Free counter and web stats

Monday, June 7, 2010

Meow oo Meow

Kucing adalah makhluk yang paaaaling aku suka.
Bila dorang tengah jalan, tengah tido, tengah makan, apa je yang dorang buat aku suka tengok. (kalo tengah poo poo tu takyah la tengok, ngok!)
Dorang saaangaattt comel!!!

Lebih kurang dua bulan lepas, generasi terbaru kucing belakang rumah telah pon selamat dilahirkan. Semuanya 5 ekor. Secara selamba badaknya mak kucing tersebut menjadikan bilik tidur tengah sebagai labor room dia.
Itu pon kitorang perasan 2-3 hari lepas tu. Dan secara terpaksa, aku gagahkan diri seluk bawah katil dan keluarkan mereka (ceh mereka tuh). Rupanya sekor dah meninggal. Sedih...tinggal 4 ekor je.

Nomi (nama mak kucing tu. juga merupakan janda kepada Nemo) kalau beranak, selalunya anak dia mesti tak idup lama. Kalo keluar 6 ekor, yang tinggal 3 ekor je. Kalo keluar 5 ekor, yang tinggal 2 ekor. Yang last time dia beranak ada 5 ekor, tapi sekor pon tak idop. 
Jadi setelah berjaya memujuk Pn. Rokiah (mak aku), aku simpan anak-anak kucing tu dalam kotak. Mungkin keadaan luar yang tak bape bersih, dengan gangguan binatang2 lain menyebabkan anak-anak kucing ni susah nak hidup. Aku cuma bawak masuk Nomi bila anak dia nak susu je. Wah bole tau tu.

Ni gamba masa umur 4 hari.


Aku dah cop yang kelabu nih. Bulu dia paling panjang dan cantik. Dah kasi nama- Gebu.


Sekor kaler gelap. Yang lagi 2 ekor tompok-tompok putih oren hitam.
Time kecik camni paling suka tengok dorang tido. Berlonggok-longgok. 
Kawaiii~
Yang ni gamba tengah menyusu. Sori ye Nomi, saya melanggar privasi dan hak asasi binatang pula.

Nampak marah tu.
Nomi memang tak suka bila orang tengok anak dia. Kalo boleh dia nak bawak simpan anak dia dalam almari.

Lepas beberapa minggu bila dah besar sikit, Pn. Rokiah dah mula bising suruh letak anak-anak kucing ni kat luar. Yela kan, dah pandai kencing banyak. Bau pon kuat la.

Nah kasi pose sket sebelum kena buang rumah.

Bila da letak kat luar, tanpa berlengah Nomi terus sorok anak-anak dia. Dekat seminggu jugak aku carik tak jumpa. Teruk betul Nomi. Menyampah. Lepas puas carik, baru dapat tau dia letak anak dia kat belakang rumah jiran yang seblok jauhnya.

Sekarang, anak-anak kucing ni dah besar sikit. Tapi tinggal 2 ekor je. Yang lagi dua dah meninggal. Memang Nomi tak pandai jaga anak!
Hari-hari aku bagi makan (selalunya Pn. Rokiah yg bagi). Sebab tu dorang satu famili selalu lepak kat belakang rumah. Tapi Gebu dengan Kalbu (nama untuk si hitam) takut dengan orang. Bila nak ambik, diorang lari. Sedey tau. Ape korang tak ingat ke aku yang jaga masa korang baby hah? Uhuu~

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails