Sbenanye dah berbulan2 aku tak buat pape. Tak buat pape maksudnya duk uma sepanjang hari kecuali membuat aktiviti tido makan dan makan tido dan juga aktiviti2 yang sewaktu dengannya. Tiadalah jua aktiviti2 yang mendatangkan hasil berupa wang ringgit.
Jadi, secara hormatnya aku dipanggil penganggur. Walaupun panggilan itu hormat, tapi jgn panggil aku camtu sebab aku tak suke. Adakah kerana aku sukar untuk menerima hakikat bahawa itu adalah kenyataan? Sukati aku la.
Baru-baru ni aku gi satu bank sbb nak bukak akaun. (Tak payah la bagitau bank apa kan...Promote pon bukan dapat duit.) Prosedur biasa-- isi borang la. Bila syok dok isi, ada pulak column Occupation. Aku pikir2 nak letak apa ni eh..takkan nak tulis unemployed. Wat malu nih...so disebabkan nak jaga air muka, jaga standard, kontrol cun dan sebagainya, aku pon dgn slumbernye letak je post yang aku pegang dlm 2 tahun lepas...siap dgn nama employer skali. Takpe la kot, sbb dorang tak tanya pape pon. Dengan jayanya aku tak kantoi. Agaknya kalo aku letak Manager pon takpe.
Cam syiokk je dok uma lepak2 kan? Aku pon rasa camtu. Kadang2 aku rasa macam waktu cuti sekolah dulu. Time tu ari2 macam ni la. Kadang2 gi kuar jalan2. Kadang2 gi uma kawan sembang2. Pastu gi surau ada kenduri la gi mengaji la. Sungguh aman. Cuma bezanya skang aku bukan budak2 lagi...
Aku tau aku tak bole trus camni. Jiran2 yang slalu nampak aku pon da naik pelik kot apasal aku cuti lama sgt? Skang ni famili pon da start tanya lepas ni nak buat apa? Apa plan? Nak keje kat mane? Nak bukak bisnes ke? Hah bisnes? Stakat jual apam balik bole laa.
Aku rasa mak pon da boring tengok aku kat uma ni asek dok mengadap laptop je. Buang karan. Kalo tak dok uma, aku keluar...itupon takde hasil jugak.
So aku kena la cepat2 buat sesuatu yang bole membantu menjana ekonomi negara. Dan bole membantu orang lain untuk berhenti risaukan aku...
Sementara itu, kutujukan lagu Aku Penganggur dari Sudirman buat diriku sendiri. Layannn...
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
...........
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment