Shopee

Thursday, July 15, 2010

Lihatlah Melaka ku indah

Minggu lepas buat pertama kalinya aku dibawak melepak kat pantai baru. Pantai tambak yang menghubungkan Klebang dan Bandar Hilir. Berada betul-betul di belakang Eye on Malaysia yang kena tutup tu. Rupanya dah ada port baru untuk bersantai di tepi laut.

Kawasannya  masih bersih dan cantik, ditaburi pasir-pasir pantai, ditanam pokok-pokok rhu dan tepi pantai di hiasi batu-batu besar sebagai penambak. (ngok ngek aku tak tangkap gambar pon)

Ramai jugak yang datang melayan perasaan tengok laut sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ceh!)
Dan bila semakin matahari terbenam, semakin ramai yang datang. Yang datang bukan sahaja untuk duduk beristirehat, tapi ramai juga yang datang untuk bermain layang-layang.

Sebelum balik, sempat aku tangkap gambar orang bermain layang-layang yang beraneka rupa dan warna.

Lihat jauh nun di sana...nampak Eye on Malaysia. (nyanyi sila ikut tempo ye)

 Besarnyeee ikan merahhh!
 
BIG love is in the air~

It's a plane, it's a superman, nooo it's batman!

Taken by Camera Phone 2.0 Megapixel. So gambarnye nak bajet ape la kan...huhuhuu~

Menjadi orang separuh Melaka, aku tumpang bangga dengan pembangunan yang sungguh pesat.
Selain terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah, kini terdapat juga banyak shopping complex baru, banyak tempat-tempat pelancongan dan rekreasi seperti cruise di Sungai Melaka dan Menara Tamingsari.
Tu belum sebut lagi tempat-tempat makan yang sedap. Jadi, kalo rasa-rasa nak bercuti, marilah melawat Melaka.

p/s: Ish dah lama tak makan blackpepper crab kat Portugese Settlement...*meleleh air liur*

6 comments:

  1. melaka mmg best...mmg byk dh pembangunan...tp 1 jer yg sy masih tk puas hati tntg melaka ni..

    sistem pengangkutannya..terutama bus..alahai..buruk bebenor..th bila tah nk tukar..teksi pun mcm tu gak..xde meter..so sesuka hati dioerg jer nk charge bape..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KERJA & BLOGGING

    ReplyDelete
  2. a'ah betul la..bas yg lebih 10 taun dulu, masih lgi digunakan. tingkap yg mcm nk tercabut pon ada.
    pastu kdg2 tak tahan la, trafik jam makin teruk. uhuu~

    ReplyDelete
  3. r-mean, mari la dtg cuti-cuti di melaka. byk tempat best nk jalan2 tau.

    ReplyDelete
  4. orang melaka...tapi nak g town tuh punye la jaoh..
    huhu..
    melaka makin panas rite?..

    ReplyDelete
  5. @deatH_luVer

    mlk kat ne?
    rasanya skang da nak musim ujan kat sana. kdg2 panas sgt gak kot.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails