Free counter and web stats

Monday, February 21, 2011

"Saya hidup susah, saya nak bantu keluarga"

Ni minggu kedua Mentor start ke udara.
Since my other family members want to watch it, so I ‘have to’ watch it too. Yeah but actually, I was more interested on watching videos in Youtube.

Cuma kalo ade part-part yang lawak je aku akan lari kedepan tv balik.

Time audition camni la pon yang ada banyak bende-bende klakar berlaku. Banyak insiden tak puas ati sebab rasa diri bagus, yang tahap perasantan tak hengat dunia padahal suara itik serati 1000 kali ganda lagi sedap dari dia.

Kadang-kadang kesian btol tengok spesies orang camni.

Ok, tak baik mengutuk.

Back to the point yang aku nak cakap sebenarnye.

Dalam 10 orang yg datang odisen, ada 8 orang kot yang akan datang dengan berkata:

“Tolong la bang, saya dari keluarga susah, saya ingin mengubah hidup kami”.

“Saya masuk ni demi untuk membuktikan kepada orang kampung yang selalu mengutuk saya, yang saya boleh berjaya.”

“Saya datang dari jauh, sanggup jual motor semata-mata untuk beli tiket bas datang sini.”


Or some sort like that.
Yang paling ramai bagi alasan nombor satu tu la.
Pastu bila kene reject, marah marah pastu nanges nanges nangessss!!

Ok, sekali dua tengok memang la kesian…masuk kali ketiga dan yang seterusnya, naik muak dah ni.

Apesal dorang ni sume ingat, dengan cara menjadi artis tu bole mengubah nasib keluarga ke??

Dengan menjadi artis, akan kaya cepat dan lebih berjaya ke??

Apsal tak kau carik keje elok-elok, keje baik-baik, dapat gaji bole jugak kasi duit bantu keluarga kan???

Apsal dulu kau tak belajar pandai-pandai, supaya dapat keje yang bagus-bagus pastu jadi orang yg berjaya???

Memang bunyik agak kejam, tapi please laa jangan selalu bagi alasan macam ni semata-mata nak capai hasrat menjadi glemer.
Lagipon, tak semestinye ko boleh ubah nasib keluarga dengan hanya menjadi artis OK!!!


3 comments:

  1. cam ne nak jadi kaya ek, justin bieber satu album dah kaya,, taylor swift buat satu album pun dah meletop kaya raya, tgh pk gak cam ne nak jadi kaya dengan hanya satu kali action hehehe

    ReplyDelete
  2. @akira nagasaki, jom buat album gamba nak? agak2 bole kaya ke tak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails