1 MYR = 12.8259 PHP
100
PHP = 7.8 MYR
*I’m
too bad at keeping record and not a photograph enthusiast, so the price I
shared below are more or less accurate.
Boracay
– Sape yang pernah pegi sana mostly cakap benda yang sama. Beautiful long white
sand, clear turquoise water, happening but not too wild night life, friendly
people and also crowded! Yeah crowded! It becomes a very touristy place, so please
expect many many photoboomers.
Boleh swim sampai kat bot sana. |
Lit tak lit?
The
food – I stayed in Station 2, which is in the middle. Many restaurants surround
the place, so it’s very easy to find food. Yang susahnya nak carik halal food
la. I’m not a type of person who brings can food or maggi or bread or periuk
nasi.
Kalau
tak jumpa makanan halal pon, makan je la buah-buah. Takpon telan jela fruit
milkshake tu 2-3 botol. Hehe. Ala kat situ pon ada banyak mini market, beli
jela biskut ke roti. Tak susah pon nak jumpa biskut dari Thailand yang ada cop
halal.
Tapi
kalau restaurant yang betul-betul halal, ada la kot jumpa 2-3 ketul. Mostly
Arabian restaurant. Yang harga kebab pon 350 (dekat 30 hengget!). Aku try jugak
la kat The Kingdom restaurant dan order carbonara pasta harga 400. Tapi yang
sampai adalah pasta letak cheese semata. Rasa macam keropok cheezels yang dicairkan
pastu letak dalam spaghetti. Masin gila tak sedap!
A view from the top of ASTORIA restaurant. |
Alternatively,
you can go to a restaurant which doesn’t sell pork. Ada restaurant sushi, ada
vegan, ada café yang jual sandwich and muffin, contohnya: Real Coffee & Tea Café, which is
also famous for their calamansi muffin. It’s a must try!
Kedai yang jual seafood sahaja pon banyak.
Kalau nak pilih sendiri apa nak makan, bole pegi ke D’Talipapa. Kat situ ada
market yang bole pilih udang, ketam, scallop, ada banyak jenis seafood lagi.
Lepas da pilih, bawak ke kedai yang paling hujung untuk suruh dorang masak.
Tapi agak mahal laa. Ketam 2 ekor kecik pon da 450. Pastu upah masak pon dah 350.
Total makan lunch untuk 3 orang dalam 1200 Piso. Tapi nasib baik la sedap
espeseli sotong goreng tepung dan sayur sawi goreng oyster. Ohh nyum!
Kalau nak senang, korang amek la pakej muslim
yang da termasuk makan-minum semua.
Dan
kat sana pon femes dengan fruities and milkshake. Ada banyak kedai yang jual,
tapi jangan lupa try kat the Jonah’s Fruitshake. Harga tak mahal sangat. I
tried the Banana Choco Peanut, it’s 130. Soo sedap bak hang!
Ah
lagi satu, go try Halo-Halo, the famous local dessert. Ianya sangat nyumm!
Enjoying my Halo-halo 😋 |
The
snorkeling trip – Tak payah susah-susah nak carik, along the street ada ramai
yang akan approach suruh amek pakej dorang. Mostly sume harga sama. Cuma beza
nak buat aktiviti apa. Plan awal nak gi Ariel’s Point, tapi kawan yang lain
tanak sebab mahal katanya. 2500 memang mahal la jugak. I just let my Pinoy
friends to decide and finally, they chose to go for Island Hopping. Tak kesah
la asalkan ada water activity. Tapi bab ni yang agak sakit hati sket nak
cerita.
Punya la ramai penduduk alam yang tunggu giliran nak gi boat trip. |
Katanya
pakej 800 termasuk lunch, akan pegi dalam 5-6 point. Ok la berbaloi rasanya.
First
point, bot berenti kat tengah laut untuk snorkeling. Sebelum dia kasi turun,
dia suruh bayar 20 Piso for ‘Environmental Fee’. Apa ke jadah plak ni. Tanak
banyak bising, bayar jela kan. Snorkeling point plak dah la coral tak cantik,
ikan pon sikit je.
Lepas
abes snorkeling, pegi plak Puka Beach. Kat sini untuk melepak je. Along the
beach ada banyak stall jual barang dan kedai minum-minum. Lepak-lepak minum
mango shake pastu posing-posing amek gamba dalam 1 jam, pegi pulak lunch kat
island lain. Ape nama island tu tak ingat la plak. Lepas makan dalam 1 jam, bot
bawak pegi Crystal Cove. Nak masuk sini pon rupanya kena bayar lagi entrance
250. Kenapa tak masukkan semua skali dalam pakej?! Hampeh btol. Dah la aku tak
bawak cukup cash, mintak utang dulu tak dapat, so takde chan la nak masuk
dalam. Kesahnya, aku hanya bermandi manda di beach tepi cave yang cetek dan
banyak batu itu. Benci!
Lepas
Crystal Cove sepatutnya pegi Magic Island kat depan tu je. Tapi boatman kata
yang lain tanak pegi. Agaknya sebab kena bayar lagi untuk entrance ataupon
dorang yang lain tu tak minat nak lompat-lompat. Duhh bengang gila. Takde chan
aku nak buat cliff jumping! Crocodile island pon tak bole pegi jugak sebab katanya
angin kuat, hujan rintik-rintik air bergelora mak kasi seposen, buat la muka seposen.
So kesimpulannya cuma pegi 3 point. Pehh sangat tak best. Dah la snorkeling
pegi 1 point je dan paling tak puas ati sebab banyak hidden charges tu la.
Patutnya dorang brief awal-awal.
Tu haa Magic Island. |
Ada
banyak kali jugak isu pasal caj-caj extra yang tetiba ni. Meh sini aku citer.
Memula,
masa kat jeti. Kalau kat Malaysia, kita cuma beli tiket bot dan kalau nak
snorkeling kat marine park baru kena bayar marine tiket tu. That’s it.
Tapi
kat Boracay, beli tiket bot lain then plus the Environmental Fee – 75 pastu
kena tambah lagi terminal fee – 100. Pegi balik okeh! Hapekejadahinisemuakan??!
Dan
last yang paling bengang adalah masa kat airport time nak balik. Aku konon
gembira la ada balance 500, ingatkan bole la nanti beli lasagna dalam flight
sebab kompom lapar punya. Masa tengah beratur dalam line yang panjang gila tapi
1 counter je bukak, tambah dengan rasa cuak sebab flight aku nak take off dalam
15 minit je lagi tapi line still panjang nak mam, aku ternampak sign “Terminal
Fee – 700 PHP”. Hah apekejadahnya lagi itu?? Btw, aku balik sorang sebab 2
kawan Pinoy pegi Manila tapi sorang kawan still teman aku sampai airport.
Wuhuhu nasib baik dia ada bagi pinjam 200. Time tu rasa nak menjerit kepada
dunia “APA LAGI TERMINAL FEE BUKAN DA MASUK AIRPORT TAX DALAM FLIGHT TIKET KE???”. Tapi aihh, bersabarlah kerana hidup memang penuh dengan pancaroba.
Ada
banyak lagi kes bengang tapi takpe la yang lain tu hal kecik je. However
however however, I still like Boracay and enjoyed my time there. Ok meh aku
citer pulak beberapa moment gembira.
- Walaupon island hopping trip macam agak jirake, tapi pada petang itu kitorg dapat rasa tengok sunset sambil duduk di atas sailing boat. Pedulikan ramai manusia yang tunggu giliran dan nikmatilah pemandangan sunset dengan bersimpuh di atas bot hanya untuk beberapa minit itu dengan tenang.
Nampak tak betapa ramainya berkerumun kat belakang tu? |
- I also tried massage! Ye memang harus ko coba. Ada banyak massage service kat tepi-tepi street tu tapi aku nak yang dalam bilik bertutup, ada privacy dan tak bising. Price: 350 for 1 hour. Murah gila kan? Memang berbaloi-baloi. Tukang urut orang Pinoy dan dia urut sedap amat. Sebabkan aku rasa bahagia time tu, aku terbagi pulak tips kat dia 100.
*nah belanja sket tengok sunset :)
- Dan selain bermandi manda di tepian pantai, aku jugak rent a paddle board, 250 for 30 mins. Best pulak. Siap extend sampai sejam. Air kat situ tenang takde buaya juga ombak, so ber-paddle ke hulu ke hilir adalah sangat menyeronokkan.
If in doubt, paddle out ☺ |
- The night life! There are many bars and clubs along the street but we preferred a cozy bar. Nak order shisha tapi mahal pulak sampai 700. So aku just duduk lepak atas bantal sambil menyedut coklat milkshake - asek layan milkshake jela - sambil tengok persembahan api sambil menikmati udara laut yang dingin sambil tengok-tengok orang sambil dengar lagu. Banyak betul sambil. Aku jugak layan je tengok brader kat tepi jalan tu dok menyanyi main gitar. Lagu Bob Marley la apa lagi. Oh what a beach life I love.
Shh! don't tell mama.
- Barang-barang mostly murah. Tshirt, beg bole dapat dalam 100 je. Senang la nak carik souvenir. Aku pon terbeli gak waterproof bag 1L harga 200, tu sebab design rare tak penah tengok kat tempat lain. Accommodation pon murah, kalo korang datang 4 orang share 1 dorm bole dapat 2000 sorang untuk 3 malam. Murah dari itu pon ada. Pandai-pandai la cari. Dan kalo korang ada survey flight from AirAsia bole dapat harga ~RM350 return. Murah da kan? Surely worth the experience.
Nah jemput tengok sunset again. |
Overall, Boracay is niceeee! Beautiful place, good
people, safe and it’s affordable. Sebab tu la makin sesak tempat ni. Tourist
from Korea pon melambak sampaikan locals kat sana pon da belajar cakap korea
sikit-sikit. Ada jugak kedai-kedai baju dan café yang own by Korean rasanya. Eleh
suka la tu sape yang minat tengok oppa oppa jambu kulit pucat. *roll eyes*
Ok salamat Boracay! See you again~ |
*Aku kalo nak repeat pon lepas 5 taun la kot.
Eheh!
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment