Shopee

Saturday, October 3, 2009

Dia, Mereka dan Blog

Lagi cerita pasal blog.

Macam2 cerita yg org kongsi dalam blog. Pasal keluarga, kerja, cinta, kawan2, macam2 pasal lagi. Aku slalunya baca blog org yg aku kenal je. Kadang2 ada juga baca blog selebriti.

Persoalannya-- adakah apa yg ditulis dalam blog itu perkara yg benar? Adakah semua org menulis dengan tulus? Sebelum ni, aku sikit pon tak pernah terfikir psl soalan ni. Selalunya aku percaya je apa yang mereka tulis. Sebab aku percaya yg selalunya dikongsi memang pengalaman mereka sendiri. Aku percaya apa yg ditulis adalah apa yg mereka benar2 rasa, apa yg mereka benar2 alami. Aku asek percaya.

Jadi apa yg membuatkan soalan begini muncul dibenak aku secara tidak semena-mena? (ceh ayat skema).
Sebabnya...aku ada baca satu blog org yg aku kenal. Memang kenal sgt. Senang cerita, ada talian persaudaraan.
Selama aku baca blog dia, memang dia slalu cerita pasal hal famili. Pasal famili dia jugak. Citer pasal aku pon ada. Yang kadang2 bende mengaibkan pon dia cerita. Walaupon aku rasa agak tak puas ati, tapi aku biarkan je. Sbb aku fikir org2 yg baca tu pon bukannya kenal dia, aku, hatta famili kitorg skalipon. So aku tak amek pot.

Tapi skarang aku nak amek pot sket.
Bila dia slalu crita kisah yg sedeh2, aku kesian jugak. Aku tau hidop dia tak seindah biasa. Tak macam lagu Siti Nurhaliza tu. Tapi kan sume orang ada masalah. Aku pon sama. Itu dah lumrah manusia. Masalah dia pon sebenarnya masih lagi tidak mencapai tahap menggugat keamanan negara.

Tapi bukan itu yang aku nak amek pot sbenanya. Memandangkan aku tak layak nak bgi nasihat atau motivasi utk dia, so biarlah dia sendiri menanganinya. Mungkin dgn berkongsi dlm blog, sedikit sebanyak kurang sket beban yg dia rasa. Aku faham tu.

Cuma yg aku tak setuju, makin lama makin dia buat orang rasa hidop dia makin kesian. Tapi mungkin dia mmg nak mintak camtu. So biarla kan. Tapi yg aku nak bangkang sekeras2 nya, dia buat org fikir diri dia selalu dianiaya. Dah tu seolah2 famili dia plak yang aniaya diri dia. Ini yg aku gerammmm je! Ikutkan hati, nak je aku anta komen kat situ, dan bgtau sume org apa sbenanya yg berlaku.

Ish sabar jelaa...

Tapi aku tetap rasa geram! Aku rasa dia sungguh hipokrit! Hipokrit!!! Buat org rasa simpati macam diri sendiri tak bersalah sedikit pon. Padahal....aih sabar je lagi.

Jgn la asek mencari kesalahan org lain...tapi kalo dia memang tak nampak kesalahan diri sendri, itu yg paling sedey. Kesian...

Ini da dikira mengumpat...ah tapi aku tetap gak tak puas ati.

Tak puas ati sebab aku tau apa yg dia kata tu bukan perkara sebenar yang berlaku. Melibatkan famili plak tu. Kalo aku tak kenal dia dan tak tau kisah yg sebenar, ada aku kesah? Sama macam aku baca kisah2 org yg aku tak kenal. Kalo dorg buat2 cerita pon, aku tak tau, aku tak kesah dan aku takkan ada rasa tak puas ati camni.

Aku cuma harap...baik atau buruk sesuatu perkara tu, biarlah bercerita dgn jujur. Jujur, Amanah, Tabligh, Fatonah. Bukan dgn niat utk memburukkan org lain ataupon menagih simpati tak tentu hala. Mungkin niat asal hanya untuk meluahkan rasa hati, tapi fikirla jugak perasaan dan sensitiviti org lain ya.

*Pesanan khidmat masyarakat untuk aku, dia dan mereka2 yg suka berblogging.

Dengan tulus ikhlas, Maaf Zahir Batin.

Friday, October 2, 2009

Kita dan Blog

Aku masih lagi nak bercakap tentang bab tulis-menulis. Topik penulisan. Tatabahasa. Kaedah membina ayat. Kata tunggal. Kata berimbuhan. Ayat pasif. Ayat aktif. - Eh bukan yg kompleks macam ni..

Walaupon orang kata org Malaysia malas membaca, tidak menjadikan “Tabiat membaca amalan mulia”. Tapi setiap hari kita mesti ada membaca. Baca suratkhabar, baca translation masa tengok tv, baca signboard..- kira bole la tu.

Cuma kita sume mungkin kurang membaca bahan2 ilmiah. Sama la aku. Kalo buku2 motivasi, kadang2 amek berbulan baru abes. Tapi kalo novel atau buku2 cerita, skejap je da abes. Aku kalo baca mastika, dlm 2 jam je da bole abes baca suma page. Tapi itu kira bagus gak kan, sbb mastika tu ada ilmiah jugak.

Camane kita nak tarik minat org utk membaca?
Sume org akan baca topik yg dorg suka. Perkara yg dorg nak tau mesti dorg akan baca. Susunan ayat, penggunaan perkataan - inipon penting utk tarik minat org membaca. Cuma bgi aku yg bukan professional writer, mungkin hal ni tak perlu aku pikirkan sangat. Takkanku biarkan ia menggangu-gugat keamanan otakku. Aku hanya menulis ikut kata hati.

Cerita pasal blog.

Dah banyak blog yg aku baca. Ada yg best, ada yg biasa2 je. Pembaca macam kita pon tentu tau mengkategorikan stiap blog yg dibaca. Kalo yg best bagi aku- penulis yg bercerita dgn slumber. Guna ayat2 simple, slanga pasar, perkataan2 yg biasa kita gunakan seharian. Kelakar, marah, benci, suka – sumanya dismpaikan dgn straight forward. Kadang2 bila baca, terasa mcm tgh dgr sendri dorg bercerita. Itu yg best.

Ada blog yg guna ayat berbunga2 mcm tulis novel.
Contohnya:

Waktu kini sudah pon hampir kesepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan mataku. Tubuh kurasakan begitu dingin, sedingin angin diluar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Ayat sepoi2 bahasa ni takleh tinggal ek...hehe.

Selalunye kalo blog yg ayat camni, ada unsur2 syahdu sket. Tapi kadang2 aku suka gak baca cerita2 yg camni...ikut mood la. Sekali skala dgr kisah duka org lain.

Aku penah gak terfikir nak guna ayat2 camni bila tulis blog. Tapi aku sedar hakikatnya aku mmg tak cukup berbunga. So ayat2 yg aku bina tu akhirnya akan berbunyik hampeh sahaja.
Papepon aku slowly nk tuka style jadi lebih skema sket. Haha!

Tak kesahla macamana cara sekalipon tulis blog, asalkan kita puas hati. Asalkan hati kita hepi.

Blog dan Aku

Aku memang suka tulis blog. Walaupon aku tau aku bukan penulis yang baik. Tapi da lebih setahun aku tak menulis. Blog yang lama pon da bersarang semut, bersesawang lelabah. Tikus mondok pon ada.

Jadi biarlah blog itu terus mengait sesawangnya. Aku nak bukak buku baru. Lagipon banyak topic kat blog tu dah tak releven dgn diri aku skarang. Dan lagi masalahnya, banyak sgt spam comment kat blog tu..menyampah btol!

Blogspot ni sebenarnya da lama aku create, cuma blom penah buat official post lagi. Kalo dulu teragak-agak nak pindah blog, tapi skarang aku rasa adalah masa yg paling sesuai. “Lupakan yang lama dan bina yang baru”. Sama macam diri aku.

Kalo diselak sejarah aku dan blog, ianya bermula pada tahun 2005. Masa tu aku keje kat Melaka dan time tu mmg tgh addicted dgn friendster. Sampaikan time keje pon bole curik2 surfing. Disitulah aku kenal blog dan mula menulis sket2. Aku bukannya jenis orang yang tulis diari, so kalo bab bercerita secara lisan ni mmg agak hancur. Tapi tu time mula2 je. Dan sbenanye tulis blog ngan diari memang lain.

Diari, sumenye citer pasal personal. Rahsia diri luar dalam idop mati sumenye ditulis kat dlm tu. Aku takut nak tulis diari, takut kantoi kalo org baca. Dan aku tanak bila aku meninggal nnti, ada org yg jumpa diari tu. Mesti dorg akan baca. Aku konfem mesti punya. So amat2 la bahyee...

Sama la cam perangai aku. Pengalaman sendri - aku penah baca diari house-mate dulu. Dia pon satu, mcm sengaja je letak sepah2. Dan yg bestnye bukan aku sorg baca, house-mate yg lain pon baca gak. Kitorg baca ramai2. So abes sume bende yg tak baik dia buat kitorg tau..terlopong sume. (Ish tak baik baca diari org!)

Aku pon ada baca diari arwah ayah. Kalo org macam ayah, mungkin tak kesah sbb dlm diari arwah takde tulis apa2 yg kontroversi (eceh, mcm artis). Cuma ttg aktiviti harian biasa je. Yg kagumnya aku, arwah tulis dlm english. Kdg2 nak try gak tulis diari ni. Tulis english cam ayah. Tp seperti biasa kesudahannya, diari2 tu akan terperuk dlm almari. Sebab tu aku rasa, diari adalah untuk org2 yg sgt rajin saja. (Yg mmg tulis stiap ari jela yg rajin ok. Kalo yg beli diari, tp dlm stahun cuma tulis 2-3 muka surat tu takyah la ngaku rajin plak.) Sama macam aku. Memang malas.

Tapi kalo blog, kita bole tulis psl banyak bende. Bukan stakat personal je. Sbb tujuan blog ni sememangnya utk share ngan orang lain. Ttg perasaan kita, pandangan atau pendapat ttg sesuatu topik, isu semasa, kongsi2 info berguna, cerita ttg pengalaman, nak lepas geram pon bole. Tulis la apa saja asalkan tak kesah kalo org lain baca.

Aku suka tulis blog. Aku tak suka tulis diari.
Related Posts with Thumbnails