Shopee

Monday, June 6, 2011

Never date a person who…

That’s the topic discussed on Hitz.fm this morning. I got to listen to only 1 caller before my radio went ‘out of signal’. Duh~

The caller said, “Never date a person who had been rejected by your mom”. Ok that obviously NO NEVER. Bak kata orang, hubungan takkan kekal kalau tak direstu orang tua. Kan kan?

Oh yeah, another one I heard, “Never date a person who never been on date and he’s 30. Haha yep, there must be something wrong. So don’t take any risk. Hehe.

And based on my own experience and observation, I would say, “Never date a person who…”

1. Had been dumped by his ex. – Be careful. There must be something that he’s done to make himself been dumped!

2. Says he likes you but hardly replies your SMS/Call. – Benci kan?

3. Had a crush with your friend before. – Owhh no way!!

4. Focus on his gadget more than talking to you. – Leave him to be alone with his gadget then!


5. Always forget the things you said. - Well, guys always like that. But unacceptable when it’s too much!

I surely have verrryy long list to share. But 5 are just enough ;)

Sunday, April 3, 2011

Biar Betik Bodoh Betul

Pernah tak anda buat atau terfikir sesuatu perkara yang bila diingat balik terasa seperti manusia paling bodoh sekali?
Ah tipu la kalo tak pernah. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan zaman kecik-kecik dulu yang sangat naif dan tulus. Kan kan?

Ok meh la aku bukak sket cerita yg sungguh membodohkan hatta memalukan diri sendiri ini.

1. Dulu, takde sape pon yang ajar aku guna komputer. Semuanya aku blaja sendiri. Masa kat skolah, bila cikgu tanya tau taip guna komputer ke tak, cepat-cepat aku jawab "tawu, cikgu" semata-mata sebab tanak nampak bangang. Disebabkan itu jugak, aku tetibe dilantik jadi pengarang  redaksi sekolah.

Lepas SPM, sementara tunggu result, aku dapat kerja jadi kerani. Ada satu hari tu, bos suruh taip surat dan dia suh siapkan hari tu jugak. Well, takde masalah. Aku pon taip la...da masuk 2 muka surat kot. Skali ntah camane, aku bole terdelete sume dan tau-tau aje apa yang aku taip tu sume da ilang. Gelabah tambah sakit hati sungguh tak terbayangkan. Dan aku...pegi la taip balik dari awal satu persatu. Bodohnye, aku tak tau pon kat dalam Ms Word ada button Undo.



2. Suatu hari masa umur aku dalam 7 tahun kot, pak busu ngan cousin datang uma bawak buah limau. Ntah ape pesen aku makan skali plak ngan bijik. Cousin aku yang tua dalam 2-3 taun tu cakap "Eh ko makan skali ngan bijik, nanti pokok limau tumbuh dalam perut".

Sebab takut kene marah, aku tak bagitau pon kat sesape. Dan beberapa malam aku tak bole tidur sebab risau kalo-kalo pokok limau dah mula tumbuh dalam perut.

3. Tak ingat masa umur berapa kejadian ni berlaku tapi yang aku ingat sangat, masa tu tengah tengok filem Terminator, scene atas katil mase Linda Hamilton nak 'ehem-ehem' ngan Arnold Sukatiapenakeja tu. Kakak aku tetibe ckp "Mana bole mengandung...tu pakai sluar jeans lagi". Aku plak pikir, "apesal plak tak bole...kan da kiss-kiss tu". Skarang ni bile tringat balik, baru la aku paham ape maksud akak aku tu...Hee korang paham tak?

Dah akak aku tu pon, takkan la nak tunjuk scene tu btol-btol kat tv kot... :D

Ok ni suma kisah masa blom akil baligh..hehe. Lepas da masuk umo 20, aku tak ingat mane-mane insiden yang membodohkan pernah berlaku. So rasanya memang tak pernah berlaku lagi. Heh hehh...yeke?

Monday, February 21, 2011

"Saya hidup susah, saya nak bantu keluarga"

Ni minggu kedua Mentor start ke udara.
Since my other family members want to watch it, so I ‘have to’ watch it too. Yeah but actually, I was more interested on watching videos in Youtube.

Cuma kalo ade part-part yang lawak je aku akan lari kedepan tv balik.

Time audition camni la pon yang ada banyak bende-bende klakar berlaku. Banyak insiden tak puas ati sebab rasa diri bagus, yang tahap perasantan tak hengat dunia padahal suara itik serati 1000 kali ganda lagi sedap dari dia.

Kadang-kadang kesian btol tengok spesies orang camni.

Ok, tak baik mengutuk.

Back to the point yang aku nak cakap sebenarnye.

Dalam 10 orang yg datang odisen, ada 8 orang kot yang akan datang dengan berkata:

“Tolong la bang, saya dari keluarga susah, saya ingin mengubah hidup kami”.

“Saya masuk ni demi untuk membuktikan kepada orang kampung yang selalu mengutuk saya, yang saya boleh berjaya.”

“Saya datang dari jauh, sanggup jual motor semata-mata untuk beli tiket bas datang sini.”


Or some sort like that.
Yang paling ramai bagi alasan nombor satu tu la.
Pastu bila kene reject, marah marah pastu nanges nanges nangessss!!

Ok, sekali dua tengok memang la kesian…masuk kali ketiga dan yang seterusnya, naik muak dah ni.

Apesal dorang ni sume ingat, dengan cara menjadi artis tu bole mengubah nasib keluarga ke??

Dengan menjadi artis, akan kaya cepat dan lebih berjaya ke??

Apsal tak kau carik keje elok-elok, keje baik-baik, dapat gaji bole jugak kasi duit bantu keluarga kan???

Apsal dulu kau tak belajar pandai-pandai, supaya dapat keje yang bagus-bagus pastu jadi orang yg berjaya???

Memang bunyik agak kejam, tapi please laa jangan selalu bagi alasan macam ni semata-mata nak capai hasrat menjadi glemer.
Lagipon, tak semestinye ko boleh ubah nasib keluarga dengan hanya menjadi artis OK!!!


Sunday, February 13, 2011

Aku dan Motor.

Setelah berkurun, barula skang nak sambung citer pasal Aku Perempuan dan Motor.

Skang ni bila bawak motor gi keje, aku da tak takut-takut lagi. Kalo dulu bodo-bodo je ikut kiri rapat-rapat, bawak slow tak lebih 80km/j, nak potong kete siput sedut kat depan pon takkan mungkin.
Tapi skang, purata kelajuan 95km/j, da tak main la dok tepi-tepi je, potong belah kanan pon da terer dah. Kalo mak rempit ajak racing pon da berani join kot. Hehe. Jangan memain!

Bila kat jalanraya., yang bawak kete memang pandang lekeh pandang kecik je kat motor, yang bawak lori ntah hape lah lagi. Baru la aku paham perasaan orang yg naik motor bila da jadik motorist ni. Huhu.

Sebenarnye kenderaan motor ni kan, memang sangat dekat ngan diri aku. Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, arwah atuk slalu bawak pusing taman tiap-tiap petang naik motor. Aktiviti wajibul ghunnah kot. Kalo gi jenjalan pon, motor atuk tu la yg jadi mesin penggeraknya. Arwah nenek dok belakang, aku plak dok depan dalam bakul. Dapat aku bayangkan camane la rupanya.

Ada satu kejadian yang masih lagi meninggalkan kesan sampai arini, ialah di suatu petang yang hening tu, lepas mandi aku penah cuba-cuba panjat motor konon-konon nak bawak. Tapi tak sangka pulak, ekzos panas yang terkena peha. Meraung kuat-kuat la sakannya. Sampai skang ada lagi tinggal sikit parut lecur kat peha ni. Isk isk.

Masa sekolah rendah pulak, Angah ngan Along akan sama-sama bergilir hantar aku gi skolah. Seronok rasa bila terkenangkan zaman tu. Masing-masing pakai moto yg ade tank besar kat dpn tu, bangga siot dapat naik moto besar. Hehe.
Ini la motor Angah.

Ada jugak satu kejadian berlaku disuatu petang yang hening. Masa tu ronda-ronda pusing kampung, Angah bagi can kat aku pegang handle. Aku pon terus je tak lepas peluang, sambil berangan konon-konon sendiri yg bawak moto. Pastu ntah camana tak pasal-pasal aku gi press minyak plak. Terus je motor terpecut tapi sib baik tak terbabas. Namun malangnya kejadian itu telah mengakibatkan seekor anak ayam mati dilanggar. Innalillah...ayam sapaa la tu.

Kiranya, motor ni bukanlah asing dalam hidup aku. Dari kecik wat da naik motor, so skang ni bila diri sendiri plak yg da bawak motor, takde rasa janggal lagi.
Apakata untuk kurangkan masalah kesesakan jalanraya yang semakin meruncing, kita pakat naik motor ramai-ramai nak?

ps: Next, nak pakai motor besar cam CBR plak. Ngee~

Amacam, cara tak?

Sunday, January 16, 2011

AJL25: Pesen

Kan dorang da banyak kali cakap, tak payah lagi nak komplen² pasal pemenang tu. Keputusan dari juri professional memang MUKTAMAD. Sebarang unsur² ketidakpuasan hati, tidak akan dilayan sama sekali.

Samada ko suke ke tak, terima je la ok.

Masa siaran langsung tu, aku tak tengok pon tv. Sebab masa tu tengah bercuti-citun. Esoknya baru tau pemenangnye adalah si Ana Raffali. Huh whatt?? dengan aksi terkejut beruk, aku semacam tak percaya. Tapi ah, lantak la. Ape kait pon ngan aku. Hee.

Malam semalam, baru la ade peluang tengok dari mula sampai habis kat tonton.com.my. Bole laa. Takde la legging lagging sangat. Cuma bila di bukak full screen, gamba pecah2. Argh sungguh tak syok! Tapi dengan semangat nak menengok, ku gagahkan jugak mem'blur'kan mata.

Secara konklusi, hmm bagi aku, semua lagu² yang bertanding ade ke'sedap'an tersendiri. Tapi satu yg pasti, aku sket pon tak minat ngan suara si juara. Ngee sori!
Pasal lagu, takde ape yang nak dingomel. Tapi bole tak aku nak berulas-ulasan pasal.......FESYEN!!!
Ye pesen, kata orang tua.

Sebelum dimulakan dengan artis pertama, aku nak bgtau yang aku sangat suka ngan baju Cheryl. Simple but pretty.

Ok 1st- Yuna.
Orange itu kaler yang garang dan selalunye sangat mampu menyakitkan mata. Tapi baju kain licin yang Yuna pakai ni memang menarik. Design ropol2 kat kain bahagian depan, dan jugak bahagian atas kat bahu tu pon sangat unik. Tambah2 lagi, emas-emas bergemerlapan di tangan sebelah kiri itu. 
Unik, menarik, tertarik.

Nampak strap kasut tu je pon da bole tau, kasut tu cantik. Hehe.

2nd, Tomok.
Aku memang suka lelaki yang dressing style rock camni.
Baju biru sangat menyerlah dikalangan hitam. Design butang2 yang menarik berpadanan dengan suar fit itam berperinci di bahagian tepi. Style!!
Rambut, masih boleh diterima.

3rd, A.P.I
Kan aku da bgtau tadi, aku suka lelaki yang style rock camni.
So yang ni, tak banyak komen.
Pass!

4th, Shahir.
Dari atas ke bawah, dari ujung rambut ke ujung kaki, sikit pon takde yg aku suka.
Lebih2 lagi melihat seluar itu dari pandangan hadapan. Yeww~

5th, Black & MUH.
Baju black tu macam da penah tengok seblom ni. So aku rasa...boring!
Da la nampak cam besar. 

6th, Hafiz.
Baju kaler merah dengan selendang style Hermantino ni pon aku rasa Hafiz da penah pakai. Apehal soo lame dorang nih??
Then, dia tuka baju ni plak.
Fuh sib baik ade kelainan sket. 
Baju ni bila close-up, nampak perincian design yang sungguh class!
Tapi Hafiz cam tak bape sesuai plak pakai baju smart camni. Mungkin sebab rambut tu. Ish pleassssee la ubah.

7th, Ana Raffali.
Baju kurung fesyen berhari raya ni takde banyak masalah. Bole la diterima mata memandang.
Tapi bila dia tukar baju ni...
Merahnya mak ngah!!
Pastu tak rasa macam pakai karung guni ke? Besar semacam! Hadoiii rimas tengok!

8th, Faizal Tahir.
Jaket kaler gold ni pon macam da penah tengok dia pakai.
Adoihh bosan bosan bosan!!

Pak Ajis Satar?
Bajunye? Hmmm...
Tapi dey all, sungguh sweeet!
*Eh tetiba plak*

9th, Adira.
Comel comel comel! i like ropol2 di kaki. Macam princess.
Tapi kalo reben kat bahu tu dibuang, mesti nampak lebih elok.

Kesepuluh, BunkFace. 
Apa nak komen? Biasa je.

Sebelas, Black lagi.
Ok, smart. Konon2 putih suci dalam gebu gitu.
Tapi, soriii. i tak minat. Ngeee.

Doblas, Faizal Tahir sekali lagi.
Dengan jaket itam, spek mata itam, style rambut sama. Ahhh bosan bosan bosan!!!

3 belas, Stacy
i loikeeee the color! 
Walaupon lengan sebelah tu agak terlalu besar dan nampak sedikit serabut, tapi style yang ala-ala Chun Li ni memang menarik. Lain dari yg lain. Hmm rasa nak tempah baju camni la time raya cina.

4 belas, Hujan.
Rambut Noh, ade kelainan. Suka!
Dressing tema hitam merah. Ok bole suka jugak, walaupon biasa je. Hee.

Adehh penat plak nak mengomen pasal fesyen finalis ni. Banyak tu.
Takyah la continue pasal baju merah kak pah, ataupon muka dagu mulut pipi yang menonjol semacam itu.
Baju itam elegan kak Ziana dan baju biru etnik Tok Ti pon takde pape nak komen sangat. Overall, cantik menarik de bomm!

Sekian.

*Pictures taken from http://ajl25.tv3.com.my/
Related Posts with Thumbnails