Free counter and web stats

Saturday, October 3, 2009

Dia, Mereka dan Blog

Lagi cerita pasal blog.

Macam2 cerita yg org kongsi dalam blog. Pasal keluarga, kerja, cinta, kawan2, macam2 pasal lagi. Aku slalunya baca blog org yg aku kenal je. Kadang2 ada juga baca blog selebriti.

Persoalannya-- adakah apa yg ditulis dalam blog itu perkara yg benar? Adakah semua org menulis dengan tulus? Sebelum ni, aku sikit pon tak pernah terfikir psl soalan ni. Selalunya aku percaya je apa yang mereka tulis. Sebab aku percaya yg selalunya dikongsi memang pengalaman mereka sendiri. Aku percaya apa yg ditulis adalah apa yg mereka benar2 rasa, apa yg mereka benar2 alami. Aku asek percaya.

Jadi apa yg membuatkan soalan begini muncul dibenak aku secara tidak semena-mena? (ceh ayat skema).
Sebabnya...aku ada baca satu blog org yg aku kenal. Memang kenal sgt. Senang cerita, ada talian persaudaraan.
Selama aku baca blog dia, memang dia slalu cerita pasal hal famili. Pasal famili dia jugak. Citer pasal aku pon ada. Yang kadang2 bende mengaibkan pon dia cerita. Walaupon aku rasa agak tak puas ati, tapi aku biarkan je. Sbb aku fikir org2 yg baca tu pon bukannya kenal dia, aku, hatta famili kitorg skalipon. So aku tak amek pot.

Tapi skarang aku nak amek pot sket.
Bila dia slalu crita kisah yg sedeh2, aku kesian jugak. Aku tau hidop dia tak seindah biasa. Tak macam lagu Siti Nurhaliza tu. Tapi kan sume orang ada masalah. Aku pon sama. Itu dah lumrah manusia. Masalah dia pon sebenarnya masih lagi tidak mencapai tahap menggugat keamanan negara.

Tapi bukan itu yang aku nak amek pot sbenanya. Memandangkan aku tak layak nak bgi nasihat atau motivasi utk dia, so biarlah dia sendiri menanganinya. Mungkin dgn berkongsi dlm blog, sedikit sebanyak kurang sket beban yg dia rasa. Aku faham tu.

Cuma yg aku tak setuju, makin lama makin dia buat orang rasa hidop dia makin kesian. Tapi mungkin dia mmg nak mintak camtu. So biarla kan. Tapi yg aku nak bangkang sekeras2 nya, dia buat org fikir diri dia selalu dianiaya. Dah tu seolah2 famili dia plak yang aniaya diri dia. Ini yg aku gerammmm je! Ikutkan hati, nak je aku anta komen kat situ, dan bgtau sume org apa sbenanya yg berlaku.

Ish sabar jelaa...

Tapi aku tetap rasa geram! Aku rasa dia sungguh hipokrit! Hipokrit!!! Buat org rasa simpati macam diri sendiri tak bersalah sedikit pon. Padahal....aih sabar je lagi.

Jgn la asek mencari kesalahan org lain...tapi kalo dia memang tak nampak kesalahan diri sendri, itu yg paling sedey. Kesian...

Ini da dikira mengumpat...ah tapi aku tetap gak tak puas ati.

Tak puas ati sebab aku tau apa yg dia kata tu bukan perkara sebenar yang berlaku. Melibatkan famili plak tu. Kalo aku tak kenal dia dan tak tau kisah yg sebenar, ada aku kesah? Sama macam aku baca kisah2 org yg aku tak kenal. Kalo dorg buat2 cerita pon, aku tak tau, aku tak kesah dan aku takkan ada rasa tak puas ati camni.

Aku cuma harap...baik atau buruk sesuatu perkara tu, biarlah bercerita dgn jujur. Jujur, Amanah, Tabligh, Fatonah. Bukan dgn niat utk memburukkan org lain ataupon menagih simpati tak tentu hala. Mungkin niat asal hanya untuk meluahkan rasa hati, tapi fikirla jugak perasaan dan sensitiviti org lain ya.

*Pesanan khidmat masyarakat untuk aku, dia dan mereka2 yg suka berblogging.

Dengan tulus ikhlas, Maaf Zahir Batin.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails