Free counter and web stats

Tuesday, July 13, 2010

Mari Download dan Muat Turun Lagu atau Song mp3

Download dan Muat Turun tu tak sama ke?
Lagu dan Song pon sama makna jugak kan?

Itu la, kadang-kadang ramai yang tak perasan. Bila cakap bahasa melayu, nak jugak campur ngan english. Konon-konon cambesh. Padahal terang lagi bersuluh maknanya sama je. Kalo nak cakap bahasa campur pon, jangan la main belasah cam rojak je. Sakit telinga dowh. Cuba pilih perkataan tu betul-betul sikit.
Cewahh, cam bagus je buat kutukan. Haha.

Tapi nak jugak bagi contoh ayat-ayat salah yang selalu kita guna:
* Cuba ko try baju ni ok ke tak.
* Saya rasa lebih yakin, lebih konfiden sejak menggunakan Slim Shady.

Dah, cukup la tu.

Aku sebenarnya dah lari topik.
Niat awal cuma nak bagitau yang aku ada widget baru. Ada link-link untuk dengar dan download lagu.
Ada lagu English, ada lagu Melayu. Lagu hindustan takde. So korang bole la klik kat situ kalo nak download ye.
Dan kalo nak buat lagu permintaan, korang bagitau je. Kalo aku rajin, aku tolong carikkan. Disebut sekali lagi, kalo rajin. Hehe.
Cuma kat sini tak bole nak tujukan lagu dan sampaikan salam je.

Ok, sekian.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails