Free counter and web stats

Sunday, January 16, 2011

AJL25: Pesen

Kan dorang da banyak kali cakap, tak payah lagi nak komplen² pasal pemenang tu. Keputusan dari juri professional memang MUKTAMAD. Sebarang unsur² ketidakpuasan hati, tidak akan dilayan sama sekali.

Samada ko suke ke tak, terima je la ok.

Masa siaran langsung tu, aku tak tengok pon tv. Sebab masa tu tengah bercuti-citun. Esoknya baru tau pemenangnye adalah si Ana Raffali. Huh whatt?? dengan aksi terkejut beruk, aku semacam tak percaya. Tapi ah, lantak la. Ape kait pon ngan aku. Hee.

Malam semalam, baru la ade peluang tengok dari mula sampai habis kat tonton.com.my. Bole laa. Takde la legging lagging sangat. Cuma bila di bukak full screen, gamba pecah2. Argh sungguh tak syok! Tapi dengan semangat nak menengok, ku gagahkan jugak mem'blur'kan mata.

Secara konklusi, hmm bagi aku, semua lagu² yang bertanding ade ke'sedap'an tersendiri. Tapi satu yg pasti, aku sket pon tak minat ngan suara si juara. Ngee sori!
Pasal lagu, takde ape yang nak dingomel. Tapi bole tak aku nak berulas-ulasan pasal.......FESYEN!!!
Ye pesen, kata orang tua.

Sebelum dimulakan dengan artis pertama, aku nak bgtau yang aku sangat suka ngan baju Cheryl. Simple but pretty.

Ok 1st- Yuna.
Orange itu kaler yang garang dan selalunye sangat mampu menyakitkan mata. Tapi baju kain licin yang Yuna pakai ni memang menarik. Design ropol2 kat kain bahagian depan, dan jugak bahagian atas kat bahu tu pon sangat unik. Tambah2 lagi, emas-emas bergemerlapan di tangan sebelah kiri itu. 
Unik, menarik, tertarik.

Nampak strap kasut tu je pon da bole tau, kasut tu cantik. Hehe.

2nd, Tomok.
Aku memang suka lelaki yang dressing style rock camni.
Baju biru sangat menyerlah dikalangan hitam. Design butang2 yang menarik berpadanan dengan suar fit itam berperinci di bahagian tepi. Style!!
Rambut, masih boleh diterima.

3rd, A.P.I
Kan aku da bgtau tadi, aku suka lelaki yang style rock camni.
So yang ni, tak banyak komen.
Pass!

4th, Shahir.
Dari atas ke bawah, dari ujung rambut ke ujung kaki, sikit pon takde yg aku suka.
Lebih2 lagi melihat seluar itu dari pandangan hadapan. Yeww~

5th, Black & MUH.
Baju black tu macam da penah tengok seblom ni. So aku rasa...boring!
Da la nampak cam besar. 

6th, Hafiz.
Baju kaler merah dengan selendang style Hermantino ni pon aku rasa Hafiz da penah pakai. Apehal soo lame dorang nih??
Then, dia tuka baju ni plak.
Fuh sib baik ade kelainan sket. 
Baju ni bila close-up, nampak perincian design yang sungguh class!
Tapi Hafiz cam tak bape sesuai plak pakai baju smart camni. Mungkin sebab rambut tu. Ish pleassssee la ubah.

7th, Ana Raffali.
Baju kurung fesyen berhari raya ni takde banyak masalah. Bole la diterima mata memandang.
Tapi bila dia tukar baju ni...
Merahnya mak ngah!!
Pastu tak rasa macam pakai karung guni ke? Besar semacam! Hadoiii rimas tengok!

8th, Faizal Tahir.
Jaket kaler gold ni pon macam da penah tengok dia pakai.
Adoihh bosan bosan bosan!!

Pak Ajis Satar?
Bajunye? Hmmm...
Tapi dey all, sungguh sweeet!
*Eh tetiba plak*

9th, Adira.
Comel comel comel! i like ropol2 di kaki. Macam princess.
Tapi kalo reben kat bahu tu dibuang, mesti nampak lebih elok.

Kesepuluh, BunkFace. 
Apa nak komen? Biasa je.

Sebelas, Black lagi.
Ok, smart. Konon2 putih suci dalam gebu gitu.
Tapi, soriii. i tak minat. Ngeee.

Doblas, Faizal Tahir sekali lagi.
Dengan jaket itam, spek mata itam, style rambut sama. Ahhh bosan bosan bosan!!!

3 belas, Stacy
i loikeeee the color! 
Walaupon lengan sebelah tu agak terlalu besar dan nampak sedikit serabut, tapi style yang ala-ala Chun Li ni memang menarik. Lain dari yg lain. Hmm rasa nak tempah baju camni la time raya cina.

4 belas, Hujan.
Rambut Noh, ade kelainan. Suka!
Dressing tema hitam merah. Ok bole suka jugak, walaupon biasa je. Hee.

Adehh penat plak nak mengomen pasal fesyen finalis ni. Banyak tu.
Takyah la continue pasal baju merah kak pah, ataupon muka dagu mulut pipi yang menonjol semacam itu.
Baju itam elegan kak Ziana dan baju biru etnik Tok Ti pon takde pape nak komen sangat. Overall, cantik menarik de bomm!

Sekian.

*Pictures taken from http://ajl25.tv3.com.my/

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails