Skang ni bila bawak motor gi keje, aku da tak takut-takut lagi. Kalo dulu bodo-bodo je ikut kiri rapat-rapat, bawak slow tak lebih 80km/j, nak potong kete siput sedut kat depan pon takkan mungkin.
Tapi skang, purata kelajuan 95km/j, da tak main la dok tepi-tepi je, potong belah kanan pon da terer dah. Kalo mak rempit ajak racing pon da berani join kot. Hehe. Jangan memain!
Bila kat jalanraya., yang bawak kete memang pandang lekeh pandang kecik je kat motor, yang bawak lori ntah hape lah lagi. Baru la aku paham perasaan orang yg naik motor bila da jadik motorist ni. Huhu.
Sebenarnye kenderaan motor ni kan, memang sangat dekat ngan diri aku. Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, arwah atuk slalu bawak pusing taman tiap-tiap petang naik motor. Aktiviti wajibul ghunnah kot. Kalo gi jenjalan pon, motor atuk tu la yg jadi mesin penggeraknya. Arwah nenek dok belakang, aku plak dok depan dalam bakul. Dapat aku bayangkan camane la rupanya.
Ada satu kejadian yang masih lagi meninggalkan kesan sampai arini, ialah di suatu petang yang hening tu, lepas mandi aku penah cuba-cuba panjat motor konon-konon nak bawak. Tapi tak sangka pulak, ekzos panas yang terkena peha. Meraung kuat-kuat la sakannya. Sampai skang ada lagi tinggal sikit parut lecur kat peha ni. Isk isk.
Masa sekolah rendah pulak, Angah ngan Along akan sama-sama bergilir hantar aku gi skolah. Seronok rasa bila terkenangkan zaman tu. Masing-masing pakai moto yg ade tank besar kat dpn tu, bangga siot dapat naik moto besar. Hehe.
Ini la motor Angah.
Ada jugak satu kejadian berlaku disuatu petang yang hening. Masa tu ronda-ronda pusing kampung, Angah bagi can kat aku pegang handle. Aku pon terus je tak lepas peluang, sambil berangan konon-konon sendiri yg bawak moto. Pastu ntah camana tak pasal-pasal aku gi press minyak plak. Terus je motor terpecut tapi sib baik tak terbabas. Namun malangnya kejadian itu telah mengakibatkan seekor anak ayam mati dilanggar. Innalillah...ayam sapaa la tu.
Kiranya, motor ni bukanlah asing dalam hidup aku. Dari kecik wat da naik motor, so skang ni bila diri sendiri plak yg da bawak motor, takde rasa janggal lagi.
Apakata untuk kurangkan masalah kesesakan jalanraya yang semakin meruncing, kita pakat naik motor ramai-ramai nak?
ps: Next, nak pakai motor besar cam CBR plak. Ngee~
Amacam, cara tak?
GTR laa baru besar skit, CBR kecik, tak laju sgt
ReplyDelete