Perempuan 1
- Yang jaga kaunter tu korang panggil ape? Customer Service la kot.
- Seorang perempuan muslim yang memakai tudung.
Perempuan 2
- Pelanggan yang datang nak bayar bil.
- Juga wanita muslim, tapi tiada tudung.
Apabila tiba giliran Perempuan 2, dia pon terus duduk di kerusi dan menyerahkan bil-bil yang nak dibayar.
Maka, bermulalah satu perbualan.
Perempuan 2: Eh dik, ko pakai quitek eh? (Sambil menjeling-jeling ke arah kuku Perempuan 1)
*quitek = nail colour.
Perempuan 1: err...a'ah. nape eh?
*kaler kwitek dia merah jambu cair je pon.
Perempuan 2: kau tu pakai tudung, orang lain tengok tak elok la.
Perempuan 1: hmmm...yela.
*malas nak layan la kot.
Tirai pon dilabuhkan. Sekejap je babak 1 da tamat.
Soalannya:
1. Apakah disebabkan Perempuan 1 itu memakai tudung, maka dia tak boleh pakai nail colour? (Sila andaikan bahawa masa tu bulan dia tengah mengambang).
2. Apakah sekiranya seseorang perempuan Muslim itu tidak memakai tudung, maka dia tidak akan dipandang serong jika melakukan perkara-perkara yang dianggap salah?
3. Adakah Perempuan 2 itu merasa dirinya berhak menegur kerana dia sedang duduk di atas kerusi pelanggan? Yelakan, 'customer is always right'
4. Antara pakai nail-colour dan tak pakai tudung, mane satu yang berdosa sebenarnye?
Renung-renungkan dan selamat beramal. Ngehh :D
p/s: quitek, kweetex, kuwitek. oh camane nak eja pekataan ini? dan apakah asal usulnya?
haa tu lah pasal kan? perempuan tu pun mcm lawh betul sgt :)
ReplyDeletea'ah..pastu sesukati dia je nak sound org. appara.
ReplyDelete