Bekas tapak penjara pudu akan dijadikan tapak komersial yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre. Projek yang dijangka siap dalam masa 10-15 tahun itu menelan kos lebih dari RM5 bilion. Fuyoo.
Makanya, nanti akan berdiri teguh kompleks-kompleks perniagaan, menara pejabat 100 tingkat, condominium mewah, hotel yang banyak bintang, shopping complex dan dengar-dengarnya akan ada jugak lorong bawah tanah. Tapi tak pasti untuk kenderaan ataupun pejalan kaki.
Jadi, nak taknak kita semua terpaksa terima kenyataan yang Penjara Pudu takkan dapat diselamatkan lagi. Siapalah kita pipit yang hina nak melawan jerung besar kan?
Persoalannya, kenapa ramai yang tak setuju penjara pudu ni dirobohkan?
Bagi sebuah bangunan yang sudahpun melebihi usia 115 tahun, semestinya banyak mencipta kenangan dan mencoret sejarah. Ia siap dibina oleh penjajah British pada tahun 1895 dan juga digunakan oleh penjajah Jepun pada perang dunia kedua untuk menyeksa dan mengurung tentera bersekutu.
Ia pernah dihuni oleh beberapa penjenayah terkenal dan juga mencatat sejarah menyimpan ramai tahanan politik. Penjara Pudu ditutup pada tahun 1996 dan dibuka semula pada Mei 2007 kepada orang ramai dan pelancong asing untuk dilawat. Namun, ia hanya beroperasi sehingga tahun 2005. Menurut rekod, pada tahun 2007 itu sahaja telah menarik 400,000 orang pelawat.
Mural pemandangan yang dilukis disepanjang tembok Penjara Pudu ini mengambil masa selama 2 tahun oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Panjang mural ini adalah 384 meter, tinggi 4.5 meter dan merupakan mural yang terpanjang di dunia.
Bukankah ini sudah cukup untuk dijadikan tapak warisan?
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, "Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika”.
Jadi, perlu apakah lagi kita ‘menyalak ke bukit?’. Yang nyata, kita tak mungkin dapat melawan kekuatan arus pembangunan. Tapi diharapkan, sekurang-kurangnya Pintu Gerbang Penjara Pudu dapat disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.
Artikel ini hanyalah pendapat peribadi dari saya seorang blogger yang tiada nama.
tak boleh nk ckp apa.. tetap dah roboh..
ReplyDeletesedih bile lalu depan penjara pudu semalam, da pecah setengah,,,, hurmm
ReplyDeletemggu ni nak gi lawat jap la. huhu.
ReplyDelete