Free counter and web stats

Sunday, August 1, 2010

Kawan biar Beribu

Today is Friendship day?
OMG! How could I've forgotten bout that?

Kalau dulu masa sekolah, mesti kita akan buat kad spesel untuk kawan-kawan.
Kalaupon bukan kad, mesti sekeping nota kecil yang diletakkan di bawah meja, ataupun dalam buku. Dalam nota itu, terkandung kata-kata yang sangat sweet - "Friendship Forever", "F.R.A.N.C.E" "You're my wonderful friend". etc.

Dan ada masanya bila terlebih rajin, kita buatkan hadiah istimewa. Gelang tali, bunga kertas, burung undan, sebotol bintang berwarna-warni, semuanya bukan asing lagi.
Dan bila ada terlebih duit, kita belikan pula hadiah.
Betapa sayangnya kita pada seseorang yang dipanggil kawan.

Namun semakin kita menginjak dewasa, kita semakin terpisah dengan hala hidup yang berbeza. Kau ke sana dan aku ke sini. Mengejar impian, cita-cita melalui arah yang tak sama.

Walaupon mungkin kita jauh dimata, walaupon kepentingan kita tak lagi serupa, namun teknologi tak pernah memutuskan kita. Ia hanya bergantung pada kau dan aku untuk menggunakan sebaik-baiknya. Tapi aku percaya, jauh disudut hati, kita tetap saling menyanyangi dan mengasihi.

Kepada semua kawan, sahabat dan teman yang pernah sama-sama mengharungi kisah suka duka dalam hidup ini, korang takkan pernah dilupai. Semoga korang gembira dan berbahagia sentiasa. Aku sayang korang selalu.


p/s: Bestnya bila dpt kuar lepak minum teh tarik dgn kawan-kawan.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails