Free counter and web stats

Thursday, September 16, 2010

Hari bahagia

Salam 1 Malaysia!

Sungguh seronok kalo hari-hari dapat berehat-rehat sambil berbaring-baring menonton tv macam hari ni. Sib baik takde orang dtg raya (ish tak baik). Hehe.
Tapi esok kene keje balik. Adehh...bila la agaknya dapat kawen ngan anak raja, supaya takyah penat-penat nak pegi keje. Err...ade sesape bole tolong rekemen?

Raya tahun ni tak banyak bezanya ngan taun-taun lepas. Tak banyak ke?
Erm sebenarnye...ada banyak yang kurang. Tapi cuba tak terlalu fikirkan dan cuba untuk buat macam biasa. Lupakan dan gembirakan hati. Hari raya mestilah bersuka ria! Kan?
Cuma berharap, tahun depan dapat beraya lagi dengan lebih baik dan lebih bermakna. Juga lebih bahagia.
Amin...

Cane ngan korangnye raya wahai blogger?
Aku tiap-tiap tahun, raya pertama mesti kat Melaka. Gi melawat kubur arwah atuk nenek, pastu pegi la melawat uma makcik pakcik sedara.
Pastu tak raya kedua, raya ketiga plak pegi balik KL. Gi melawat kubur arwah ayah, pastu gi umah sedara mara sepupu sepapat jalan-jalan naik kete sampailah ke Klang. Takkan la jalan kaki plak kan.
Kalo masa kekecik, sangat seronok sebab dapat kumpul baaaaanyak duit raya.

Sedehnye..tak rasa macam balik kampung sangat. Sebab aku takde kampung yang bebetul kampung. Tak macam dalam tv tu ade uma papan yang ade banyak pelita kat luar uma, lampu kelap kelip warna warni, ngan bebudak main bunga api kat luar, sekali ngan bapak budak main mercun buloh.
Mesti meriah kan. Nak sangat rasa suasana raya macam tu.

Nampaknye kene carik anak raja yang tinggal kat kampung la kot. Ngee.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails