Free counter and web stats

Monday, May 24, 2010

Demam melanda lagi

Sekejap hujan sekejap panas. Sekejap panas, sekejap hujan. Cuaca tak menentu sampaikan badan pon rasa tak menentu. Sakit tekak, batuk, cam nak demam pon ada.

Citer pasal demam.
Tak lama lagi virus demam terbaru akan melanda. Agak merbahaya dan mudah berjangkit. Boleh mempengaruhi emosi, prestasi kerja dan juga mampu menggegarkan perhubungan sesama manusia. Ya itulah dia....demam 'Bola bola bola!!!'.

Aku sebenarnya bukanlah peminat fanatik sukan bola sepak ni. Malah boleh dikatakan aku tak amek tau langsung kalo pasal perlawanan2 yg glemer mcm liga perdana enggeris, apa tu juara liga perdana la, EPL, wat-de-ell, watever.. (oops!).

Tapi bila datang je musim Piala Dunia, aku tetiba tergolong dalam golongan orang2 yg sanggup bangun 3-4 pagi semata-mata untuk layan bola! Kenape ek? Mungkin aku seorang yang patriotik. Aik bole? Malaysia mane ade main. Hehe.

Teringat sorang kawan pernah tanya aku 'Sokong mana?' mase tu musim EPL kalo tak silap. Aku dengan slumber deknya jawab 'Brazil'. Pastu tak sangka aku dapat lambakan gelak yang hebat. Haha. (Mari gelak jugak.) Baru la aku sedar yang Brazil bukannya kelab. .

Tapi kalo orang tanya dalam MU ko minat sape? Aku jawab - David Beckham. Hehe...aku tau la Beckham dah tak dgn MU lagi. Secara kesimpulannya, aku tak kenal dowh pemain bola sepak skang ni. Kalo pon aku kenal Rooney, aku tak sure dia main utk kelab ape. (Tetiba banyak sungguh persoalan dalam pale otak aku ni.) ex: Tierry Henry still main lagi ke? Ronaldinho kat club mana? Bartes da bersara kan? Sape nama mamat MU yg paling muda zaman aku skolah dulu tu? So and so and so....

Jadi, baru je reda demam 'Piala Thomas' (yes, aku pon kene demam ni jugak) skarang aku kena bersedia dengan virus demam 'Piala Dunia' pulak. Lengkapkan diri, fizikal dan mental untuk merasai keadaan yang penuh mencengkam perasaan, suspen, teruja, gembira, hampa, kecewa dan tak lupa juga untuk rasa 'jatuh cinta' lagi. Hehee.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails