Bila balik rumah, selalunya perkara pertama yang kita buat adalah tanggalkan pakaian.
Perasan atau tidak, kita masing-masing ade habit tersendiri, yang secara tak langsung menggambarkan personaliti kita. Camane pulak tabiat korang?
Jom tengok samada betul ke tidak tilikan ni..
1. Main campak-campak je.
Selalunya orang lelaki la yang perangai camni. Tapi perempuan pon ade jugak kan..
Bila bukak baju tu, bukannya reti nak campak dalam bakul ke baldi ke, tapi lebih suka biarkan bersepah kat atas katil, lantai, atas meja, atas kusi takpon atas peti ais. Cuba campak terus atas atap kan senang.
Personaliti: Dorang ni dikatakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Suka keluar melepak dan berhibur dengan kawan-kawan. Dan bila bab bagi pendapat, selalunya dorang ni bebas je nak cakap apa dan tak pedulik pon apa tanggapan org lain.
2. Teliti, kemas dan tersusun.
Kalo yang jenis kemas pulak, dorang akan letak pakaian yang dah dibukak tu ditempat sepatutnya. Siap lipat simpan dalam almari terus kot. Ngee.
Personaliti: Orang yang sukakan ketenteraman dan seorang yg agak serius. Tak suka nak carik pasal dengan orang lain dan hanya biasa lakukan rutin yang sama tiap hari. Bunyik cam agak boring, tapi aku rasa dorang ni cool.
3. Tanggalkan aksesori dulu.
Sebelum bukak seluar baju, dorang ni akan tanggalkan dulu aksesori contohnya jam, gelang, cincin, rantai, subang ataupon gigi palsu emas.
Personaliti: Jenis yang mudah mesra dan berhati-hati. Juga agak sensitif, cepat terasa sampai muncung pandang sedepa, sebab tu kadang-kadang orang takut nak bergurau dengan dia ni. Tapi kalo bab bercinta, dorang ni romantika d'amor tauu. Wah..i loikee. Tapi jangan terlebih jiwang karat plak eh.
4. Buat cepat-cepat.
Bila balik rumah, terus je tanggalkan semua pakaian. Eh, tukar pakaian lain la maksudnya.
Personaliti: Dari segi sikap, agak kalut sikit. Tapi sebenarnya dorang ni sangat
caring, amek berat pasal orang lain espeseli pasal orang yang dia sayang , juga keluarga. Dorang ni pulak suka sibuk-sibukkan diri dengan berbagai aktiviti dan kerja. Kalo tak, dorang akan rasa boring je hidup ni.
5. Slow and steady.
Mula-mula bukak seluar, pastu gi dapur minum air. Pastu plak gi on laptop. Pastu plak baring2 atas katil jap. Pastu baru la bukak baju.
Personaliti: Orang yang nampak macam suka melengah-lengah ni sebenarnya seorang yang berkeyakinan tinggi dan bijak. Eceh. Dorang jugak selalu pikir dalam-dalam seblom buat apape keputusan. Selain tu, dorang ni selalu spend time dengan diri sendri. Duduk dalam bilik sorang-sorang, kalo jalan pon tak kesah sorang-sorang.
6. Berubah-ubah
Semalam bukak baju gopoh-gopoh sampai bersepah, arini pulak pandai letak dalam baldi. Esok pulak tak bukak baju smpai tak mandi terus tido ngan baju yang sama.
Personaliti: Kalo yang tak tetap habitnye ni, dorang dikatakan seorang yang selalu curiga dan selalu rasa ingin tau tentang sesuatu perkara. Apatah lagi kalo perkara yang pelik-pelik sikit. Sebab tu agaknya dorang ni suka buat banyak aktiviti yang mencabar dan sanggup tanggung risiko. Dari segi penampilan pulak, dorang ni boleh la tergolong dalam kategori pandai bergaya.
cleoputri: Semua yang diatas. Ehee~