Free counter and web stats

Wednesday, June 9, 2010

Jalan yang menyeronokkan

Adakah anda seorang pemandu yang berhemah? Yang mematuhi undang-undang?
Saya juga. Haha.

Ok, jalan yang mana memberi keseronokan kepada anda bila memandu?
a. Jalan yang lurus macam highway
b. Jalan yang bengkang bengkok macam ular kena palu

Aku suka b.
Bagi aku, jalanraya yang lurus adalah boring. Kurang adventure. Tapi kalau nak pegi tempat yang jauh, mestila kene lalu highway kan. Penat la kalau lalu jalan lama.
Tapi kalau lalu highway yang tak banyak kereta, seronok jugak. Boleh bawak laju-laju pastu cilok-cilok.
Tapi kalau sorang, boleh cepat ngantuk-ngantuk. (wah irama macam pantun)
Tapi nasib baik aku bukan jenis yang cepat ngantuk bila drive.

Apapon, setiap orang ada pengalaman memandu yang berbeza-beza. Mesti la kan.
Dan mungkin juga korang ada beberapa jalanraya yang menjadi kegemaran dan memberikan keseronokan yang tersendiri.

Ok, just to share. Here are some of the roads that brings unforgettable moments and significant in my life.

1- Batu Ferringhi Road, Penang.
It was at midnight when the first time I drive here. We were in groups and only 'hot-girls' in the car. Ngee.
The road is only enough for 2-way direction, so it's kinda difficult to overtake. But as I notice, most of the drivers here are really 'berani-mati', especially the motorcyclist. They must have been very familiar with the road.

Aku memang tak berapa reti nak drive slow-slow walaupon melalui jalan yang aku tak biasa. Tapi kali pertama, masih berada di kelajuan yang tak mencengkam jiwa. Tapi bila dah berkali-kali lalu jalan ni, pastikan tak kurang dari 80km/j baru la seronok jadinya. Hehee.

2. Jalan Pantai Kok, Langkawi.
Lebih kurang macam jalan Batu Ferringhi jugak. Tapi jalan ni tak terlalu mendaki, hanya landai dan tak terlalu panjang. Short, curvy and fun. Sebelah nampak laut, sebelah lagi hutan belantara. Dingin je rasa. Tapi semestinya, bab yang konar-konar tu la paling best. Tapi hati-hati ye, jangan sampai langgar monyet.

3. Genting Highlands.
Sekarang jalan dah macam highway, dah besar, dah cantik, tak macam dulu, banyak lubang, sempit plak tu.
So secara tak langsungnya, dah tak berapa adventurous. Cuma mungkin adventure nya pada sesetengah kereta yang tak berapa mampu nak panjat gunung, jadi mungkin ditakuti overhaul pulak. Makan asap nanti.
Kalau time nak pergi, memang kurang bestnya. Sebab asek mendaki. Penat sikit. Tapi yang seronoknya, bila nak turun. Shieww...mengelongsor je.

4. Cameron Highlands.
Kalau jalan yang melalui Lata Iskandar tu, memang boleh buat orang pening. Kalau naik bas, lagi la takyah cerita. Cuma kalau drive sendiri je yang buat aku seronok. Tapi jangan drive sorang-sorang, sebab jauh sangat. Dah la dalam hutan yang gila punya tebal. Bahaya.
(Ada ke yang nak pegi Cameron sorang-sorang? Haii...merawat hati yang lara keee?)

5. Jalan di Pulau Pangkor.
Ini jalan yang aku tak pernah memandu sendiri. Beberapa kali pergi, cuma naik van teksi yang kaler pink tu je. Pemandu-pemandu kat sana pon mesti dah terer ngan jalan kat sini sebab dorang bawak pon bole tahan laju jugak. Kalau la dapat drive sendiri, mesti seronok berkali ganda.

Bagi setiap mat rempit, dorang pon ada jalan yang best untuk racing. Melalui cerita seorang pesara mat rempit (abang aku), dia kata jalan Bukit Putus kat Negeri Sembilan pon seronok.

Korang suka jalan yang mana pulak?


Wahh...jalan macam ni memang seronok sampai pengsan!

Pesanan: "Apa-apa pon jalan yang korang suka, pastikan ianya adalah jalan yang bennarr".

**Picture taken from here.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails