Free counter and web stats

Tuesday, June 22, 2010

World Cup: Kelakar Moments

Musim World Cup ni, rugi la kalau tak sama-sama layan bola.
Walaupon bukan BIG fan of football, tapi 4 tahun sekali aku mesti tetiba jadi teruja nak tercangak depan tv. Team paling aku suka dan 'yakin menang punya', mestila BRAZIL. Go Go Go!!

Macam-macam perasaan bila tengok bola ni.
Mula-mula, perasaan bengang. Bukan bangang tau. Bengang, sebabnya takde game Brazil yang live mahupun ulangan kat RTM. Game yang melibatkan team besar-besar pon memang takde. So, rasa sungguh rugi dan sedih. *Kat uma takde Astro.* Huhuu~

Pastu, rasa semangat, suspen dan adrenalin memuncak ke kepala bila pemain-pemain berlari menggolek bola dan terus berlari sambil passing dan terus me'massing bola tersebut ke pemain lain dan berlari lagi menuju ke kotak penalti dan terus menge'shoot bola ke gawang pihak lawan dan terusssss 'GOLLLLL!!"
Masa tu gembira tak terkira.

Rasa tensen, geram dan mula memaki hamun, membodoh membangangkan pemain - bila dah kalah.
 
Tapi yang bestnya, tengok gelagat pemain.
Kadang-kadang rasa lawak gilerr bila tengok diorang ni buat adegan tarik-tarik baju, main siku-siku tak sengaja, buat aksi berlari bersungguh-sungguh dan kemudiannya tergolek berguling-guling, main sukahati songket kaki orang, tanduk-tanduk kepala dan juga adegan gaduh-gado. *Ok, adegan ni tak bape best sangat*.

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku carik semata-mata nak tunjukkan kekelakaran yang boleh dikategorikan dalam 'Lawak Antarabangsa'

*Oii, apa main tarik-tarik baju ni!*
Nasib baik baju George Welcome dari Honduras tak koyak ditarik Carles Puyol dari Spain.
*Ini adegan sauk kaki*
Pak Nam-Chol dari North Korea membuat aksi lintang ke celah kelangkang Gilberto Silva (Brazil).
Pak Chol-Jin (North Korea) berusaha menangkap Kaka (Brazil) demi mendapatkan bola.

Leo Bertos (New Zealand) sempat mencekau Antonio Di Natale (Italy) ketika membuat perebutan bola.

Winston Reid (New Zealand) berlagak ketakutan ketika di asak oleh Giorgio Chiellini (Italy).

Aleksandar Kolarov (Serbia) cuba interpem dengan membuat aksi lompatan katak kuang ke atas Sami Khedira (German).

*Opps, aksi ape nih?*
Robinho dari Brazil secara tak sengaja membuat terkaman 18sx keatas Ismael Tioti dari Ivory Coast.

Cristiano Ronaldo (Portugal) dengan hensemnya menekel bola sehingga hampir membuatkan Pak Chol-Jin terbongkok kesungkuran.

*Whow!*
Aksi menyelamat yang terbaekk dari David James (England) hingga menyebabkan beliau terjun tiruk di atas Madjid Bougherra (Algeria).
Mesti kedua-dua mereka berasa sakit di tempat masing-masing.

Lionel Messi dari Argentina dengan sengaja menarik baju Peter Odemwingie (Nigeria) sambil bergayut sebelum cuba menerkam bola.

Ok, sekian buat masa ini. Jumpa lagi.

*Gambar ihsan dari FIFA.com

2 comments:

Related Posts with Thumbnails