Shopee

Tuesday, September 9, 2014

Hamekkau! 30 things about myself

Malam ni mata tak berapa bole lelap. Macam banyak je perkara yang berlegar dalam kepala. Da baring tapi tetap terkebil-kebil. Sampai terfikir pasal '20 things about myself' yang ramai orang dok post skang ni. Dulu penah tulis kat blog, tapi ni nak buat lagi skali la. Disebabkan banyak sangat fikir agaknya, bukan je 20 tapi terbagi sampai 30 pulak. Eheh!

 1. Born 245am in KL at home, not hospital.

 2. My father passed away when I was 3 days old.

 3. I'm the youngest cos my mom never married again.

 4. I 'think' I'm a smart person.

 5. Bukan jenis budak baik dari azali. Ingat lagi masa tadika suka buli seorang budak lelaki, penah ketuk kepala dia dengan cawan dan rosakkan ciptaan dia masa cikgu bagi main plastesin. Ala yang tanah liat tu la.

 6. Cikgu tak bape suka sebab time tu comot sangat kot. Pastu plak banyak buat hal. Memang la cikgu tak sayang.

 7. Lebih suka geng dengan budak lelaki sebab budak pempuan suka komplen, suka ngumpat dan asek kontrol cun.

 8. But now, I realized that only girlfriends stay forever.

 9. Kasut saiz 5.

 10. Paling berat yang penah timbang adalah 56kg iaitu dirasakan hampir obesiti.

 11. Suka makan ayam goreng.

 12. Suka sayur hijau.

 13. Kuat makan tapi tak makan banyak benda. Antaranya tak makan durian, terung, labu, lobak (tapi air bole), kambing, kicap, tempe, belacan, rebung, cincau, cendol, petai, jering, lembu ngan ikan pon tak bape makan sangat.

 14. I have a sensitive stomach and always have problem with it.

 15. Susun duit dalam purse ikut amaun kecik depan, besar belakang. Pastu mesti kepala agong belah kanan.

 16. Makan suka yang pedas. Ada cili padi lagi best.

 17. I always feel fat but never diet.

 18. Tak suka carik gaduh dengan sesapa dan tak suka memaki. I could control myself from saying bad words to anyone.

 19. But I easily get annoyed with anybody.

 20. I'm bad in hiding my true feelings.

 21. I love cat soo much. And can't really live without one.

 22. Selalu akan tanam bila kucing mati dan akan tetap nangis bila teringat arwah.

 23. Sbenanya tak bole blah dengan orang yang suka cakap Melayu campur English dalam satu ayat. Like, u know when aku pegi to the mall, aku suka to buy kuih donut and then lepak there until malam. Don't overdo it please!

 24. Teringin nak pegi pulau lagi.

 25. Dah lebih 5 tahun tak mandi air terjun.

 26. Antara yang paling lambat amek lesen kereta dikalangan kawan rapat.

 27. Tapi siap amek lesen motor sekali.

 28. I love my mom but I don't really know how to show it to her. I'm a bad daughter.

 29. I don't really able to love anyone.

 30. I don't really achieve anything big in my life. But try not to bother much about it.

 31. Masih belajar untuk sentiasa bersyukur.

 *eh terlebey pulak :P

Saturday, December 14, 2013

Oh my English!

Born in a Malay family, lived in Malay neighborhood, raised up with Malay friends, went to Malay school. So, English is definitely not my mother tongue.

I picked up quite slow in English. During my primary school days, I was not among the best students in the subject. The highest I scored was probably B. That resulted in my UPSR, 3A 1B L

In Secondary school, the exposure in English was way better. I remember the English week. Every student needs to converse in English, or else we had to pay penalty if we get caught. There were also many activities organized such as coral speaking, storytelling, debate that we got to involve. I think by that time I already can speak and write quite well. Only my vocabulary was still poor.

I still can recall when I was in Form 5, I went to a Chess competition which that was my 1st time ever. On 1 round, my opponent and I were stuck in the game. No one win, no one lose. At that time, I did not know what ‘draw’ means.

Pure lack of vocab.



I believe one of the factors that could attract students to learn English is the teacher. Ya I remember my English teacher in Primary school. She’s fierce and didn’t treat her students equally, she’s biased. She only liked those clever pupils.

But my English teacher in Secondary school was very good. I still remember her name, Susaibah. She’s funny, she always made her class interesting and always encouraged us to learn English. She loved every one of us and I can feel that she loved me too J


Then moving on, I improved a lot in English when I started to work. Working in multi-racial and multinational corporation, English is absolutely the no. 1 language. No longer scared and anxious to speak and as time goes by, I could speak English as good as Malay.

But nowadays, whether you can speak English is no longer important because people more keen to know; "How good is your English?".

Tuesday, November 19, 2013

Bestnye jadi artis....?

Upload la gamba baru bangun tido dengan muka selebet sekalipon, mesti ada je yg komen - "uii cantiknya...comelnyee."

Upload gamba pakai seseksi dengan short skirt, pakai bikini sekalipon, ada jugak yang komen - "Wahh cun gila!", "You're so beautiful."

Upload gamba pegang anjing, ponnn takpe! Mesti ada komen-komen yang baik, yang puji kecomelan anjing sama ngan yg pegang anjing itteww.

Tiap kali baca komen2 peminat kat gamba artis, rasa macam bestttt je feeling jadi artis itu. Rasa diri sentiasa cantik, rasa orang suka, orang puja. Mana tak best kan feeling macam tu?

Tapi bila difikir-fikir balik, adakah penting sebenarnya pujian-pujian itu didunia ini? Adakah pujian-pujian itu membuatkan kita membangga diri atau lebih mensyukuri? Mungkin ia memberi kebahagiaan tapi ada banyak lagi kebahagiaan yang lebih abadi. 

"Tak hidup dipuji, Tak mati dikeji"

Lagipun kalo itu yang aku cari, kalo aku memang sukakan keglemeran dan perhatian, mesti dari dulu lagi aku da berusaha nak jadi artis. Skang ni da banyak ape cara nak jadi artis. Pegi je audition sana sini, lelama mesti dapat masuk TV. Busuk-busuk pon dapat inteprem masa tengah audition tu. Kan kan? Hehe.

Aku  paham jugak hidup artis ni bukannya selalu indah. Selalu jugak aku tengok komen-komen yang memaki. Kadang-kadang kesian gak baca. Itu yg banyak peminat-peminat gaduh sesama sendiri dalam komen. Padahal artis tu buat dek je. Malas nak layan. Peminat yg fanatik selalu hover!

Tak kesahlah dorang nak minat camane sekalipon kat selebriti tu. Cuma jadilah manusia yang bijak. Kalo artis upload gamba yang tak bape senonoh, tak perlu la nak puji. Tak perlulah nak buat ayat yang serupa macam "I like u sebab u tak hipokrit." "I love u being your true self."
Ok bole blah. Kalo tak mampu nak nasihat, adalah lebih baik berdiam diri buat tak tau je. 

Dan tak payah la rajin sangat nak bagi pujian-pujian kat kecantikan dorang tu. Renti-rentikan la tabiat tu. Ok fine...dorang tu sume memang cantik. Meluat plak baca. Lebih-lebih lagi kat selebriti yang memang aku tak suka. Opss!
Oh kecuali puji kat selebriti yang berimej muslimah ok.

p/s: Walau tiada siapa pon yang memuji kecantikan kita, walau tiada siapa yang nampak keseksian kita, bersyukur dan yakinlah setiap ciptaan Allah itu adalah sebaik-sebaik kejadian. Kecantikan dan keseksian kita hanyalah milik kepada yang berhak. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau mencantikkan rupa parasku. Aminn~"
Related Posts with Thumbnails