Free counter and web stats

Tuesday, November 19, 2013

Bestnye jadi artis....?

Upload la gamba baru bangun tido dengan muka selebet sekalipon, mesti ada je yg komen - "uii cantiknya...comelnyee."

Upload gamba pakai seseksi dengan short skirt, pakai bikini sekalipon, ada jugak yang komen - "Wahh cun gila!", "You're so beautiful."

Upload gamba pegang anjing, ponnn takpe! Mesti ada komen-komen yang baik, yang puji kecomelan anjing sama ngan yg pegang anjing itteww.

Tiap kali baca komen2 peminat kat gamba artis, rasa macam bestttt je feeling jadi artis itu. Rasa diri sentiasa cantik, rasa orang suka, orang puja. Mana tak best kan feeling macam tu?

Tapi bila difikir-fikir balik, adakah penting sebenarnya pujian-pujian itu didunia ini? Adakah pujian-pujian itu membuatkan kita membangga diri atau lebih mensyukuri? Mungkin ia memberi kebahagiaan tapi ada banyak lagi kebahagiaan yang lebih abadi. 

"Tak hidup dipuji, Tak mati dikeji"

Lagipun kalo itu yang aku cari, kalo aku memang sukakan keglemeran dan perhatian, mesti dari dulu lagi aku da berusaha nak jadi artis. Skang ni da banyak ape cara nak jadi artis. Pegi je audition sana sini, lelama mesti dapat masuk TV. Busuk-busuk pon dapat inteprem masa tengah audition tu. Kan kan? Hehe.

Aku  paham jugak hidup artis ni bukannya selalu indah. Selalu jugak aku tengok komen-komen yang memaki. Kadang-kadang kesian gak baca. Itu yg banyak peminat-peminat gaduh sesama sendiri dalam komen. Padahal artis tu buat dek je. Malas nak layan. Peminat yg fanatik selalu hover!

Tak kesahlah dorang nak minat camane sekalipon kat selebriti tu. Cuma jadilah manusia yang bijak. Kalo artis upload gamba yang tak bape senonoh, tak perlu la nak puji. Tak perlulah nak buat ayat yang serupa macam "I like u sebab u tak hipokrit." "I love u being your true self."
Ok bole blah. Kalo tak mampu nak nasihat, adalah lebih baik berdiam diri buat tak tau je. 

Dan tak payah la rajin sangat nak bagi pujian-pujian kat kecantikan dorang tu. Renti-rentikan la tabiat tu. Ok fine...dorang tu sume memang cantik. Meluat plak baca. Lebih-lebih lagi kat selebriti yang memang aku tak suka. Opss!
Oh kecuali puji kat selebriti yang berimej muslimah ok.

p/s: Walau tiada siapa pon yang memuji kecantikan kita, walau tiada siapa yang nampak keseksian kita, bersyukur dan yakinlah setiap ciptaan Allah itu adalah sebaik-sebaik kejadian. Kecantikan dan keseksian kita hanyalah milik kepada yang berhak. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau mencantikkan rupa parasku. Aminn~"

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails