Eh bukannya first time. Seblom ni memang penah makan, tapi itu dulu-dulu. Lama dah.
Sejak cuba menjadi pengamal diet yang seimbang dan berkhasiat (poyo), mesti la tak ketinggalan untuk aku meletakkan yogurt dalam menu. Makan seminggu sekali pon kira cukup. Yang penting, selalu minum susu. Dan yang paling penting juga, banyakkan minum air suam.
Mari kita amek tau sedikit sebanyak tentang yogurt dan khasiatnya.
Istilah yogurt berasal dari bahasa Turki yang bermaksud susu masam.
Kononnya di zaman dulu kala, orang-orang Turki membawa susu yang disimpan di dalam kantung unta ketika mengembara. Setelah lama berjalan, susu yang tersimpan itu berubah dan menggumpal menjadi padat. Walaupun rasanya masam, tetapi sungguh menyegarkan. (macam pernah kulihat iklan sebegini).
Yogurt yang nampak seperti ais krim ni elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh badan.
Pada mulanya, Yogurt hanya digemari di negara Barat dan Eropah, tapi kini ia tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Kalau rasa nak beli, pergi je ke shopping complex mesti jumpa. Macam-macam warna dan perisa ada.
Beberapa khasiat Yogurt:
1. Yogurt mampu mencegah kanser kerana ia dapat menghasilkan zat-zat gizi yang diperlukan oleh hati.
2. Yogurt lebih banyak menghasilkan kalsium berbanding susu. Juga diyakini baik untuk memanjangkan umur.
3. Di dalam yogurt, terdapat bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus Thermophilus dan Lactobacillus Bulgaricus (asal dari Bulgaria ni) yang membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ini baik untuk membantu proses pencernaan di dalam tubuh. (sangat elok pada sesape yang ada masalah nak pegi toilet)
4. Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi dibanding susu segar. Kandungan lemaknya juga lebih rendah. Memang sangat sesuai kepada mereka-mereka yang ingin menjalankan diet.
5. Meminum yogurt secara teratur dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Nyum Nyum sedapnyaa~
Terdapat juga beberapa khasiat yogurt untuk kecantikan, antaranya:
- Yogurt sesuai dijadikan masker untuk mengurangkan kedut-kedut di muka. Ia dapat membersihkan kulit dengan baik dan mampu menghilangkan kesan-kesan jerawat. Tapi pilihlah yogurt yang kurang kandungan gulanya.
- Untuk kulit kepala yang gatal, lumurkan yogurt diatas kepala dan biarkan berbalut selama 15 minit.
- Juga dapat mencantikkan kuku dan tangan. Hanya campurkan sedikit yogurt dengan perahan lemon, simpan untuk beberapa jam dan kemudian sapukan pada kuku dan tangan. Hasilnya, kuku lebih bersinar dan tangan lebih halus.
i like it!very nice!
ReplyDelete