Shopee

Friday, October 2, 2009

Kita dan Blog

Aku masih lagi nak bercakap tentang bab tulis-menulis. Topik penulisan. Tatabahasa. Kaedah membina ayat. Kata tunggal. Kata berimbuhan. Ayat pasif. Ayat aktif. - Eh bukan yg kompleks macam ni..

Walaupon orang kata org Malaysia malas membaca, tidak menjadikan “Tabiat membaca amalan mulia”. Tapi setiap hari kita mesti ada membaca. Baca suratkhabar, baca translation masa tengok tv, baca signboard..- kira bole la tu.

Cuma kita sume mungkin kurang membaca bahan2 ilmiah. Sama la aku. Kalo buku2 motivasi, kadang2 amek berbulan baru abes. Tapi kalo novel atau buku2 cerita, skejap je da abes. Aku kalo baca mastika, dlm 2 jam je da bole abes baca suma page. Tapi itu kira bagus gak kan, sbb mastika tu ada ilmiah jugak.

Camane kita nak tarik minat org utk membaca?
Sume org akan baca topik yg dorg suka. Perkara yg dorg nak tau mesti dorg akan baca. Susunan ayat, penggunaan perkataan - inipon penting utk tarik minat org membaca. Cuma bgi aku yg bukan professional writer, mungkin hal ni tak perlu aku pikirkan sangat. Takkanku biarkan ia menggangu-gugat keamanan otakku. Aku hanya menulis ikut kata hati.

Cerita pasal blog.

Dah banyak blog yg aku baca. Ada yg best, ada yg biasa2 je. Pembaca macam kita pon tentu tau mengkategorikan stiap blog yg dibaca. Kalo yg best bagi aku- penulis yg bercerita dgn slumber. Guna ayat2 simple, slanga pasar, perkataan2 yg biasa kita gunakan seharian. Kelakar, marah, benci, suka – sumanya dismpaikan dgn straight forward. Kadang2 bila baca, terasa mcm tgh dgr sendri dorg bercerita. Itu yg best.

Ada blog yg guna ayat berbunga2 mcm tulis novel.
Contohnya:

Waktu kini sudah pon hampir kesepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan mataku. Tubuh kurasakan begitu dingin, sedingin angin diluar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Ayat sepoi2 bahasa ni takleh tinggal ek...hehe.

Selalunye kalo blog yg ayat camni, ada unsur2 syahdu sket. Tapi kadang2 aku suka gak baca cerita2 yg camni...ikut mood la. Sekali skala dgr kisah duka org lain.

Aku penah gak terfikir nak guna ayat2 camni bila tulis blog. Tapi aku sedar hakikatnya aku mmg tak cukup berbunga. So ayat2 yg aku bina tu akhirnya akan berbunyik hampeh sahaja.
Papepon aku slowly nk tuka style jadi lebih skema sket. Haha!

Tak kesahla macamana cara sekalipon tulis blog, asalkan kita puas hati. Asalkan hati kita hepi.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails