Kalo tak keje dan takde pape plan, sure macam biasa aku bangun tido pkol 12 tghari. Tapi arini TERpaksa plak pegi kawen. Eh, pegi kenduri kawen. Tapi yang bestnya, dapat jumpa se-dua orang kawan yang da lama tak jumpa.
So many words to say, so many things to share and so many stories to tell.
Yang kawen ni adalah kawan sama tempat kerja kat Melaka mase 4 tahun dulu. Kat situ la aku ada ramai kawan sekerja yang bukan hanya kawan setakat di tempat kerja. Kitorang akan selalu kuar sama-sama lepas keje walau hanye pegi minum, makan roti canai, jalan2 dan dok beborak kat kedai makan.
Itu la dizaman mak aku selalu membebel sebab aku asek balik lambat. Huhu.
Dan bila time perayaan, kitorg akan ramai2 pegi menziarah dari satu rumah ke satu rumah. Hari raya, chinese new year, deepavali, krismas, sumenye aku sambut. Seronok gi open house merata-rata.
Ni mase team annual dinner.
Dan setiap bulan, team kitorg mesti ade buat outing. Memang wajib. Dan aku adalah ketua komittee utk arrange pasal outing ni. Setiap kali pening pale pikir ape aktiviti nak buat untuk bulan tu. Main boling dah, main badminton dah, gi piknik dah, gi jogging sesame dah, gi makan2 dah, tgk wayang pon dah. Aktiviti2 macam ni la yg membuatkan kitorang jadi lebih rapat.
Ni mase outing kat Sagil.
Opps sori la letak gamba korang tanpa kebenaran. Hehe.
Bila teringat masa tu, aku memang rasa rindu sangat. Lebih 3 tahun aku keje kat situ, dan bermacam-macam pengalaman yang aku dapat. Kalo tak disebabkan ade rombakan di pihak atasan, mesti aku keje kat situ lagi.
Tahun 2006 membawa begitu banyak anjakan paradigma. Mula-mula sekali, supervisor aku yang sungguh caring, sporting, gila dan kelakar tu membuat pengumuman yang beliau dapat kerja di Singapore dan akan berhenti ujung bulan. Kalo korang penah tengok budak2 AF menangis bagai nak rak bila salah sorg peserta tersingkir, kitorang lebih dasat dari tu. Memang rasa betul-betul kehilangan. Nak keje pon takde mood.
Dan lepas tu, team lead lagi sorang plak nak resign. Pon nak pegi Singapore jugak. Dan seingat aku, lepas tu ramai jugak yang membawa haluan masing2. Macam aku pon, berhenti dan kembali ke bumi kelahiran sendiri, Kuala Lumpur. Walau tak berapa rela, aku akur dengan perjalanan hidup yang kadang2 membawa kita ke laluan yang tak pernah kita fikirkan.
Dalam masa kerja kat tempat baru tu, aku pon cuba-cuba jugak apply keje kat Singapore. Macam best je kalo keje kat sana. Gaji berkali ganda, tempat baru, orang-orang baru dan mesti banyak pengalaman baru yg aku bole timba. Cam best je hidup seorang perantau. Berkat kesungguhan, akhirnya Alhamdulillah aku dapat keje kat sana. Tapi....a'ah ade tapi. Mungkin sebab famili tak bagi restu, permohonan utk dapat visa kerja plak tak lulus. Tak tau ape sebab sebenarnya, tapi impian nak keje kat sana berkubur mcm tu je. Sedih.
Gambar tak clear sbb photo captured by camera phone.
Tak rajin nak scan. Ngee.
Dan hari ni.Kawan aku berkahwin akhirnya. Dia masih keje kat situ tapi bakal pindah ke Cyberjaya sebab kene ikut husben dia. Memang kitorg still keep in touch walopun masing2 da kat tempat lain. Keep in touch by facebook, sms, tapi memang da lama gila tak jumpa. So hari ni sangat gembira sebab dapat bertemu kembali.
Sepatutnye jumpa lebih ramai, tapi ade yang datang lmbat sangat, dan ade plak yg tak dapat datang. Alo kawan, yg 2 orang keje kat singapore tu pon datang tau. Korang baru drive tak smpai sejam dari sana pon tak bole datang.
Nevermind la, kalo ade umur panjang, we'll meet again.
To Fauziah, congratulations and may u both live happily together ever after.
To Suki, life is full of challenges. But i hope whatever circumstances come across our way, we'll be stronger to face it and always remember, we are not alone.
To Zaidi, glad to see u again. I'm so happy~
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment