Masih lagi tegap
Walau usia menginjak senja
Masih lagi gagah
Dan angkuh
Membuat ramai yang gentar padanya
Setiap kali dia melintas
Pasti yang lain terdiam kelu
Pantas lari sembunyi
Setiap kali dia memandang
Yang lain tertunduk kaku
Tak berani bertentang
Walau banyak jenayah yang telah dilakukan
Dia masih lagi lepas bebas
Kerana tiada siapa yang berkuasa menghukumnya
Aku tahu
Aku perlu bertindak
Untuk pastikan kau merana
Kerana aku yakin
Kau yang bertanggungjawab atas kematian Nemo
Aku akan menuntut bela
Masanya pasti tiba, Carmello!
Bukan gambar sebenar.
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment