Free counter and web stats

Thursday, June 10, 2010

Makan kasut

Cuba tengok di belakang tumit anda.
Tumit, bukan lutut.

Adakah terdapat kesan-kesan seperti ini?


Aku tak pasti kalau perkara macam ni memang dihadapi oleh kebanyakan perempuan, tapi aku selalu je ada masalah bila nak carik kasut yang sesuai.

Kadang-kadang tu dah habis pusing satu shopping mall, tapi sebijik kasut pon tak jumpa. Dah puas keluar masuk kedai, tapi still takde yang berkenan. Dan bila dah penat, selalunya end-up beli kasut yang 'ah, bole je lah yang ni'. Dan bila dah malas nak cuba-cuba lagi, terus je cakap kat sales girl 'ok la ambik je saiz 5'.

Tapi bila sampai rumah, bila dah muncul balik rasa teruja dengan kasut baru, bila betul-betul try, baru la sedar yang kasut tu sempit!!! Hish, selalu macam ni tau.

Disebabkan rasa sayang kalo tak pakai kasut baru, tabahkan hati terus je sarung bila keluar rumah. Walaupon sempit sikit, takpe lah. Asalkan tak membazir. Huhu~
Tapi sebelum keluar tu, tak lupa juga aku mengamalkan petua orang-orang sekarang, gigit kasut sebelum pakai. Ngee~

Namun walaubagaimanapon, akhirnya begitu la jugak rupa belakang tumitku...

Kalo susah sangat, pakai je kasut camni bila nak pegi jalan-jalan.



**Cari kasut pon macam nak cari suami.

1 comment:

  1. lawak seyh!
    laen kali check btol2 okei saiznya
    :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails