Shopee

Wednesday, October 6, 2010

Oh lelaki...tolonglah!!

Kes rogol bukannya sesuatu yang asing dalam negara kita. Terlalu banyak kes yang pernah menggemparkan negara dan yang sukar untuk kita lupakan. Masih ingat lagi kes tentang Suzaili dan Canny Ong? Begitu kejam mereka diperlakukan.
Yang sadisnya, rogol bukan saja melibatkan wanita dewasa, tetapi kanak-kanak juga tidak terlepas menjadi mangsa. Kes seperti adik Nurul Huda yang dirogol dan dibunuh oleh pengawal stesen TNB tidak mungkin luput dari ingatan kita bukan?

(Eh cleoputri, ko berangan nak jadi wartawan ke tulis camni?)
Walaupon korang rasa skema, harap sila teruskan membaca.

Menjadi seorang wanita, memang kita sentiasa menghadapi risiko diganggu oleh insan yang bernama lelaki. Jangan ingat kes rogol je serius, tapi gangguan seksual juga harus dipandang berat.
Gangguan seksual bukanlah semata-mata melalui perbuatan, tetapi juga percakapan dan gerak geri. Ia mungkin dilakukan oleh seseorang yang kita kenal dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tempat kerja, shopping complex, dalam bas, mahupon dirumah sendiri.

Ok. Sari berita utama.

Bukanlah nak kata orang lelaki ni semua perangai jahat cam setan cam sume muka ada potensi jadi perogol. Eh takkk, ada raaamaiii lelaki yang baik. Tapi, masih ramai juga orang lelaki ni tak berapa peka (alert) dengan perkara-perkara yang membuatkan orang perempuan tak selesa.

Melalui pengalaman sendiri, aku ada banyak cerita nak kongsi. Yang ada antara cerita itu membuatkan aku jadi emo rasa geram nak tempik je kat muka korang, wahai lelaki.

Ini adalah pesanan tulus ikhlas dari apa yang aku benar-benar rasa, dan harapnya boleh dijadikan panduan dan tauladan buat semua kaum lelaki. Ngee~

Senario 1: Parking lot
- Kalo tengok ade perempuan tengah jalan sorang-sorang, boleh tak ko lelaki jangan ikut jalan belakang dia dekat-dekat?

- Pastu jangan nak usik-usik, siul-siul pastu sebok nak teman hantar dia pegi kat kereta bole tak?

Senario 2: Dalam bas awam
- Dah kalo korang tu satu geng, apehalnya korang nak duduk kerusi sorang satu? Bajet nak suh awek datang duk sebelah la? Apa korang ingat ni game 'mari lihat sape kena pilih?'

- Dah tu pulak, bila kerusi lain banyak lagi kosong, nape kusi kat sebelah aku ni jugak yang ko nak duduk???!!

- Bila satu-satunye tempat kosong yang ada tu kat sebelah ko, bole tak ko duduk betul2 sikit macam kusi ni bukan bapak ko yang punya, supaya aku taklah berapat-rapat ngan ko??

Senario 3: Kat bustop
- Sepuluh bijik lori yang lalu, 8 kali aku hampir diserang sakit jantung. kenapa orang bawak lori suka nak hon eh?

- Kenapa korang baik ati sangat nak tumpangkan bila aku sorang je yang ada kat bus stop ni? Aku kenal ko ke yang aku berani nak naik kete ngan ko? Pastu cam paksa-paksa plak. Orang dah cakap tanak tu, blah jela.

Senario 4: Tengah drive sensorang
- Ko nak main cucuk-cucuk pehal? Bila dah potong, slow plak dok depan. Ok faham, nak tunjuk kete power la kot.

Senario 5: Bawak motor pulak
- Bila kat lampu merah je, sebok nak tanya itu ini. Kalo tanye sikit-sikit takpe lagi, pastu ada yang ngengada nak ikut teman plak, menggangu konsentrasi btol.

- Yang naik kete pon, ada yang macam orang gayat, sengih-sengih, ikut rapat-rapat, lambai-lambai macam la aku tengah race dalam le tour de langkawi. Eh tu naik beskal.

Rasanya cukup la kot sampai senario ke 5 ni. Citer banyak-banyak nanti aku jadi emo pastu orang lelaki tambah sakit ati plak.
Cuma harapnya dorang dapat tangkap isu yang cuba aku sampaikan dan sekaligus, mempelajari 'moral of the story'. Hehe.

Aku cinta lelaki.
Peace No War!

2 comments:

  1. ni ha jawapan Jejaka Terhangat..

    jangan hanya salahkan lelaki..nafsu lelaki naik sebab ape? salah satunya sebab pompuan pakai seksi..so, 1stly pompuan sendiri kena jaga aurat, tutup mana yg wajib ditutup dulu..

    kebanyakan nafsu lelaki buan trigger on the spot, tapi sebab dah berkumpul2..bila nafsu dah memuncak, lelaki yg hidung belang ni akan pilih sape je utk jadikan mangsa. bertudung, tutup aurat, malah kanak2 pon bleh jadi mangsa..

    bayangkan kalo sume org pakai sopan, nafsu jahat lelaki hidung belang ni pon skurg2nya takde la naik mencanak dgn cepat..

    sebenarnya, lelaki adalah mangsa seksual pompuan..diorg pakai seksi utk ape, bukan utk naikkan nafsu lelaki ke? lelaki kena tahan gangguan seksual tu..susah kn?

    conclusionnya, kedua2 lelaki dan pompuan masing2 kena jaga adab, kesopanan dan kesusilaan..barula benda camni tak jadi..

    Sekian, salam hangat..

    ReplyDelete
  2. lelaki kena la blaja kawal nafsu. baru la benda camni takkan jadi kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails