Free counter and web stats

Friday, June 4, 2010

Sushi nyum nyum~

Dah lama tak makan sushi.
Dulu kalau ade event makan2 kat company lama, selalu je pegi restoran sushi. Sampai rasa muak sebab selalu sangat makan.

Tapi bila dah berbulan-bulan tak makan, rasa teringin pulak. Aih...lama btol tak lepak layan sushi ngan kawan-kawan.

Malam aritu pegi Jusco yang terbesar di Malaysia. First time ok. Orang lain dah lama pegi, ko baru nak pegi? Kesian.
So disitulah ternampaknya segerombolan bungkusan sushi yang sungguh mengiurkan. Tanpa berlengah lagi, ku terus cekup sebijik lapan sebelum pulang ke rumah. (ceh ayat!)


Mak macam pelik je bila aku syok makan sushi tu. Macam-macam ditanya. - Sapa buat ni? Halal ke? Mana adik blaja makan ni? Sampai aku tensen nak jawab. Tapi last-last nampaknya mak pon suka jugak.

Soalan: Bila first time makan sushi ni?
Jawapan: Lebih kurang lima taun yang lepas. Masa tu kawan masa keje kat Melaka yang ajak gi Sushi King. Aku follow je sebab memang rasa teruja nak cuba makanan Jepun ni. Dan sejak tu la aku suka sushi. Tambah-tambah lagi dengan wasabi..nyum nyum!

Sorang kakak angkat aku pandai buat sushi. Masa gi umah dia, kitorg masak dekat 2 pot kot sushi. Makan sampai 3 ari pon tak abes. Yang habesnya wasabi pulak. Bila wasabi da abes, tak syok la nak makan sushi kan. So aku bantai je cecah dengan cili padi. Yang penting, pedas. Haha.

Aku masih melayu.

Pesanan: Makan sushi boleh, tapi jangan makan yang mentah-mentah tu. Nanti otak berulat. 

**Picture taken from here.

0 love notes by lovable lovers:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails