Masa tengah lepak pepagi, terkejut aku tetiba mak tanya “Apa bende yang hitam2 ni?”. Pastu aku tengok lantai kat ruang tamu kotor semacam. Cam bekas kaki cencorot mencakar pon ade. Skali kitorang nampak ade 2-3 bende hitam tengah mengembek-ngembek (mcm kambeng plak ek) berpeleseran kat atas lantai. Ya Allah!!! Bulu roma aku trus naik dan secara otometik aku pon melompat cam kene sawan. Eyakk!! Aku amat menyampah dan sangat geli geleman terhadap golongan ini! Kalo tengok lelama maunya aku tak makan nasi sebulan. Maka dengan ini, sah la anak kucing yang kat atas bumbung ni sudah arwah jadinya…
Baru je 3 ari lepas mak kucing tu bawak turun 2 ekor anak dia dan letak kat belakang dapur. Setelah dengan jayanya dia melahirkan anak-anaknya itu kat atas bumbung depan rumah lebih kurang 2 minggu lepas. Dan sepanjang masa tu, kitorang tahan telinga je dengar bunyik meow meow di pagi petang siang malam. Nak halau pon tak bole sebab dorang menyorok kat atas siling. Lagipon sape plak nak panjat bumbung kan. Kalo kecik2 dulu bole la buat aksi stunt panjat memanjat ni. So nak tak nak, biarkan jelaa.
Bila mak kucing bawak turun aritu, bole plak dia tinggalkan sekor kat blakang uma. Yang lg sekor tak tau dia bwk gi mana. Lama dia tinggalkan sampai sian si itam tu jatuh longkang sambil terus memekak meow meow. Ni da mcm kes buang bayi. Mak aku (bukan mak kucing) tolong keluarkan si itam kuar longkang dan aku pon dengan penuh rasa simpati letakkan dia dalam kotak. Lepas siap mandikan skali. Mak aku tolong cari mak dia tapi smpai petang pon bayang mak dia tak nmpak. Mesti la si itam ni lapar nak menyusu ye tak. Aku pon siap bancuh susu pakai susu pekat F&N (mane ade susu lain) dan suapkan lagi pakai picagari tapi dia plak eksen tanak minum.
Sebabkan tanak si itam ni mati kelaparan, akhirnya kitorang bagi si itam kat mak kucing lain yang nenennya masih melayut kerana masih mengandungi susu setelah beranak lebih sebulan lalu. (oh ayat!) Nasib baik mak kucing yang sekor ni lembut hati dan tolong bawak si itam gi stor jiran sebelah untuk dibagi nenen. Terharu aku. Kucing pon tau makna kasih sayang…
Tup tup malam tu kitorang dengar lagi bunyik kucing atas siling. Nampaknya mak si itam bawak lagi anak-anak dia dok dalam tu. Aku yakin si itam pon dia da amek sbb masa petang aku tengok dlm stor si itam da takde. Aku tak tau apa masalah mak dia ni. Kenapa perlu dok dlm tu? Malah kebangangannya yang tahap melampau ini bole membuatkan anak-anak dia mati kepanasan dan kelemasan. Dan aku suspek dia selalu tinggalkan anak dia. So bole jadi jugak mati kelaparan.
Akhirnya betul jugak. Sedih aku terkenangkan si itam…yang masih kecil, bulat dan comel. Kesian dia dapat seorang mak yang kejam dan bodoh sebegitu.
Bau busuk semakin menular ke rongga hidung…dan aku pulak sekejap2 kena pegi tengok kat atas lantai kot-kot ade lagi yang jatuh. Memang ada! Semakin banyak!! Dan walaupon rasa geli geleman yang amat dahsyat, nak tak nak aku terpaksa gak gi sapu ke longkang. Terasa seperti bende lembik itu merayap-rayap di kepala, di kaki, di tangan dan setiap anggota badan. Bila aku kene gi sapu, rasa nak nanges pon ada!
Damn! Damn! Damn!!!
**Cuba type ‘Maggots’ kat Google images, then tengok ada banyak gamba yang menaikkan bulu roma, menyentap ulu hati dan meloyakan tekak. Eeeeee!!!
kam9
ReplyDeletegilo gapo budok nih!
ReplyDelete