Shopee

Friday, October 16, 2009

Hunt sampai tak tahan... - Samsung

Slalunye lepas subuh aku akan tido balik. Susah sangat nak lepaskan bantal peluk dan tedi tercinta. Tapi arini lain sket. Once in blue moon je berlaku. (Tapi sepanjang hidup aku tak penah nampak bulan biru.)

Bangkit awal pon bukannye buat pape yg spesel. Seperti biasa trus je ON laptop. Sbb bila bgun pagi ni, aku trus teringat pasal Hunt & Win contest kat SAMSUNG website . Tengah addicted kot hunt puzzles ni...juga dgn harapan agar dapat la henpon FREE. Memang menggunung harapan itu. Sekurang2 nya lagi banyak pekdah dari main game, merepek kat forum hatta window-blogging skalipon.

Aku mintak2 tak ramai la yang rajin (rajin?) mcm aku dok klik sana sini carik puzzle ni. Lagipon ramai ke org ada masa melimpah ruah cam aku? Tapi mungkin ada jugak. Mungkin ada yg amek cuti or curik tulang smata2 nak focus buat bende ni? Ah banyak lak pikir. Ada rezeki tu ada la. Yang penting aku kene usaha keras (cewah!) sbb ni pon da nak tarikh tutup baru nk join...



Sampai semut2 da montot dok ngadap menatang kaler pink ni sepanjang hari!

Thursday, October 15, 2009

Aku penganggur...huhu

Sbenanye dah berbulan2 aku tak buat pape. Tak buat pape maksudnya duk uma sepanjang hari kecuali membuat aktiviti tido makan dan makan tido dan juga aktiviti2 yang sewaktu dengannya. Tiadalah jua aktiviti2 yang mendatangkan hasil berupa wang ringgit.

Jadi, secara hormatnya aku dipanggil penganggur. Walaupun panggilan itu hormat, tapi jgn panggil aku camtu sebab aku tak suke. Adakah kerana aku sukar untuk menerima hakikat bahawa itu adalah kenyataan? Sukati aku la.

Baru-baru ni aku gi satu bank sbb nak bukak akaun. (Tak payah la bagitau bank apa kan...Promote pon bukan dapat duit.) Prosedur biasa-- isi borang la. Bila syok dok isi, ada pulak column Occupation. Aku pikir2 nak letak apa ni eh..takkan nak tulis unemployed. Wat malu nih...so disebabkan nak jaga air muka, jaga standard, kontrol cun dan sebagainya, aku pon dgn slumbernye letak je post yang aku pegang dlm 2 tahun lepas...siap dgn nama employer skali. Takpe la kot, sbb dorang tak tanya pape pon. Dengan jayanya aku tak kantoi. Agaknya kalo aku letak Manager pon takpe.

Cam syiokk je dok uma lepak2 kan? Aku pon rasa camtu. Kadang2 aku rasa macam waktu cuti sekolah dulu. Time tu ari2 macam ni la. Kadang2 gi kuar jalan2. Kadang2 gi uma kawan sembang2. Pastu gi surau ada kenduri la gi mengaji la. Sungguh aman. Cuma bezanya skang aku bukan budak2 lagi...

Aku tau aku tak bole trus camni. Jiran2 yang slalu nampak aku pon da naik pelik kot apasal aku cuti lama sgt? Skang ni famili pon da start tanya lepas ni nak buat apa? Apa plan? Nak keje kat mane? Nak bukak bisnes ke? Hah bisnes? Stakat jual apam balik bole laa.
Aku rasa mak pon da boring tengok aku kat uma ni asek dok mengadap laptop je. Buang karan. Kalo tak dok uma, aku keluar...itupon takde hasil jugak.

So aku kena la cepat2 buat sesuatu yang bole membantu menjana ekonomi negara. Dan bole membantu orang lain untuk berhenti risaukan aku...

Sementara itu, kutujukan lagu Aku Penganggur dari Sudirman buat diriku sendiri. Layannn...

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
...........

Monday, October 5, 2009

5hb Oktober

Ok. Had enough talk about Blog and People.

Now, talk about me and my life.

********

Hari ni 5hb Oktober. Semalam dan esok membawa dua cerita yang berbeza.

Semalam merupakan tarikh kematian arwah kakakku. Sudah 6 tahun arwah pergi meninggalkan kami. Kehilangan yang amat sukar untuk diterima, malah sehingga ke hari ini ingatan terhadap arwah tidak pernah pudar. Namun sebagai umat-Nya, kami redha dan memohon agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang berbahagia.

Dan esok pula adalah tarikh lahir kakakku yang pertama. Dia juga secara tidak rasminya telah meninggalkan kami, cuma tak pasti sampai bila. Adakah sementara atau selamanya? Mungkin diketika ini dia merasakan itulah jalan terbaik untuk dia membina kehidupan yang lebih sempurna bersama keluarganya. Jauh dari pengetahuan emak dan jauh dari gangguan kami adik beradik. Walaupun terasa ralat, kami tetap juga mengharapkan agar dia berbahagia.

Hari ini.
Seawal pagi aku memulakan hari dengan membawa emak melawat pusara arwah kakak. Sayu hati kulihat emak yang masih tersedu ketika membaca Yaasin. Kadangkala terdetik didalam hati alangkah elok kiranya aku dapat menggantikan tempat kakak. Bukan cemburu, tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu lagi memikirkan hal duniawi yang penuh onak duri.

Al-Fatihah...
Related Posts with Thumbnails