Shopee

Sunday, July 25, 2010

JANGAN LUPA MINTAK RESIT TAU!

Harga gula naik, ramai orang merungut.
Bila harga tol naik, lagi la ramai yang rasa nak mengamuk.

Apa yang kita boleh buat untuk elakkan harga tol naik?
Mungkin, guna public transport. Naik bas atau tren. Tapi, semua orang nak cepat sebab tu lebih suka drive sendiri. Kalo ada motor, senang la takyah cerita.

Apa sebenarnya yang membuatkan harga tol naik?

Apakah harga yang pengguna tol bayar setiap hari tak mampu untuk menanggung kos-kos penyelenggaraan? Kalau ikut perkiraan aku (yang mengikut sistem hantam sajalah), sepatutnye pihak syarikat Tol sudahpun mampu dapat pulangan modal pembinaan tak lebih dari 3 tahun.

Tapi disebabkan majoriti syarikat tol mengalami kerugian, harga tol perlu dinaikkan dan pengguna pula yang terpaksa menanggung beban. Malah, kerajaan Malaysia juga terpaksa membantu dengan memberi lebih subsidi kepada syarikat-syarikat tol ini.

Melalui email yang aku terima baru-baru ni, agak mengejutkan bila ada segelintir ‘toll-gate girl’, eh lelaki pon ada, yang cuba mencari rezeki lebih dengan cara ‘mencuri’ duit pengguna. Dan aktiviti mereka-mereka ini bukan saja membuatkan syarikat tol kerugian, malah memberi impak kepada kita sebagai pengguna.

Apa yang mereka-mereka ini buat?

Ok, kadar tol adalah berbeza mengikut kelas kenderaan, bukan kelas pemandu (eh apa kellasss).

Kelas 0 - Motor


Kelas 1 – Kereta


Kelas 2 – Van


Kelas 3 – Lori


Kelas 4 – Teksi


Kelas 5 - Bas


Kelas 0, memang free. (Mat rempit: Weehoo!)
Kelas 4, adalah yang paling murah. Dan selalunya separuh harga dari kereta.
Kelas 3, yang paling mahal iaitu dua kali ganda dari kereta.

Dengan kadar harga kelas kenderaan inilah yang digunakan oleh sesetengah tol operator untuk menipu.


Bagaimana?

Contohnya: Bila kita bawak kereta, dah tentu kadar tol kita akan ikut Kelas 1. Dan katakanlah, harga tol tu adalah RM 2.20. Tapi kalau tol operator tu tak jujur, dia akan tekan Kelas 4, yang mana Kelas 4 harganya ialah RM1.10.

RM2.20 - RM1.10 = RM1.10. Jadi, beza duit itu akan masuk poket dia.

Kalau sehari buat 100 kali, dah dapat RM110.00
Kalau sebulan, dah berapa ye? Lebih RM2000.

Itu belum kira kalo yang pemandu lori pulak yang kena. Wahh pakcik kayo!

Dan bayangkan, kalo setiap yang jaga tol buat perkara yang sama. Dalam sehari, toll company ni bole rugi beribu ringgit.
(Ooo, ini rupanya kerja korang ye!)

Jadi untuk mengelakkan perkara ni berlaku, ‘JANGAN LUPA MINTAK RESIT’

Harapnya dengan cara berwaspada camni, kita bole membantu toll company untuk tidak mengalami kerugian dan seterusnya harga tol pon takkan naik lagi. Mana tau nanti harga tol pon bole turun.

p/s: Kan ke best kalo time nak raya, semua tol pon cuti raya. Takde la ‘jam’.

8 comments:

  1. x nak kene tipu pakai la touch n go..hehe

    ReplyDelete
  2. wow.
    tak terfikir pulak.
    nice story.
    :)

    ReplyDelete
  3. saya setuju! patutnye tol tu pun kena cuti. xpyh kena byr, haha.

    ReplyDelete
  4. ada jugak org cari makan duit haram camtu
    kpd mereka2 yg terbabit, sebanyk manapun anda mencilok, xkan jadi kaya sbb x berkat

    pesanan khas dr penaja tu..haha..harap mereka yg memakan cili tersebut membacanya

    Latest entry grafik novel gua ~ Aku Pilih Neraka!

    ReplyDelete
  5. hahahaha..
    xpernah mintak resit :p

    New Entry Prof-Hariz
    Gangguan Seksual Lelaki

    ReplyDelete
  6. nazz, a'ah btol tu. lagi cepat dan selamat.

    hizami, so jgn lupa mintak resit tau :)

    assila, best kan kalo camtu. ada sesetengah negara dah pon buat. stiap kali ada perayaan, tol dah takyah byr. hmm bila la malaysia nak buat plak ye..

    dark half, dgn pesanan penaja dari awak tu, harap2 org yg terlibat akan cpt2 la sedar. ehee~

    diraja22, mungkin ada yg dah dpt beli kete dgn duit tu. so mmgla dorg dah puas pusing ke mana2. :D

    Hariz, haa lepas ni jgn la lupa mintak resit. 'Mari kita bersama mencegah jenayah'

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails