Tetibe je aku rasa nak organise event.
Eh tak. Bukan event, cuma rasa nak buat satu contest kecil-kecilan.
Idea ini datang hasil daripada aktiviti blogwalking (aku lebih suka panggil window-blogging sebenarnya).
Perkara pertama yang aku selalunya fikir bila jumpa sesuatu blog adalah - 'kenapa blog ini diberi nama sedemikian?' (skemanya ayat).
Ok. Asalkan korang faham.
Jadi, cara menyertai
contest peraduan ini senang aje.
Pertama, anda cuma perlu menulis entry yang menceritakan kisah disebalik nama blog anda. Kenapa diberi nama sebegitu? Apa asal usulnya? Apa maknanya?
Karang jela camana sekali pon asalkan menarik bila dibaca. Dan yang paling penting, kisah disebalik tabir itu bukannya rekaan semata-mata.
Nama blog disini bermaksud - address link blog korang. Bukannya 'Blog Title' ataupon 'Blog Description' tau.
Lepas tu, setiap peraduan mestila ada syarat-syaratnya kan. Ala senang je. Syarat-syaratnya berbunyi:
1. Letak link
http://cleoputri.blogspot.com/ dalam entry tu. Tujuan untuk mempromot, of koz :D
(Okla tu cuma letak link je, tak payah nak banner-banner bagai.)
2. War-warkan pada kawan-kawan. Dan mesti letak minimum 3 orang nama kawan tu. Kiranya tag la ni.
3. Kalau suka blog ni, jadilah follower. Kalau tak suka, takpe. Anda masih layak untuk join. Huhuu~
4. Lepas dah post entry tu, jangan lupa bagitau saya tuan punya contest ini dengan meninggalkan komen di sini.
5. Pilih satu entry dalam blog
cleoputri ini yang anda suka.
Ok syarat habis.
Tarikh tutup peraduan adalah pada 08.08.2010, jam 8.00 malam.
Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dan setiap pemenang berpeluang memilih hadiah yang akan disponsor oleh
Cinta Kraf (aku punya gak tu. ehee~).
Keputusan peraduan akan diumumkan selewat-lewatnya seminggu dari tarikh tutup.
Sekian, itu saja. Selamat mengarang :)