kat tv atau kat memane je, selalunya jarum jam tu akan menunjukkan ke pukul 10:10 minit. Jarum pendek ke angka 10 dan jarum panjang ke angka 2. Tau tak kenapa?

Sebab jika dilihat bebetul, jarum jam tersebut akan nampak seperti sebuah senyuman. Betul kan?


Tapi di zaman berteknologi tinggi sekarang ni, banyak benda dah diubah menjadi digital. Penggunaan jarum sudah berkurangan. Tengok je meter kat kereta, pon dah jadi digital, kan? 

So apa pulak nombor yang selalu dipaparkan bila ada gambar jam digital ni?
Dari beberapa gambar yang aku jumpa, memang ada banyak nombor. 12:21 ada, 08:30 ada, 12:34 takde la pulak.

Tapi yang menariknya, aku jumpa 10:08. Bukan sekali, bukan 2 kali, tapi lebih 2 kali tau. Haha.
Aku suka 10:08 sebab...tu tarikh birthday aku woi!! Hepi hepi~
Hint: Tak lama lagi je tuh. :)


p/s: Tak tau kenapa selalu terjadi di dalam kereta, dengan spontan mata akan terpandang ke arah jam bila waktu bertukar ke angka 10:08. Seolah-olah jam itu sengaja memanggil-manggil untuk memandang dirinya.

Eee masamnyaa!!

Itu yang aku rasa bila first time telan yogurt.
Eh bukannya first time. Seblom ni memang penah makan, tapi itu dulu-dulu. Lama dah.

Sejak cuba menjadi pengamal diet yang seimbang dan berkhasiat (poyo), mesti la tak ketinggalan untuk aku meletakkan yogurt dalam menu. Makan seminggu sekali pon kira cukup. Yang penting, selalu minum susu. Dan yang paling penting juga, banyakkan minum air suam.


Mari kita amek tau sedikit sebanyak tentang yogurt dan khasiatnya.

Istilah yogurt berasal dari bahasa Turki yang bermaksud susu masam.

Kononnya di zaman dulu kala, orang-orang Turki membawa susu yang disimpan di dalam kantung unta ketika mengembara. Setelah lama berjalan, susu yang tersimpan itu berubah dan menggumpal menjadi padat. Walaupun rasanya masam, tetapi sungguh menyegarkan. (macam pernah kulihat iklan sebegini).

Yogurt yang nampak seperti ais krim ni elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh badan.

Pada mulanya, Yogurt hanya digemari di negara Barat dan Eropah, tapi kini ia tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Kalau rasa nak beli, pergi je ke shopping complex mesti jumpa. Macam-macam warna dan perisa ada.

Beberapa khasiat Yogurt:


1. Yogurt mampu mencegah kanser kerana ia dapat menghasilkan zat-zat gizi yang diperlukan oleh hati.

2. Yogurt lebih banyak menghasilkan kalsium berbanding susu. Juga diyakini baik untuk memanjangkan umur.

3. Di dalam yogurt, terdapat bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus Thermophilus dan Lactobacillus Bulgaricus (asal dari Bulgaria ni) yang membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ini baik untuk membantu proses pencernaan di dalam tubuh. (sangat elok pada sesape yang ada masalah nak pegi toilet)


4. Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi dibanding susu segar. Kandungan lemaknya juga lebih rendah. Memang sangat sesuai kepada mereka-mereka yang ingin menjalankan diet.


5. Meminum yogurt secara teratur dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.


Nyum Nyum sedapnyaa~

Terdapat juga beberapa khasiat yogurt untuk kecantikan, antaranya:
  • Yogurt sesuai dijadikan masker untuk mengurangkan kedut-kedut di muka. Ia dapat membersihkan kulit dengan baik dan mampu menghilangkan kesan-kesan jerawat. Tapi pilihlah yogurt yang kurang kandungan gulanya.
  • Untuk kulit kepala yang gatal, lumurkan yogurt diatas kepala dan biarkan berbalut selama 15 minit.
  • Juga dapat mencantikkan kuku dan tangan. Hanya campurkan sedikit yogurt dengan perahan lemon, simpan untuk beberapa jam dan kemudian sapukan pada kuku dan tangan. Hasilnya, kuku lebih bersinar dan tangan lebih halus.
Cubalah sendiri!

Thursday, July 15, 2010

Lihatlah Melaka ku indah

Minggu lepas buat pertama kalinya aku dibawak melepak kat pantai baru. Pantai tambak yang menghubungkan Klebang dan Bandar Hilir. Berada betul-betul di belakang Eye on Malaysia yang kena tutup tu. Rupanya dah ada port baru untuk bersantai di tepi laut.

Kawasannya  masih bersih dan cantik, ditaburi pasir-pasir pantai, ditanam pokok-pokok rhu dan tepi pantai di hiasi batu-batu besar sebagai penambak. (ngok ngek aku tak tangkap gambar pon)

Ramai jugak yang datang melayan perasaan tengok laut sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ceh!)
Dan bila semakin matahari terbenam, semakin ramai yang datang. Yang datang bukan sahaja untuk duduk beristirehat, tapi ramai juga yang datang untuk bermain layang-layang.

Sebelum balik, sempat aku tangkap gambar orang bermain layang-layang yang beraneka rupa dan warna.

Lihat jauh nun di sana...nampak Eye on Malaysia. (nyanyi sila ikut tempo ye)

 Besarnyeee ikan merahhh!
 
BIG love is in the air~

It's a plane, it's a superman, nooo it's batman!

Taken by Camera Phone 2.0 Megapixel. So gambarnye nak bajet ape la kan...huhuhuu~

Menjadi orang separuh Melaka, aku tumpang bangga dengan pembangunan yang sungguh pesat.
Selain terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah, kini terdapat juga banyak shopping complex baru, banyak tempat-tempat pelancongan dan rekreasi seperti cruise di Sungai Melaka dan Menara Tamingsari.
Tu belum sebut lagi tempat-tempat makan yang sedap. Jadi, kalo rasa-rasa nak bercuti, marilah melawat Melaka.

p/s: Ish dah lama tak makan blackpepper crab kat Portugese Settlement...*meleleh air liur*

Tuesday, July 13, 2010

Mari Download dan Muat Turun Lagu atau Song mp3

Download dan Muat Turun tu tak sama ke?
Lagu dan Song pon sama makna jugak kan?

Itu la, kadang-kadang ramai yang tak perasan. Bila cakap bahasa melayu, nak jugak campur ngan english. Konon-konon cambesh. Padahal terang lagi bersuluh maknanya sama je. Kalo nak cakap bahasa campur pon, jangan la main belasah cam rojak je. Sakit telinga dowh. Cuba pilih perkataan tu betul-betul sikit.
Cewahh, cam bagus je buat kutukan. Haha.

Tapi nak jugak bagi contoh ayat-ayat salah yang selalu kita guna:
* Cuba ko try baju ni ok ke tak.
* Saya rasa lebih yakin, lebih konfiden sejak menggunakan Slim Shady.

Dah, cukup la tu.

Aku sebenarnya dah lari topik.
Niat awal cuma nak bagitau yang aku ada widget baru. Ada link-link untuk dengar dan download lagu.
Ada lagu English, ada lagu Melayu. Lagu hindustan takde. So korang bole la klik kat situ kalo nak download ye.
Dan kalo nak buat lagu permintaan, korang bagitau je. Kalo aku rajin, aku tolong carikkan. Disebut sekali lagi, kalo rajin. Hehe.
Cuma kat sini tak bole nak tujukan lagu dan sampaikan salam je.

Ok, sekian.

Thursday, June 24, 2010

Under My Umbrella..ella ella..

Sekarang ni, tiap-tiap pagi hujan.
Nasib baik Samuel Fox ada idea nak cipta payung yang macam kebanyakan kita guna pada hari ini.
Kalau tak, terpaksa la pulak pakai surat khabar atas kepala juga tutup.

*Kalau bukan kerana dia, mesti Rihanna pon takkan femes.*

Monday, June 21, 2010

100plus vs Air Putih

Cuaca panas-panas macam ni, selalu buat orang sakit kepala.
Bila sakit kepala, aku pasti akan carik 100 plus. Dan selalunya, memang sakit kepala terus hilang.
*Ini bukan iklan 100 plus ye*

Tapi bukannya 100 plus selalu ada kat rumah. Bila tengah rehat-rehat kat rumah, panas dan tetiba sakit kepala menjelma, takkan lah rajin nak pegi kedai dan beli 100 plus kan? Bagi aku, sememangnya TAK la.

Hari tu aku sakit kepala lagi.
Dan seperti biasa, 100 plus tiada di rumah.
Tensen.
Nak makan panadol, aku tak suka.
Nak buat air milo ais, tak baik untuk kesihatan. Yela, panas-panas mana bole minum air sejuk-sejuk. Nanti sakit-sakit. (motifnya, i loikee kata ganda)

Dan tetiba aku teringat pesanan tok nenek, "Cu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari".
Pastu, tanpa berlengah terus je aku teguk 2 gelas air putih sekaligus. Teguk perlahan-lahan tau. Baru kepala otak tu cepat tenang.
Yang bestnya, tak lama lepas tu...sakit kepala beransur hilang sedikit demi sedikit. Wahh bestnyee~

Memang kita selalu dengar nasihat - 'Minum 8 hingga 10 gelas air sehari'.
Tapi ikhlasnya, aku selalu tak buat. (ikhlas tuh!)
Purata sehari 3 gelas je kot. Selalu je lupa nak amalkan. Tambah-tambah lagi, bila tengah keje. Konsentret sangat la kunun sampaikan nak minum air pon lupa.

So cadangan untuk diri sendiri :
1. Bawak tumbler besar 2 liter ke ofis
2. Letak atas meja.
3. Tiap-tiap hari, isi penuh air
4. Minum
5. Minum
6. Minum lagi
7. Makan (beli atau masak sendiri. takkan la nak minum air je, nanti perut kembung pulak)
9. Minum air lagi
7. Minum sampai abes
10. Sebelum balik, pastikan tumbler dah kosong.

Ok. Baik.
*Akan saya amalkan.*

Thursday, June 3, 2010

Mari Minum Susu!

This is so ‘too late’ entry.

Do you know that 1st June is World’s Milk Day?
I just got to know about it while doing my ‘daily routine activity’ – window-blogging. And it seems everybody’s talking about it. (everybody ke?) The point is, aku tak tau pon. (ye. aku memang duduk bawah tempurung). Tapi bila tengok tv pon, aku tak prasan ada iklan pasal ni. Ada ke?

So how do we celebrate Milk day?

You: Wei, it’s over la. 2 days already.
Me: I know la…just to ask how did we they celebrate it. And how are we going to celebrate it next year?

And why does this World’s Milk Day exist?

Ofkoss!
Semestinya untuk mengajak dan mengajar semua orang untuk selalu minum susu. Susu kan sumber makanan yang kaya dengan nutrien, vitamin A, B, (CDEFG to Z), ada kalsium, protein, karbohidrat, ah pendek kata mengandungi sumber-sumber yang baik untuk tubuh badan kita. (Panjang kata apa?)

Kajian mendapati, pengambilan susu di kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap yang rendah dimana purata hanya segelas susu seminggu. Ini adalah amat rendah sebanyak 70% berbanding penduduk di Barat.

Disebabkan ini, Dutch Lady Malaysia telah mewujudkan kempen “Spread the Goodness of Milk” untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebaikan susu.




Ok, that’s some info from the website.

And for your info too, last Sunday, Dutch Lady has invited 2,500 Malaysian to Pavilion KL for the attempt of creating Malaysia Book of Records for ‘Most Number of People drinking Milk at the same time’. And amazingly, more than 3,000 has participated. Bottoms up!

Iklan jap: “Saya suka minum susu.”

Tapi aku sbenanye lebih suka minum susu coklat. Kalo kat umah, minum milo. Stok terkini, horlicks. Kalo kat luar, slalu beli air susu coklat kotak tu.
Memang jarang sangat minum air susu tulen.

Skang dalam perancangan nak beli Anlene. (Tapi tetap nak beli yang perisa coklat tu. Hehe).
Dalam umur yang nak dekat-dekat 30 ni, (ngeh~) aku da mula rasa sakit-sakit tulang. uhuu~



Bila aku browse kat internet, ada bermacam cara dorang sambut Hari Susu ni. Dengan buat konsert, sambil buat kutipan amal, mengedar susu kat tempat-tempat awam. Macam-macam program, macam-macam kempen. Menariknya, ada kempen tangkap gamba ‘Milk mustache‘ ramai-ramai di tempat keje. Mesti kelakar kan kalo kita satu ofis minum susu pastu tangkap gamba ngan mulut comot camtu. Sure happening!

Kenapa takde pon orang datang hantar susu kat ofis atau kat umah?

Kalau ingat lagi, masa budak-budak dulu selalu ada van milo datang sekolah kan? Time tu bestnya rasa. Sampaikan nak beratur banyak kali sebab nak dapatkan secawan kecik milo itu. Yummy~ I love susu campur coklat.

Apa? Tak suka minum susu? Sedar tak, apa bende pertama yang ko telan bila lahir dulu? So belajar la minum susu semula ye.

Marilah minum susu and let’s continue drinking it.
Motto: “Hari-hari mau susu”.




Wah entry kali ni bahasa rojak ye.
Related Posts with Thumbnails