Shopee

Sunday, July 25, 2010

Rakus dan Rasuk

• Penjara Pudu hanya menjadi mangsa kerana ia terletak di kawasan yang strategik untuk dikomersilkan. Dan kita juga mempunyai banyak lagi bangunan bersejarah yang terletak di dalam lingkungan kota metropolitan Kuala Lumpur. Stesen Keretapi Lama, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen semuanya berpotensi mengalami nasib yang sama.

• Walau kita yang melihat Penjara Pudu dari luar sahaja pon dah terasa kehilangan bangunan itu, apatah lagi orang-orang yang pernah berkhidmat dan juga orang-orang yang pernah menghuni didalamnya.

• Sekarang ni dah ada page ‘Alumni Penjara Pudu’ kat Facebook. Haa jangan tak tau bekas penghuni Penjara Pudu pon ada facebook tau. (Tapi aku rasa page ni untuk tujuan melawak je).

• Aku bukannya seorang Melayu yang berfikiran kolot, tapi kalau ditanya pada bangsa lain pon mereka percaya ada unsur-unsur misteri nusantara pada bangunan Penjara Pudu ni. Jadi, orang-orang yang tinggal di hotel, di condo, berjalan-jalan waktu malam di dalam terowong bawah tanah yang akan dibina itu nanti, adalah antara orang-orang yang sangat berani.

• Nantikan saja kalau ada cerita-cerita menarik yang akan berlaku apabila projek pembinaan sudah dimulakan.


p/s: Aku baru je nak telefon Ghost Adventures team untuk buat rakaman kat Penjara Pudu. Hehe.

4 comments:

  1. terasa terkilan jugak bila dorg robohkan penjara pudu.. kalo buat muzium pun ok.. ade je org nk dtg..

    ReplyDelete
  2. tu laa..tak tau nape dulu dorg tutup lepas jdikan muzium skejap.

    ReplyDelete
  3. haaa~
    terpk gak mende yg sama..
    pasni da leh ajak team ghost hunting masa kat kolej dulu wat rakaman kat terowong tu nnt..
    bleh tgk ape hasil yg dpt..
    ahaks~

    ReplyDelete
  4. silence shooter, skang blom abes roboh lg, gi la buat. time ni la 'dorang' tgh mengamuk kot :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails