Hari ni banyak buat aktiviti membakar kalori.
Mula-mula gi sauna.
Pehh, memang panas gila. Tapi tak plak sepanas masa mula-mula cuba aritu. Aritu, tak sampai 5 menet pon da tak tahan. Muka rasa cam nak terbakar je, da tutup ngan towel pon tak bole tahan gak. Tapi arini, dapat la stay sampai 15 minit. (ceh, ingatkan smpai stengah jam.) Hehe.
Pastu, pegi steam pulak.
Takde la panas sangat, tapi rasa tak bole bernafas bila sekeliling da penuh ngan asap. Memang kene tutup muka ngan towel gak. Kalo tak, memang rasa lemas cam nak pengsan.
Akhirnya, dapat la bertahan dalam stengah jam. Hee~
Pastu, ingatkan nak pegi gym, tapi tak jadi. Terus pegi swimming.
Nasib baik cuaca tak panas, redup-redup je gitu. So memang sangat syok bila swim. Tambah-tambah lagi bila tak ramai orang. Ade 3 orang je kot. Rasa swimming pool itu macam ana yang punya.
Setelah lebih kurang stengah jam, aktiviti berenang pon tamat. Sebab, titik-titik ujan da mula turun. Tapi sebab utama, memang tak cukup stamina pon nak brenang lama-lama. Ngee.
Lepas tu, mandi air panas dalam bath tub. Arini lebih lama berbanding biasa. Soo relaxing!
Kadang-kadang pernah terfikir, elok ke tak kalo hari-hari mandi air panas? Kulit tak rosak ke? Kalo mandi sauna tu, kulit tak jadi hitam ke? Sampai skarang blom dapat jawapan. Tapi setakat ni belom pernah lagi la dengar kalau bersauna kulit jadi hitam tu. (Hehe). Selalu dengar pasal kebaikan bersauna, steam dan mandi air panas ni. So rasanya, takde apape effect la kot kan?
Nak tau kebaikan dan khasiat bersauna? Meh cik cleoputri kongsi sket ye ;-)
1. Kulit merasa lebih segar, halus, licin dan menawan. - ni bila da buat slalu la ok.
2. Pembakaran lemak boleh mengurangkan berat badan. - btol btol! akan terasa sedikit gatal-gatal bila lemak itu dibakar. lebih baik, timbang berat sebelum dan selepas bersauna. nanti tengok ada beza tak?
3. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury. - err...maksud yang ni, sauna tu memang bagus la. hehe.
4. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll. - kalo badan rasa letih pon, memang elok mandi air panas. tidur anda pasti nyenyak!
5. Meningkatkan sistem kardiovascular - kardiovaskular itu adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain berfungsi dengan berkesan. Tiga bahagian utama sistem kardiovaskular ialah jantung, darah dan pembuluh darah.
6. Menghilangkan tekanan dan perehatan otot - kalau rasa stress, jangan tensen-tensen. pegi mandi sauna.
7. Melancarkan peredaran darah - bagus la tu kan?
8. Meningkatkan sistem immunisasi badan - haa tengok, antibodi pon jadi kuat.
9. Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki - err...yang ni kena bgtau orang lelaki.
10. Meningkatkan tahap metabolisma - ah malas la nak fahamkan, yang penting kita tau yang ni memang bagus sudahh.
Info:
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Mari amalkan hidup sihat.
Badan cergas, minda cerdas! (ini bukan iklan susu)
cik cleoputri yang rambut panjang tu tau. :D
*This info was taken from here.
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment