Free counter and web stats

Tuesday, January 31, 2017

Oh duit

Duit duit duit
Pagi petang siang malam asek pikir duit
Cuba jugak simpan dalam tabung sikit sikit
Tapi hutang yang membukit

Bila dapat gaji bayar bil sana sini
Tambah headache time ada emergency
Blom kira kalau kete rosak lagi
Terpaksa hidup kais pagi makan pagi
Hmm apa nak jadi hidup macam ni?

Ada masa tak bole dah nak bernafas, rasa sesak dada
Macam jalan dalam swimming pool bila air da cecah kepala
Usaha lonjak-lonjak curi udara tapi akhirnya terkapai jua
Masa tu la terpaksa tebal muka mintak pinjam kat member
Itupon delay delay sebab rasa kelu lidah nak berkata
Sampai beras tinggal sebutir baru nak buka mulut meminta
Tambah hutang kann... mana ada orang suka
Ye tak ye?

Tapi aku tengok ramai jugak orang yang macam tu
Bila hujung bulan nak beli milo ais pon da tak mampu
Apa teruk sangat dugaan zaman skarang ni
Kos hidup makin meningkat, harga barang makin meninggi
Sewa rumah, transport, nak tanggung makan pakai famili
Duit gaji memang tinggal takat celah gigi
Aihh gimme 5 la kawan-kawan, kita memang selori
Mari sesama berhuhu mengenang nasib sendiri

- ck • 30.01.2017


0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails