Shopee

Wednesday, June 30, 2010

Untitled

Last night, I've been thinking...

Should I?
Should I not...?

Should I?
Should I not...?

Should I?
Should I not...?

And after long deep thoughts, I've decided.
Then, I set an alarm at 4.30am.

After a pleasant sleep, suprisingly I managed to wake up when the alarm rang. I straight to washroom and got my face wet.
Quickly, I turned on the TV and changed to channel 1.
But....

So sad, only blue screen appeared. Why why?
Changed to other channel, I can see the colourful code logo appeared clearly. No problem.
Changed to channel 1 and 2 again, but still blue! Oh, please let the blue out of my eyes!
 
With broken hearted, I headed to kitchen and grab the cold sandwich.
Decided to have Sahur and fasting...

*However, the frustration blew away after I found that Brazil has won. Yeehaa!*

Tuesday, June 29, 2010

Antuuuu!

Suka tak tengok cerita Ghost Adventurous kat ntv7 setiap ari ahad pkol 830 malam?
*Apsal aku asek cerita pasal rancangan tv je nih*

Boleh dikatakan aku penonton tegar yang takkan lepaskan peluang untuk tengok rancangan ni.
Nak tengok sampai muka antu keluar. Tapi selalunya asyik nampak orb dan dengar suara je. .

Walaupon diorang ada alatan yang lengkap untuk capture visual hantu, tapi kenapa masih tak dapat nak capture jugak?
Boleh ke tak sebenarnya gamba hantu dirakam?

*Kat youtube ada banyak la pulak gambar hantu dirakam melalui CCTV*

Monday, June 28, 2010

Istana Takeshi

Baru je dalam minggu lepas, kitorang dok sebok carik video 'Istana Takeshi' kat youtube.
Setelah dengan tetiba rasa macam nak menggembirakan hati dan bergelak ketawa.

Pastu tak sangka pulak masa pukul 7 lebih, masa tengah baring-baring atas kusi, masa tertekan channel TV9, tertonton akan aku rancangan Istana Takeshi itu. Wah, ada ulang balik rupanya.

Walaupon da lebih 15 tahun, aku ingat lagi muka si pengacara, si konco-konconya, baju seragam yang diorang pakai, halangan-halangan panjat tembok, pijak batu atas air, kota sesat, lompat atas kayu bergerak, semuanya aku ingat lagi.
Betapa masa zaman kanak-kanak dulu rasa seronok gila bila tengok rancangan ni. Gelak sampai guling-guling pon tak tergambar perasaan kelakar itu. *ceh sampai macam tu sekali.*

Tapi bila tengok ulangan kat TV9 ni, rasa macam tak berapa best pulok. Walaupon secara visualnya langsung tak berubah macam masa umur 10 tahun dulu. Mungkin sebab dialih suara ke bahasa Inggeris, jadi lawaknya dah tak berapa kelakar. *Dan-dan je semua nama orang jepun tu pon berubah jadi mat saleh.*

p/s: Kalo pegi Jom Heboh, jangan tak cuba game Soopa Doopa yang juga diadaptasikan dari rancangan Istana Takeshi.

Saturday, June 26, 2010

TV3 - Drama Janji Kekasih

Minggu ni dah masuk episod ke-3.
Dan seperti episod-episod sebelumnya, aku terasa sebak setiap kali menonton.
Rasa seperti ada sesuatu yang berat memenuhi dada. Kalau tak dihambur tangisan, dada rasa bagaikan nak pecah.

Memang ada sesuatu pada drama ini.
Pastinya berpotensi mewujudkan fenomena luar biasa seperti drama Nur Kasih.

*Lagu temanya saja dah membuatkan aku rasa hiba.*

Sinopsis

Friday, June 25, 2010

World Cup: Aksi Terlampau

Tak best la kalo tak citer pasal bola lagi. :)
Kali ni jom kita tengok beberapa aksi 'TERLAMPAU menarik' sepanjang berlangsungnya World Cup.

  • Aksi Terbang.
Fuyoo..tak sangka btol Luis Fabiano bole jadik Superman. 
*Ni mesti time nak landing.*

  • Sehati Berdansa
Cewwah...ni mesti tema Saturday Nite Fever.
Thomas Kahlenberg (Denmark) bersama Makoto Hasebe (Japan)

  • Aksi Gila Punya Frust.
Vincent Aboubakar dari Cameroon menunjukkan serius punya frust menonggeng.

Ni pulak frust meniarap.
Achille Emana dari Cameroon.

  • Kelas Senaman
 Nilmar (Brazil): "Ok, puan-puan sekalian, inilah cara-cara yang betul untuk buat push-up ye"


*Gambar ihsan dari FIFA


Thursday, June 24, 2010

Kasih Ibu

Happy Father's Day!
Sungguh terlambat...
Tapi nak ucapkan jugak.

"Kepada semua lelaki-lelaki yang sudah bergelar ayah, bapa, daddy, papa and etc., Semoga menjadi ayah, bapa, daddy, papa and etc. (again?) yang bertanggungjawab dan penyayang."

"Kepada anak-anak, hargailah mereka sementara mereka masih ada. Kasihi mereka. Sayangi mereka. Jangan sampai menyesal bila mereka dah pergi dan tak mungkin kembali lagi."

Yang mana lebih perit...
Kehilangan seseorang yang mempunyai banyak kenangan bersama kita.
Atau
Kehilangan seseorang yang tak pernah hadir dalam hidup kita.

*Aku bahagia kerana ada seorang emak yang amat sabar dan penyayang. Dialah ibu, dialah bapa.*

Under My Umbrella..ella ella..

Sekarang ni, tiap-tiap pagi hujan.
Nasib baik Samuel Fox ada idea nak cipta payung yang macam kebanyakan kita guna pada hari ini.
Kalau tak, terpaksa la pulak pakai surat khabar atas kepala juga tutup.

*Kalau bukan kerana dia, mesti Rihanna pon takkan femes.*

Tuesday, June 22, 2010

World Cup: Kelakar Moments

Musim World Cup ni, rugi la kalau tak sama-sama layan bola.
Walaupon bukan BIG fan of football, tapi 4 tahun sekali aku mesti tetiba jadi teruja nak tercangak depan tv. Team paling aku suka dan 'yakin menang punya', mestila BRAZIL. Go Go Go!!

Macam-macam perasaan bila tengok bola ni.
Mula-mula, perasaan bengang. Bukan bangang tau. Bengang, sebabnya takde game Brazil yang live mahupun ulangan kat RTM. Game yang melibatkan team besar-besar pon memang takde. So, rasa sungguh rugi dan sedih. *Kat uma takde Astro.* Huhuu~

Pastu, rasa semangat, suspen dan adrenalin memuncak ke kepala bila pemain-pemain berlari menggolek bola dan terus berlari sambil passing dan terus me'massing bola tersebut ke pemain lain dan berlari lagi menuju ke kotak penalti dan terus menge'shoot bola ke gawang pihak lawan dan terusssss 'GOLLLLL!!"
Masa tu gembira tak terkira.

Rasa tensen, geram dan mula memaki hamun, membodoh membangangkan pemain - bila dah kalah.
 
Tapi yang bestnya, tengok gelagat pemain.
Kadang-kadang rasa lawak gilerr bila tengok diorang ni buat adegan tarik-tarik baju, main siku-siku tak sengaja, buat aksi berlari bersungguh-sungguh dan kemudiannya tergolek berguling-guling, main sukahati songket kaki orang, tanduk-tanduk kepala dan juga adegan gaduh-gado. *Ok, adegan ni tak bape best sangat*.

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku carik semata-mata nak tunjukkan kekelakaran yang boleh dikategorikan dalam 'Lawak Antarabangsa'

*Oii, apa main tarik-tarik baju ni!*
Nasib baik baju George Welcome dari Honduras tak koyak ditarik Carles Puyol dari Spain.
*Ini adegan sauk kaki*
Pak Nam-Chol dari North Korea membuat aksi lintang ke celah kelangkang Gilberto Silva (Brazil).
Pak Chol-Jin (North Korea) berusaha menangkap Kaka (Brazil) demi mendapatkan bola.

Leo Bertos (New Zealand) sempat mencekau Antonio Di Natale (Italy) ketika membuat perebutan bola.

Winston Reid (New Zealand) berlagak ketakutan ketika di asak oleh Giorgio Chiellini (Italy).

Aleksandar Kolarov (Serbia) cuba interpem dengan membuat aksi lompatan katak kuang ke atas Sami Khedira (German).

*Opps, aksi ape nih?*
Robinho dari Brazil secara tak sengaja membuat terkaman 18sx keatas Ismael Tioti dari Ivory Coast.

Cristiano Ronaldo (Portugal) dengan hensemnya menekel bola sehingga hampir membuatkan Pak Chol-Jin terbongkok kesungkuran.

*Whow!*
Aksi menyelamat yang terbaekk dari David James (England) hingga menyebabkan beliau terjun tiruk di atas Madjid Bougherra (Algeria).
Mesti kedua-dua mereka berasa sakit di tempat masing-masing.

Lionel Messi dari Argentina dengan sengaja menarik baju Peter Odemwingie (Nigeria) sambil bergayut sebelum cuba menerkam bola.

Ok, sekian buat masa ini. Jumpa lagi.

*Gambar ihsan dari FIFA.com

Monday, June 21, 2010

100plus vs Air Putih

Cuaca panas-panas macam ni, selalu buat orang sakit kepala.
Bila sakit kepala, aku pasti akan carik 100 plus. Dan selalunya, memang sakit kepala terus hilang.
*Ini bukan iklan 100 plus ye*

Tapi bukannya 100 plus selalu ada kat rumah. Bila tengah rehat-rehat kat rumah, panas dan tetiba sakit kepala menjelma, takkan lah rajin nak pegi kedai dan beli 100 plus kan? Bagi aku, sememangnya TAK la.

Hari tu aku sakit kepala lagi.
Dan seperti biasa, 100 plus tiada di rumah.
Tensen.
Nak makan panadol, aku tak suka.
Nak buat air milo ais, tak baik untuk kesihatan. Yela, panas-panas mana bole minum air sejuk-sejuk. Nanti sakit-sakit. (motifnya, i loikee kata ganda)

Dan tetiba aku teringat pesanan tok nenek, "Cu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari".
Pastu, tanpa berlengah terus je aku teguk 2 gelas air putih sekaligus. Teguk perlahan-lahan tau. Baru kepala otak tu cepat tenang.
Yang bestnya, tak lama lepas tu...sakit kepala beransur hilang sedikit demi sedikit. Wahh bestnyee~

Memang kita selalu dengar nasihat - 'Minum 8 hingga 10 gelas air sehari'.
Tapi ikhlasnya, aku selalu tak buat. (ikhlas tuh!)
Purata sehari 3 gelas je kot. Selalu je lupa nak amalkan. Tambah-tambah lagi, bila tengah keje. Konsentret sangat la kunun sampaikan nak minum air pon lupa.

So cadangan untuk diri sendiri :
1. Bawak tumbler besar 2 liter ke ofis
2. Letak atas meja.
3. Tiap-tiap hari, isi penuh air
4. Minum
5. Minum
6. Minum lagi
7. Makan (beli atau masak sendiri. takkan la nak minum air je, nanti perut kembung pulak)
9. Minum air lagi
7. Minum sampai abes
10. Sebelum balik, pastikan tumbler dah kosong.

Ok. Baik.
*Akan saya amalkan.*

Twitter vs Facebook

Kalau Friendster, aku memang da lama tak aktif kat situ.
Sebabnya, Facebook lagi best. Nghee~
Tunggu la sampai Friendster dah jadi best macam Facebook, baru la akan aktif kat situ balik KOT.

Tapi sedikit sebanyak aku berbangga sebab kini Friendster dipunyai oleh syarikat gergasi Malaysia, iaitu MOL Global yang juga merupakan salah satu syarikat Berjaya Corporation Berhad.
Bangga tak, bangga tak?

Sebenarnya isu sekarang ni, aku nak belajar layan Twitter.
Tapi tak berapa faham apa yang bestnya. confused

Selain dari 'Tweet Tweet' status, apa lagi yang kita boleh buat? Boleh ke upload album gambar?
Aku dah cuba godek-godek tapi tak jumpa gak ke'best'an nya. Lain la kalo aku ni artis, best la jugak orang nak tau status kan?
big grin

Wondering: "Apa yang membuatkan John Mayer obses sangat kat Twitter sampai Jennifer Aniston naik bengang giler?"


Tetibe: Vote for Facebook!

Friday, June 18, 2010

Oh no! Internet

Kesian aku...
kat uma takde internet.

Makanya,
Basilah semua makanan dan lauk pauk yang dah penat aku masak kat Cafe World.
Layulah semua tanaman yang aku dah semai kat FarmVille.
Busuk dan kotorlah kucing kesayangan bernama Gebu di PetVille.
Habislah diserang lipas-lipas kerana bilik tak berkemas di Hotel City.
Rosaklah semua barangan kilang yang telah siap diproses di Social City.
Kuruslah jadinya semua binatang yang tak diberi makan di Country Life.

Kesian...

Harap-harapnya tak lama lagi dapatlah access internet kat umah semula...

PadaMu kuBersujud

Walau apa dugaan yang Kau beri
Ku harap agar terus tabah
Dan terus percaya akan ketentuan-Mu

Ku pasti
Setiap apa yang berlaku
Ada sebab musabab tertentu
Setiap apa yang terjadi
Pasti ada hikmah menanti

Wednesday, June 16, 2010

The love myth

Someone just sent me an SMS which reads-

True love never lives happily ever after. True love has no ending…

I guess, that’s so true. Our life is not as in fairytales…which every relationship will endow with bliss for the rest of a lifetime. So unfortunate in reality, it is never gonna be that easy. As time goes by, the relationship will continuosly be facing a lot of challenges. Where we can find some of them are very unreasonable and totally unexpected.

A picture of handsome, heroic, elusive perfect man who dramatically fall in love with you, who will do anything to ensure there’s nothing in this world could make you feel upset, who would always adore you no matter what, who will always be by your side whenever you need him- is deadly poisonous myth believe. This idea we get from fairytales, romance novels and movies etc. will eventually lead us to frustration if we expect the same thing to happen in real life.

This kind of unrealistic expectation are the biggest disruption in any relationship -as Dr. Love says.
So, hoping our partner will do the same in real life, just isn’t constructive. Let’s face it - no such man exist! Not only no such man exist, but we ourselves will never be perfect too. Quality relationships need both parties to have desire and effort to make it work. Together nurturing with full of love, passionate, good communication, trustworthy and anything to keep the lights on forever.

I know “They both lived happily together ever after” is impossible postscript in life. But for me, I just need a lot less traumatic relationship…


10/26/09

Friday, June 11, 2010

Penantian Satu Penyeksaan

Tiap hari tanpa henti
Ku mengharapkan
Berakhirnya penantian ini

Thursday, June 10, 2010

Makan kasut

Cuba tengok di belakang tumit anda.
Tumit, bukan lutut.

Adakah terdapat kesan-kesan seperti ini?


Aku tak pasti kalau perkara macam ni memang dihadapi oleh kebanyakan perempuan, tapi aku selalu je ada masalah bila nak carik kasut yang sesuai.

Kadang-kadang tu dah habis pusing satu shopping mall, tapi sebijik kasut pon tak jumpa. Dah puas keluar masuk kedai, tapi still takde yang berkenan. Dan bila dah penat, selalunya end-up beli kasut yang 'ah, bole je lah yang ni'. Dan bila dah malas nak cuba-cuba lagi, terus je cakap kat sales girl 'ok la ambik je saiz 5'.

Tapi bila sampai rumah, bila dah muncul balik rasa teruja dengan kasut baru, bila betul-betul try, baru la sedar yang kasut tu sempit!!! Hish, selalu macam ni tau.

Disebabkan rasa sayang kalo tak pakai kasut baru, tabahkan hati terus je sarung bila keluar rumah. Walaupon sempit sikit, takpe lah. Asalkan tak membazir. Huhu~
Tapi sebelum keluar tu, tak lupa juga aku mengamalkan petua orang-orang sekarang, gigit kasut sebelum pakai. Ngee~

Namun walaubagaimanapon, akhirnya begitu la jugak rupa belakang tumitku...

Kalo susah sangat, pakai je kasut camni bila nak pegi jalan-jalan.



**Cari kasut pon macam nak cari suami.

Wednesday, June 9, 2010

Jalan yang menyeronokkan

Adakah anda seorang pemandu yang berhemah? Yang mematuhi undang-undang?
Saya juga. Haha.

Ok, jalan yang mana memberi keseronokan kepada anda bila memandu?
a. Jalan yang lurus macam highway
b. Jalan yang bengkang bengkok macam ular kena palu

Aku suka b.
Bagi aku, jalanraya yang lurus adalah boring. Kurang adventure. Tapi kalau nak pegi tempat yang jauh, mestila kene lalu highway kan. Penat la kalau lalu jalan lama.
Tapi kalau lalu highway yang tak banyak kereta, seronok jugak. Boleh bawak laju-laju pastu cilok-cilok.
Tapi kalau sorang, boleh cepat ngantuk-ngantuk. (wah irama macam pantun)
Tapi nasib baik aku bukan jenis yang cepat ngantuk bila drive.

Apapon, setiap orang ada pengalaman memandu yang berbeza-beza. Mesti la kan.
Dan mungkin juga korang ada beberapa jalanraya yang menjadi kegemaran dan memberikan keseronokan yang tersendiri.

Ok, just to share. Here are some of the roads that brings unforgettable moments and significant in my life.

1- Batu Ferringhi Road, Penang.
It was at midnight when the first time I drive here. We were in groups and only 'hot-girls' in the car. Ngee.
The road is only enough for 2-way direction, so it's kinda difficult to overtake. But as I notice, most of the drivers here are really 'berani-mati', especially the motorcyclist. They must have been very familiar with the road.

Aku memang tak berapa reti nak drive slow-slow walaupon melalui jalan yang aku tak biasa. Tapi kali pertama, masih berada di kelajuan yang tak mencengkam jiwa. Tapi bila dah berkali-kali lalu jalan ni, pastikan tak kurang dari 80km/j baru la seronok jadinya. Hehee.

2. Jalan Pantai Kok, Langkawi.
Lebih kurang macam jalan Batu Ferringhi jugak. Tapi jalan ni tak terlalu mendaki, hanya landai dan tak terlalu panjang. Short, curvy and fun. Sebelah nampak laut, sebelah lagi hutan belantara. Dingin je rasa. Tapi semestinya, bab yang konar-konar tu la paling best. Tapi hati-hati ye, jangan sampai langgar monyet.

3. Genting Highlands.
Sekarang jalan dah macam highway, dah besar, dah cantik, tak macam dulu, banyak lubang, sempit plak tu.
So secara tak langsungnya, dah tak berapa adventurous. Cuma mungkin adventure nya pada sesetengah kereta yang tak berapa mampu nak panjat gunung, jadi mungkin ditakuti overhaul pulak. Makan asap nanti.
Kalau time nak pergi, memang kurang bestnya. Sebab asek mendaki. Penat sikit. Tapi yang seronoknya, bila nak turun. Shieww...mengelongsor je.

4. Cameron Highlands.
Kalau jalan yang melalui Lata Iskandar tu, memang boleh buat orang pening. Kalau naik bas, lagi la takyah cerita. Cuma kalau drive sendiri je yang buat aku seronok. Tapi jangan drive sorang-sorang, sebab jauh sangat. Dah la dalam hutan yang gila punya tebal. Bahaya.
(Ada ke yang nak pegi Cameron sorang-sorang? Haii...merawat hati yang lara keee?)

5. Jalan di Pulau Pangkor.
Ini jalan yang aku tak pernah memandu sendiri. Beberapa kali pergi, cuma naik van teksi yang kaler pink tu je. Pemandu-pemandu kat sana pon mesti dah terer ngan jalan kat sini sebab dorang bawak pon bole tahan laju jugak. Kalau la dapat drive sendiri, mesti seronok berkali ganda.

Bagi setiap mat rempit, dorang pon ada jalan yang best untuk racing. Melalui cerita seorang pesara mat rempit (abang aku), dia kata jalan Bukit Putus kat Negeri Sembilan pon seronok.

Korang suka jalan yang mana pulak?


Wahh...jalan macam ni memang seronok sampai pengsan!

Pesanan: "Apa-apa pon jalan yang korang suka, pastikan ianya adalah jalan yang bennarr".

**Picture taken from here.

Tuesday, June 8, 2010

I'm learning...

I’m learning to stand up after a tragic fall

I’m learning to live in hardship eventho it’s so pain

I’m learning to forget and hoping to forgive

I’m learning to ignore than to bother

I’m learning to enjoy life as others

I’m still learning…

**********

Crawling in my skin
These wounds, they will not heal
Fear is how I fall
Confusing what is real

There's something inside me that pulls beneath the surface
Consuming, confusing
This lack of self control I fear is never ending
Controlling

To find myself again
My walls are closing in
Without a sense of confidence
I'm convinced that there's just too much pressure to take
I felt this way before
So insecure

Discomfort, endlessly has pulled itself upon me
Distracting, reacting
Against my will I stand beside my own reflection
It's haunting how I can't seem...


-Crawling by Linkinpark

Monday, June 7, 2010

Meow oo Meow

Kucing adalah makhluk yang paaaaling aku suka.
Bila dorang tengah jalan, tengah tido, tengah makan, apa je yang dorang buat aku suka tengok. (kalo tengah poo poo tu takyah la tengok, ngok!)
Dorang saaangaattt comel!!!

Lebih kurang dua bulan lepas, generasi terbaru kucing belakang rumah telah pon selamat dilahirkan. Semuanya 5 ekor. Secara selamba badaknya mak kucing tersebut menjadikan bilik tidur tengah sebagai labor room dia.
Itu pon kitorang perasan 2-3 hari lepas tu. Dan secara terpaksa, aku gagahkan diri seluk bawah katil dan keluarkan mereka (ceh mereka tuh). Rupanya sekor dah meninggal. Sedih...tinggal 4 ekor je.

Nomi (nama mak kucing tu. juga merupakan janda kepada Nemo) kalau beranak, selalunya anak dia mesti tak idup lama. Kalo keluar 6 ekor, yang tinggal 3 ekor je. Kalo keluar 5 ekor, yang tinggal 2 ekor. Yang last time dia beranak ada 5 ekor, tapi sekor pon tak idop. 
Jadi setelah berjaya memujuk Pn. Rokiah (mak aku), aku simpan anak-anak kucing tu dalam kotak. Mungkin keadaan luar yang tak bape bersih, dengan gangguan binatang2 lain menyebabkan anak-anak kucing ni susah nak hidup. Aku cuma bawak masuk Nomi bila anak dia nak susu je. Wah bole tau tu.

Ni gamba masa umur 4 hari.


Aku dah cop yang kelabu nih. Bulu dia paling panjang dan cantik. Dah kasi nama- Gebu.


Sekor kaler gelap. Yang lagi 2 ekor tompok-tompok putih oren hitam.
Time kecik camni paling suka tengok dorang tido. Berlonggok-longgok. 
Kawaiii~
Yang ni gamba tengah menyusu. Sori ye Nomi, saya melanggar privasi dan hak asasi binatang pula.

Nampak marah tu.
Nomi memang tak suka bila orang tengok anak dia. Kalo boleh dia nak bawak simpan anak dia dalam almari.

Lepas beberapa minggu bila dah besar sikit, Pn. Rokiah dah mula bising suruh letak anak-anak kucing ni kat luar. Yela kan, dah pandai kencing banyak. Bau pon kuat la.

Nah kasi pose sket sebelum kena buang rumah.

Bila da letak kat luar, tanpa berlengah Nomi terus sorok anak-anak dia. Dekat seminggu jugak aku carik tak jumpa. Teruk betul Nomi. Menyampah. Lepas puas carik, baru dapat tau dia letak anak dia kat belakang rumah jiran yang seblok jauhnya.

Sekarang, anak-anak kucing ni dah besar sikit. Tapi tinggal 2 ekor je. Yang lagi dua dah meninggal. Memang Nomi tak pandai jaga anak!
Hari-hari aku bagi makan (selalunya Pn. Rokiah yg bagi). Sebab tu dorang satu famili selalu lepak kat belakang rumah. Tapi Gebu dengan Kalbu (nama untuk si hitam) takut dengan orang. Bila nak ambik, diorang lari. Sedey tau. Ape korang tak ingat ke aku yang jaga masa korang baby hah? Uhuu~

Friday, June 4, 2010

Sushi nyum nyum~

Dah lama tak makan sushi.
Dulu kalau ade event makan2 kat company lama, selalu je pegi restoran sushi. Sampai rasa muak sebab selalu sangat makan.

Tapi bila dah berbulan-bulan tak makan, rasa teringin pulak. Aih...lama btol tak lepak layan sushi ngan kawan-kawan.

Malam aritu pegi Jusco yang terbesar di Malaysia. First time ok. Orang lain dah lama pegi, ko baru nak pegi? Kesian.
So disitulah ternampaknya segerombolan bungkusan sushi yang sungguh mengiurkan. Tanpa berlengah lagi, ku terus cekup sebijik lapan sebelum pulang ke rumah. (ceh ayat!)


Mak macam pelik je bila aku syok makan sushi tu. Macam-macam ditanya. - Sapa buat ni? Halal ke? Mana adik blaja makan ni? Sampai aku tensen nak jawab. Tapi last-last nampaknya mak pon suka jugak.

Soalan: Bila first time makan sushi ni?
Jawapan: Lebih kurang lima taun yang lepas. Masa tu kawan masa keje kat Melaka yang ajak gi Sushi King. Aku follow je sebab memang rasa teruja nak cuba makanan Jepun ni. Dan sejak tu la aku suka sushi. Tambah-tambah lagi dengan wasabi..nyum nyum!

Sorang kakak angkat aku pandai buat sushi. Masa gi umah dia, kitorg masak dekat 2 pot kot sushi. Makan sampai 3 ari pon tak abes. Yang habesnya wasabi pulak. Bila wasabi da abes, tak syok la nak makan sushi kan. So aku bantai je cecah dengan cili padi. Yang penting, pedas. Haha.

Aku masih melayu.

Pesanan: Makan sushi boleh, tapi jangan makan yang mentah-mentah tu. Nanti otak berulat. 

**Picture taken from here.

Thursday, June 3, 2010

Mari Minum Susu!

This is so ‘too late’ entry.

Do you know that 1st June is World’s Milk Day?
I just got to know about it while doing my ‘daily routine activity’ – window-blogging. And it seems everybody’s talking about it. (everybody ke?) The point is, aku tak tau pon. (ye. aku memang duduk bawah tempurung). Tapi bila tengok tv pon, aku tak prasan ada iklan pasal ni. Ada ke?

So how do we celebrate Milk day?

You: Wei, it’s over la. 2 days already.
Me: I know la…just to ask how did we they celebrate it. And how are we going to celebrate it next year?

And why does this World’s Milk Day exist?

Ofkoss!
Semestinya untuk mengajak dan mengajar semua orang untuk selalu minum susu. Susu kan sumber makanan yang kaya dengan nutrien, vitamin A, B, (CDEFG to Z), ada kalsium, protein, karbohidrat, ah pendek kata mengandungi sumber-sumber yang baik untuk tubuh badan kita. (Panjang kata apa?)

Kajian mendapati, pengambilan susu di kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap yang rendah dimana purata hanya segelas susu seminggu. Ini adalah amat rendah sebanyak 70% berbanding penduduk di Barat.

Disebabkan ini, Dutch Lady Malaysia telah mewujudkan kempen “Spread the Goodness of Milk” untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebaikan susu.




Ok, that’s some info from the website.

And for your info too, last Sunday, Dutch Lady has invited 2,500 Malaysian to Pavilion KL for the attempt of creating Malaysia Book of Records for ‘Most Number of People drinking Milk at the same time’. And amazingly, more than 3,000 has participated. Bottoms up!

Iklan jap: “Saya suka minum susu.”

Tapi aku sbenanye lebih suka minum susu coklat. Kalo kat umah, minum milo. Stok terkini, horlicks. Kalo kat luar, slalu beli air susu coklat kotak tu.
Memang jarang sangat minum air susu tulen.

Skang dalam perancangan nak beli Anlene. (Tapi tetap nak beli yang perisa coklat tu. Hehe).
Dalam umur yang nak dekat-dekat 30 ni, (ngeh~) aku da mula rasa sakit-sakit tulang. uhuu~



Bila aku browse kat internet, ada bermacam cara dorang sambut Hari Susu ni. Dengan buat konsert, sambil buat kutipan amal, mengedar susu kat tempat-tempat awam. Macam-macam program, macam-macam kempen. Menariknya, ada kempen tangkap gamba ‘Milk mustache‘ ramai-ramai di tempat keje. Mesti kelakar kan kalo kita satu ofis minum susu pastu tangkap gamba ngan mulut comot camtu. Sure happening!

Kenapa takde pon orang datang hantar susu kat ofis atau kat umah?

Kalau ingat lagi, masa budak-budak dulu selalu ada van milo datang sekolah kan? Time tu bestnya rasa. Sampaikan nak beratur banyak kali sebab nak dapatkan secawan kecik milo itu. Yummy~ I love susu campur coklat.

Apa? Tak suka minum susu? Sedar tak, apa bende pertama yang ko telan bila lahir dulu? So belajar la minum susu semula ye.

Marilah minum susu and let’s continue drinking it.
Motto: “Hari-hari mau susu”.




Wah entry kali ni bahasa rojak ye.
Related Posts with Thumbnails