Free counter and web stats

Thursday, September 9, 2010

Sahur terakhir

Sepanjang Ramadhan ni, seingat aku baru je 2 kali pegi bazaar.
Itupon saja temankan kawan.

Malas la nak berhimpit-himpit beli makanan. Lagipon aku ni jenis yang tak berapa reti nak membeli. Kadang-kadang da jalan smpai ke hujung, tapi still tak bole decide nak beli ape. Tengok kuih-muih lagi la tak berapa bernafsu.

Akak aku slalu cakap aku ni nak makan pon cerewet. Apa yang mak masak tu, makan jela. Kawan-kawan pon ade yang cakap camtu. Memang betol la kot.
Yang sebenarnye, aku ni bukan cerewet. Tapi aku cuma makan bende yang aku suka je. Haha~

Aku rasa bab makan ni, aku simple je. Aku suka makan ayam. Hari-hari makan ayam pon takpe. Arini ayam goreng, esok ayam sambal, lusa ayam sup, tulat ayam masak lemak cili padi...hurmm sedapnye. Tapi kalo masak kurma ke kari ke, aku kureng sket.

Time-time bulan posa ni, kalo sahur tu kena la ade makanan yang bole 'turn me on'. Dan pastinya, adalah sambal. Kalo takde, sure mood nak makan pon lari. Ini yang jadi kes sahur sambil pejam mata.

Pejam celik pejam celik, arini dah last sahur. Sekejap je kan. Dan sekaligus bermakna, esok raya!!! Hooray? Ntah la, cam tak rasa nak raya. Huhuu~

Papepon, harap korang sume bergembira di hari raya ni bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yg sebelumnya.
Pada yang drive balik kampung tu, ingatlah 'Hati-hati di jalan raya'.

Maaf Zahir Batin.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails