Free counter and web stats

Monday, November 18, 2013

Umbut Kelapa

Jantung pisang.

Rebung.

Keladi.

Terung.

 
Labu.

Pucuk ubi. 

Inilah antara benda yang aku tak pernah makan. Bukannya mak tak pernah masak, tapi aku tak pernah rasa nak makan. Bukan nak tunjuk eksen 'orang bandar sangat #konon tapi mungkin tak biasa kot. Entahlah. Aku ni memang memilih sangat. Makan kuat tapi aku cuma makan benda yang aku suka je.

Baru-baru ni mak masak ayam masak lemak cili padi. Punya lah sedap...Peh! Memang feveret!! Tapi kali ni peliknya mak campur dengan satu macam bende yg aku tak pernah tengok pon sblom ni. Mak kata tu umbut-umbut kelapa. Dapat dari pokok kelapa yang baru ditebang kat blakang uma. Bila mak cakap macam tu je aku da rasa potong. Alaa ni yang tak best bila da campur dgn benda yg aku tak makan. Mak kata, cuba la dulu. Arghh! Walau tetap rasa kepotongan itu, aku amek jugak ayam dengan kuah untuk makan. Rugi siot kalo tak makan. Hee~

Disebabkan umbut-umbut tu banyak sangat dan mak potong kecik-kecik, menyebabkan aku terpaksa bantai jugak telan. Malas plak nak asingkan. Memula makan takde la rasa apa sangat. Itu yg buatkan aku selamba je makan dan makan lagi. Lelama rasa macam manis pastu lelama macam sedap plak. Lagi lelama rasa sedap gegila plak!

Jadinya sekarang ni aku terasa nak makan lagi. Mak kata susah nak carik. Bole dapat bila tebang pokok kelapa je.

Umbut kelapa.


Erghh terasa macam mengidam plak. Mana nak carik hah?? 

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails