Free counter and web stats

Monday, June 21, 2010

100plus vs Air Putih

Cuaca panas-panas macam ni, selalu buat orang sakit kepala.
Bila sakit kepala, aku pasti akan carik 100 plus. Dan selalunya, memang sakit kepala terus hilang.
*Ini bukan iklan 100 plus ye*

Tapi bukannya 100 plus selalu ada kat rumah. Bila tengah rehat-rehat kat rumah, panas dan tetiba sakit kepala menjelma, takkan lah rajin nak pegi kedai dan beli 100 plus kan? Bagi aku, sememangnya TAK la.

Hari tu aku sakit kepala lagi.
Dan seperti biasa, 100 plus tiada di rumah.
Tensen.
Nak makan panadol, aku tak suka.
Nak buat air milo ais, tak baik untuk kesihatan. Yela, panas-panas mana bole minum air sejuk-sejuk. Nanti sakit-sakit. (motifnya, i loikee kata ganda)

Dan tetiba aku teringat pesanan tok nenek, "Cu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari".
Pastu, tanpa berlengah terus je aku teguk 2 gelas air putih sekaligus. Teguk perlahan-lahan tau. Baru kepala otak tu cepat tenang.
Yang bestnya, tak lama lepas tu...sakit kepala beransur hilang sedikit demi sedikit. Wahh bestnyee~

Memang kita selalu dengar nasihat - 'Minum 8 hingga 10 gelas air sehari'.
Tapi ikhlasnya, aku selalu tak buat. (ikhlas tuh!)
Purata sehari 3 gelas je kot. Selalu je lupa nak amalkan. Tambah-tambah lagi, bila tengah keje. Konsentret sangat la kunun sampaikan nak minum air pon lupa.

So cadangan untuk diri sendiri :
1. Bawak tumbler besar 2 liter ke ofis
2. Letak atas meja.
3. Tiap-tiap hari, isi penuh air
4. Minum
5. Minum
6. Minum lagi
7. Makan (beli atau masak sendiri. takkan la nak minum air je, nanti perut kembung pulak)
9. Minum air lagi
7. Minum sampai abes
10. Sebelum balik, pastikan tumbler dah kosong.

Ok. Baik.
*Akan saya amalkan.*

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails