Shopee

Saturday, August 7, 2010

Masa dan Emas, mana lebih bernilai?

Eyaahoo!! Hujung minggu sudah menjelmaaa!
Sangat seronok. Akhirnya dapat relaks-relakskan otak setelah seminggu penat ber-training.
(Hmm...tak tau lah apa yang penatnya.)

Tadi, lepas maghrib terus tidur. Tanpa mandi, tanpa makan, basuh muka pon tidak. Dan tiba-tiba terjaga dalam pkol  11 sebab telefon berbunyik. (Kring! Kring!! Telefon...telefon berbunyi...telefon, kami datang...telefon...telefon berbunyi...ada haiwan dalam bahaya...apa aku merepek ni?)
Lepas tu, terus bangun, mandi, kuar supper. Dan sekarang, mata masih celik sebab blom rasa ngantuk lagi.

Itulah yang selalunya akan jadi bila balik rumah terus nak tidur. Kadang-kadang, tidur terus tak sedar sampai la esok paginya. Ini tak patut. Sangat tak patut dan memang tak patut. Masa yang sepatutnya digunakan untuk buat aktiviti yang lebih berfaedah terbuang begitu saja. (Memang aku rasa seperti sudah kehilangan 10 tan emas 925 tulen).

Ingat, masa itu EMAS. Dan hidup ini bukannya lama.
Jadi sebaik-baiknya, kita gunakan masa dan kesempatan yang ada ini dengan melakukan sesuatu perkara yang lebih baik supaya kita mendapat keberkatan.

"Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit, tetapi MASA juga ada berkatnya. Iaitu masa yang dimanfaatkan sepenuhnya bukan di isi dengan perkara yang sia-sia."




p/s: Mak oii, kelabu asap mata kalo tengok emas banyak camni.

2 comments:

  1. masa = emas so sama jer la nilai nyer kot.... he he....

    ReplyDelete
  2. kalo masa bole gadai, mesti kita sume da jdi kaya kan? :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails