Free counter and web stats

Wednesday, March 24, 2010

AKU INGIN BERDIRI

Longlai…
Bagaikan sendi-sendi tak lagi berfungsi
Lemah, layu, tidak bermaya
Walaupun cuba ku buka mata

Sayup-sayup kulihat mereka
Jauh dan semakin menjauh meninggalkan aku disini
Yang tak layak untuk dipeduli
Akibat terlalu ego mendaki dan berlari seorang diri
Demi mengejar cahaya yang masih kabur sumbernya

Dan perlahan-lahan kulihat mereka
Menghilang dan pergi
Kecil dan semakin mengecil
Hingga tak nampak bayangnya lagi
Kosong…

Dan di suatu masa
Satu persatu datang kembali
Menatap mengelilingiku seperti boneka
Dengan berbagai-bagai emosi

Kulihat ada yang tertawa mengejek
Ada yang terpekik memaki tanpa henti
Ada yg menangis simpati
Ada yang hanya diam memerhati
Ada yang cuba menghampiri
Tak kurang juga buat tak peduli

Terfikir aku…
Dalam keadaan sebegini
Adakah yang benar-benar akan datang
Dengan ikhlas mengulur tangan
Untuk membantuku berdiri?

Satu ketika ada baiknya
Untukku terus pejamkan mata pekakkan telinga
Pedulikan apa kata mereka
Kelak yang tinggal hanya aku dan Dia
Hanya Satu yang mengerti hati ini
Memberi semangat dan inspirasi

Sesungguhnya…
Hanya aku yang mampu
Merubah masa depanku
Dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada
Akanku cuba bangkit
Sedikit demi sedikit…

-cahayack Sept09

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails