Free counter and web stats

Monday, October 5, 2009

5hb Oktober

Ok. Had enough talk about Blog and People.

Now, talk about me and my life.

********

Hari ni 5hb Oktober. Semalam dan esok membawa dua cerita yang berbeza.

Semalam merupakan tarikh kematian arwah kakakku. Sudah 6 tahun arwah pergi meninggalkan kami. Kehilangan yang amat sukar untuk diterima, malah sehingga ke hari ini ingatan terhadap arwah tidak pernah pudar. Namun sebagai umat-Nya, kami redha dan memohon agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang berbahagia.

Dan esok pula adalah tarikh lahir kakakku yang pertama. Dia juga secara tidak rasminya telah meninggalkan kami, cuma tak pasti sampai bila. Adakah sementara atau selamanya? Mungkin diketika ini dia merasakan itulah jalan terbaik untuk dia membina kehidupan yang lebih sempurna bersama keluarganya. Jauh dari pengetahuan emak dan jauh dari gangguan kami adik beradik. Walaupun terasa ralat, kami tetap juga mengharapkan agar dia berbahagia.

Hari ini.
Seawal pagi aku memulakan hari dengan membawa emak melawat pusara arwah kakak. Sayu hati kulihat emak yang masih tersedu ketika membaca Yaasin. Kadangkala terdetik didalam hati alangkah elok kiranya aku dapat menggantikan tempat kakak. Bukan cemburu, tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu lagi memikirkan hal duniawi yang penuh onak duri.

Al-Fatihah...

2 comments:

  1. kadang2 kesedihan itu mengajar kita erti memahami dan mengetahui isi hati..

    ReplyDelete
  2. kesedihan juga mengajar erti ketabahan dan keredhaan..huu~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails