Free counter and web stats

Wednesday, July 21, 2010

Senyum bila tengok jam ni

Kalo korang perasan, bila ada gambar jam kat dalam buku, suratkhabar, kat internet, kat tv atau kat memane je, selalunya jarum jam tu akan menunjukkan ke pukul 10:10 minit. Jarum pendek ke angka 10 dan jarum panjang ke angka 2. Tau tak kenapa?

Sebab jika dilihat bebetul, jarum jam tersebut akan nampak seperti sebuah senyuman. Betul kan?


Tapi di zaman berteknologi tinggi sekarang ni, banyak benda dah diubah menjadi digital. Penggunaan jarum sudah berkurangan. Tengok je meter kat kereta, pon dah jadi digital, kan? 

So apa pulak nombor yang selalu dipaparkan bila ada gambar jam digital ni?
Dari beberapa gambar yang aku jumpa, memang ada banyak nombor. 12:21 ada, 08:30 ada, 12:34 takde la pulak.

Tapi yang menariknya, aku jumpa 10:08. Bukan sekali, bukan 2 kali, tapi lebih 2 kali tau. Haha.
Aku suka 10:08 sebab...tu tarikh birthday aku woi!! Hepi hepi~
Hint: Tak lama lagi je tuh. :)


p/s: Tak tau kenapa selalu terjadi di dalam kereta, dengan spontan mata akan terpandang ke arah jam bila waktu bertukar ke angka 10:08. Seolah-olah jam itu sengaja memanggil-manggil untuk memandang dirinya.

3 comments:

Related Posts with Thumbnails