Free counter and web stats

Friday, December 31, 2010

Am I secretly sad?

When was the last time you were laughing out loud?
When was the last time you cried?

If you can’t answer the first question and the second has just happened few days or hours ago, you need to seek a professional advice.

Note:
You don’t have to be ashamed, scared or miserable for having this syndrome.
In fact, feeling gloomy, heart-wrenching sadness or chronic emotional flatness is no longer rare in 'depression'.

New year resolution, I don't want any stress, pressure and depression. I will enjoy life to the fullest and I wanna be happy as much as I could :)

Friday, December 24, 2010

Tolak jodoh?

Ada orang pernah berkata, "ko ni asek mereject orang je, tu pasal la jodoh lambat".
Ada juga yang pernah bermadah, "bila kita asek tolak jodoh, lama-lama jodoh tu da makin jauh dengan diri kita".
Ada pulak yang berfalsampah, "agaknye salah satu orang yang ko penah reject tu sebenarnye adalah jodoh ko, so maksudnye skang ni ko da terlepas jodoh".
Jadi, kalo betul la teori ni, maksudnye aku takkan kawen la eh? Hishhhh!! Mintak simpang malaikat empat plohpat!

Fikir punye fikir, buat ape aku nak fikir-fikir sangat ye tak?
Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau takde pon, redho jelah. Semua tu kan ketentuan Tuhan. Wat tudu...huhu.

Lagipon, buat apa kita nak terima seseorang tu kalau awal-awal kita da rasa tak bole nak suka? Tak bole ngam, tak bole feel. Atau bak kata omputeh, no chemistry. Kan tak elok kalo terima tanpa rela, tak ikhlas atau kesian punya pasal, ye tak?

Ingat-ingat balik, banyak btol alasan yang aku bagi. Tapi sume alasan ni aku simpan sendiri jela. Ofkos! Takkan nak bgtau direct kat muka dorg. Tak baik wor..

So aku bgtau kat sini jela. Antara alasan-alasan bodohnya ialah:

  1. Muka tak ensem. Biasala alasan ni.
  2. Dressing tak bole blah. Macam bangla jual karpet je.
  3. Blaja tak tinggi dari aku.
  4. Keje tak bape best.
  5. Dengar-dengar citer, mak dia mulut laser.
  6. Bulu kaki lebat sangat.
  7. Dia penah suka kat orang yang aku kenal.
  8. Kurus sangat cam papan.
  9. Cakap omputeh berterabur
Bodoh tak bodoh?

Sebenarnye, alasan yang bijak pon banyak...hmm takyah bagitau laa.

Tuesday, December 7, 2010

Aku Perempuan dan Motor

Sejak dari awal pagi tadi, hujan turun tak berenti. Nelayan-nelayan pasti tak dapat turun ke laut menangkap ikan. *cewah ayat cam nak buat novel*
Agaknya kalo pegi pasar, ade ikan kering je kot. Macam la pegi pasar.

Sebelum ni, aku tak kesah pon kalo pagi-pagi nak ujan ke nak panas ke nak salji ke. Tapi semenjak dua menjak ni, bila cuaca mendung je, aku da mula gusar. Susah laa sebab kalau hujan, makanya aku tak dapat gi keje naik skuter. Haa jangan tak tau skang ni aku da ade skuter tau. Akhirnya akhirnya akhirnya!!! Dapat gak beli motor...heh heh. Mungkin da tiba masa menggunakan sebaik-baiknye lesen B2 yang aku amek skali ngan lesen D bertahun-tahun dahulu.

Cakap pasal amek lesen, teringat plak pengalaman masa tu. 
Aku baru je abis blaja kat kolej. Di kalangan kawan-kawan, aku la kot antara yang terlambat bab amek lesen ni. Dorang lepas SPM, terus je berpusu-pusu gi amek. Tapi dorang amek lesen kete je. Ngeh ngeh. Aku jela sorang yang sebok2 nak amek lesen motor skali. Cam terer la tu. Ha jangan tak tawu, aku da blaja bwk motor masa form 3 lagi tau. 
*Ala kecoh, budak2 skang darjah 6 da tau bawak moto*.

Sebab konon da pandai bawak tu la aku teruja nak ade lesen moto jugak. Ingatkan nak amek lesen B full terus, tapi sedar la jugak tak sesuai je aku nk bawak motor Harley Davidson Jaguh tu. Tak berapa cukup ketinggian. Hehe.

Amek lesen motor tu pon senyap2 je, sebab mak sah-sah memang tak kasi bawak/naik/apetahlagi amek lesen motor. Tapi disebabkan kedegilan (well, seperti biasa) aku amek gak. Blaja bawak kete takde masalah, sebab kacangbaitu. Blaja bawak motor, agak sengal gak la. Rupenye tang tuka gear tu ada peraturannya. Slama aku bawak motor memang itu ikut sukahati je. Sib baik la sblom ni takde mana2 motor yg meletop.

Dan ujian 'Menunggang selama 8 saat (8 ke eh? aku da tak hengat) atas titi' tu pon aku rasa cukup mencabar. Tula cabaran yang paling menyampah dan tiap kali nak naik atas bonggol lurus yg dipanggil titi tu, mesti rasa suspen. 
Lebih suspen, di hari ujian...huahuahua. Sebab tu aku fail. Ngeh ngehh~


Tapi kegagalan itu membuatkan aku terpikir, ni mesti sebab aku tak bgtau mak. Buat sorok2, tu pasal tak berkat.
Bila sampai umah, terus mintak kesian, mintak ampun, mintak maap, mintak restu. (kalah drama mintak restu nak kawen.)
Dan bila ujian kali ke-2 nya........aku lulus!! Yeahaa~




Moral of the story: Jangan tipu mak bapak.

.......to be continued.
Related Posts with Thumbnails