6:00 am - Alarm bebunyik. Golek-golek atas katil selama 10 minit, baru bangun.
6:10 am - Prepare hot bath. Ngehh...mesti la kena gunakan kesempatan sebaik mungkin. Kat uma nanti dah tak dpt rasa dok dalam bath tub. Hehe.
6:45 am - Bersiap-siap sampai rasa diri dah cun macam Siti Nurhaliza. Pastu main internet jap.
7:45 am - Turun bawah untuk breakfast. Tidak lupa juga untuk bangun beberapa kali untuk amek menu-menu yang berlainan.
8:15 am - Bergerak ke training centre di Subang Hi-Tech.
8:45 am - Tiba di
9:00 am - Bersedia duduk atas kerusi dan bermulalah aktiviti-aktiviti yang mencabar. Seperti:
1. Tengok muka trainer
2. Buat-buat fokus dengan apa yang diajar
3. Tutup mulut beberapa kali sebab nak cover menguap
4. Bulatkan mata besar-besar untuk kasi tahan ngantuk
5. Skejap-kejap bangun gi toilet
6. Curik masa 2-3 minit enjoy mocha kat pantry
7. Tengok jam setiap 10 minit sambil mencongak time nak balik.
6:00 pm - Yahoo!!! Da boleh balik. (Tapi itupon kalo trainer tak drag lagi stengah jam.)
6:45 pm - Sampai bilik. Mandi.
7:00 pm - Bermula aktiviti bebas. Eh tapi bukan melibatkan pergaulan bebas yang tidak terkawal ok.
Antara kebarangkalian aktiviti bebas adalah:
1. Tido (sorang diri)
2. Pegi gym walaupon sekadar berlari dengan berkaki ayam.
3. Mandi wap/Steam/Sauna
4. Berenang-renang ke tepian
5. Gi kuar makan
6. Lepak2 borak2
7. Study (kononnya.) eh tak, memang serius study.
8. Mengadap Mini smpai pkol 1 am.
12:00/1:00/1:++ am - Tido puas-puas sehingga mengulangi aktiviti yang sama semula.
Bila pikir-pikir balik, memang penat la aktiviti ni. Badan rasa macam letih je. Mungkin jugak sebab otak ni dah lama tak terima input yang besar. Apatah lagi terpaksa di proses dalam masa yang singkat.
Walaubagaimanapon, sangat seronok dengan training ni. Seronok dapat jumpa kawan-kawan baru. Seronok dapat belajar benda baru. Seronok dapat tengok tempat kerja baru. Seronok join company baru. Dan tema company ni pon, memang sentiasa 'fun'.
Ok sudah.
Sekarang, terpaksa berhenti untuk sambung study sebab esok ada test. Kalo tak lulus test ni, maknanya 'Hi hi bye bye' la. So tak bole main-main!
p/s: Kepada peserta2 peraduan Ada Apa Dengan Nama, terima kasih sekali lagi sebab sudi join. Semua entry saya dah baca, cuma ada yang tak sempat nak tinggalkan komen lagi. Nanti free, saya akan sambung, Tungguuuu~
0 love notes by lovable lovers:
Post a Comment