Shopee

Saturday, October 23, 2010

Yeay da dapat hadiah!!!

Balik je dari kenduri kawen tadi, aku rasa excited bila tengok ade parcel atas meja dengan nama 'cahaya cleoputri' tertera kat atasnya.

Wohooo! Hooray!!! Hadiah da sampai!!!!

Cepat btol cik Sueann postkan hadiah ni. Tak macam aku mase buat contest dulu. Hehe.

Beg kecik yang bole dijadikan beg mekap.
Bersama ngan 1 lagi beg kecik bole buat simpan duit syiling.
Sukeee~ Riben tu pon comeyy.

Earring bunga ros. Tomei lagi taww.
Ingatkan nak pose ngengade sambil pakai subang ni, tapi...malu ah.

Keychain yang sungguh menarik. I loikeee the rose.
Best gile dapat hadiah manyak!

Time kasih bebanyak kat cik Sueann sebab tergerak hati untuk pilih cleoputri sebagai pemenang. Sangat gembira dan bertuah rasanya diri ini. Weee~

Dan terima kasih juga sebab anjurkan contest yang simple camni. Len kali buat la lagi ye.

p/s: Kalo korang nak tau, ni la first time aku join contest giveaway. Jeles kan? Haha.

Kita: Dulu dan Kini

Ari ni ari Sabtu. *Semua orang tau la ngok.*

Kalo tak keje dan takde pape plan, sure macam biasa aku bangun tido pkol 12 tghari. Tapi arini TERpaksa plak pegi kawen. Eh, pegi kenduri kawen. Tapi yang bestnya, dapat jumpa se-dua orang kawan yang da lama tak jumpa.

So many words to say, so many things to share and so many stories to tell.

Yang kawen ni adalah kawan sama tempat kerja kat Melaka mase 4 tahun dulu. Kat situ la aku ada ramai kawan sekerja yang bukan hanya kawan setakat di tempat kerja. Kitorang akan selalu kuar sama-sama lepas keje walau hanye pegi minum, makan roti canai, jalan2 dan dok beborak kat kedai makan.

Itu la dizaman mak aku selalu membebel sebab aku asek balik lambat. Huhu.

Dan bila time perayaan, kitorg akan ramai2 pegi menziarah dari satu rumah ke satu rumah. Hari raya, chinese new year, deepavali, krismas, sumenye aku sambut. Seronok gi open house merata-rata.

Ni mase team annual dinner.

Dan setiap bulan, team kitorg mesti ade buat outing. Memang wajib. Dan aku adalah ketua komittee utk arrange pasal outing ni. Setiap kali pening pale pikir ape aktiviti nak buat untuk bulan tu. Main boling dah, main badminton dah, gi piknik dah, gi jogging sesame dah, gi makan2 dah, tgk wayang pon dah. Aktiviti2 macam ni la yg membuatkan kitorang jadi lebih rapat.

Ni mase outing kat Sagil.
Opps sori la letak gamba korang tanpa kebenaran. Hehe.

Bila teringat masa tu, aku memang rasa rindu sangat. Lebih 3 tahun aku keje kat situ, dan bermacam-macam pengalaman yang aku dapat. Kalo tak disebabkan ade rombakan di pihak atasan, mesti aku keje kat situ lagi.

Tahun 2006 membawa begitu banyak anjakan paradigma. Mula-mula sekali, supervisor aku yang sungguh caring, sporting, gila dan kelakar tu membuat pengumuman yang beliau dapat kerja di Singapore dan akan berhenti ujung bulan. Kalo korang penah tengok budak2 AF menangis bagai nak rak bila salah sorg peserta tersingkir, kitorang lebih dasat dari tu. Memang rasa betul-betul kehilangan. Nak keje pon takde mood.

Dan lepas tu, team lead lagi sorang plak nak resign. Pon nak pegi Singapore jugak. Dan seingat aku, lepas tu ramai jugak yang membawa haluan masing2. Macam aku pon, berhenti dan kembali ke bumi kelahiran sendiri, Kuala Lumpur. Walau tak berapa rela, aku akur dengan perjalanan hidup yang kadang2 membawa kita ke laluan yang tak pernah kita fikirkan.

Dalam masa kerja kat tempat baru tu, aku pon cuba-cuba jugak apply keje kat Singapore. Macam best je kalo keje kat sana. Gaji berkali ganda, tempat baru, orang-orang baru dan mesti banyak pengalaman baru yg aku bole timba. Cam best je hidup seorang perantau. Berkat kesungguhan, akhirnya Alhamdulillah aku dapat keje kat sana. Tapi....a'ah ade tapi. Mungkin sebab famili tak bagi restu, permohonan utk dapat visa kerja plak tak lulus. Tak tau ape sebab sebenarnya, tapi impian nak keje kat sana berkubur mcm tu je. Sedih.

Gambar tak clear sbb photo captured by camera phone.
Tak rajin nak scan. Ngee.
Dan hari ni.

Kawan aku berkahwin akhirnya. Dia masih keje kat situ tapi bakal pindah ke Cyberjaya sebab kene ikut husben dia. Memang kitorg still keep in touch walopun masing2 da kat tempat lain. Keep in touch by facebook, sms, tapi memang da lama gila tak jumpa. So hari ni sangat gembira sebab dapat bertemu kembali.

Sepatutnye jumpa lebih ramai, tapi ade yang datang lmbat sangat, dan ade plak yg tak dapat datang. Alo kawan, yg 2 orang keje kat singapore tu pon datang tau. Korang baru drive tak smpai sejam dari sana pon tak bole datang.

Nevermind la, kalo ade umur panjang, we'll meet again.

To Fauziah, congratulations and may u both live happily together ever after.

To Suki, life is full of challenges. But i hope whatever circumstances come across our way, we'll be stronger to face it and always remember, we are not alone.

To Zaidi, glad to see u again. I'm so happy~

Wednesday, October 6, 2010

Oh lelaki...tolonglah!!

Kes rogol bukannya sesuatu yang asing dalam negara kita. Terlalu banyak kes yang pernah menggemparkan negara dan yang sukar untuk kita lupakan. Masih ingat lagi kes tentang Suzaili dan Canny Ong? Begitu kejam mereka diperlakukan.
Yang sadisnya, rogol bukan saja melibatkan wanita dewasa, tetapi kanak-kanak juga tidak terlepas menjadi mangsa. Kes seperti adik Nurul Huda yang dirogol dan dibunuh oleh pengawal stesen TNB tidak mungkin luput dari ingatan kita bukan?

(Eh cleoputri, ko berangan nak jadi wartawan ke tulis camni?)
Walaupon korang rasa skema, harap sila teruskan membaca.

Menjadi seorang wanita, memang kita sentiasa menghadapi risiko diganggu oleh insan yang bernama lelaki. Jangan ingat kes rogol je serius, tapi gangguan seksual juga harus dipandang berat.
Gangguan seksual bukanlah semata-mata melalui perbuatan, tetapi juga percakapan dan gerak geri. Ia mungkin dilakukan oleh seseorang yang kita kenal dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tempat kerja, shopping complex, dalam bas, mahupon dirumah sendiri.

Ok. Sari berita utama.

Bukanlah nak kata orang lelaki ni semua perangai jahat cam setan cam sume muka ada potensi jadi perogol. Eh takkk, ada raaamaiii lelaki yang baik. Tapi, masih ramai juga orang lelaki ni tak berapa peka (alert) dengan perkara-perkara yang membuatkan orang perempuan tak selesa.

Melalui pengalaman sendiri, aku ada banyak cerita nak kongsi. Yang ada antara cerita itu membuatkan aku jadi emo rasa geram nak tempik je kat muka korang, wahai lelaki.

Ini adalah pesanan tulus ikhlas dari apa yang aku benar-benar rasa, dan harapnya boleh dijadikan panduan dan tauladan buat semua kaum lelaki. Ngee~

Senario 1: Parking lot
- Kalo tengok ade perempuan tengah jalan sorang-sorang, boleh tak ko lelaki jangan ikut jalan belakang dia dekat-dekat?

- Pastu jangan nak usik-usik, siul-siul pastu sebok nak teman hantar dia pegi kat kereta bole tak?

Senario 2: Dalam bas awam
- Dah kalo korang tu satu geng, apehalnya korang nak duduk kerusi sorang satu? Bajet nak suh awek datang duk sebelah la? Apa korang ingat ni game 'mari lihat sape kena pilih?'

- Dah tu pulak, bila kerusi lain banyak lagi kosong, nape kusi kat sebelah aku ni jugak yang ko nak duduk???!!

- Bila satu-satunye tempat kosong yang ada tu kat sebelah ko, bole tak ko duduk betul2 sikit macam kusi ni bukan bapak ko yang punya, supaya aku taklah berapat-rapat ngan ko??

Senario 3: Kat bustop
- Sepuluh bijik lori yang lalu, 8 kali aku hampir diserang sakit jantung. kenapa orang bawak lori suka nak hon eh?

- Kenapa korang baik ati sangat nak tumpangkan bila aku sorang je yang ada kat bus stop ni? Aku kenal ko ke yang aku berani nak naik kete ngan ko? Pastu cam paksa-paksa plak. Orang dah cakap tanak tu, blah jela.

Senario 4: Tengah drive sensorang
- Ko nak main cucuk-cucuk pehal? Bila dah potong, slow plak dok depan. Ok faham, nak tunjuk kete power la kot.

Senario 5: Bawak motor pulak
- Bila kat lampu merah je, sebok nak tanya itu ini. Kalo tanye sikit-sikit takpe lagi, pastu ada yang ngengada nak ikut teman plak, menggangu konsentrasi btol.

- Yang naik kete pon, ada yang macam orang gayat, sengih-sengih, ikut rapat-rapat, lambai-lambai macam la aku tengah race dalam le tour de langkawi. Eh tu naik beskal.

Rasanya cukup la kot sampai senario ke 5 ni. Citer banyak-banyak nanti aku jadi emo pastu orang lelaki tambah sakit ati plak.
Cuma harapnya dorang dapat tangkap isu yang cuba aku sampaikan dan sekaligus, mempelajari 'moral of the story'. Hehe.

Aku cinta lelaki.
Peace No War!

Sunday, October 3, 2010

HE is always with us

In life, we face so many obstacles that sometimes, we feel so hopeless and no worth of living.
Whenever we are in this situation, we should have faith that HE always be by our side, to give us strength and to lead us finding the way. HE's never far away.
Listen to this song, and I believe it could make you burst into tears.



Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way

InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009
Related Posts with Thumbnails